2. Malangnya, penipuan-penipuan dan fitnah ini mudah dipercayai oleh mereka yang tidak mahu berfikir dan mencari fakta. Golongan-golongan yang mudah terpedaya ini akan terus mempercayai apa yang datang dari pembangkang ataupun media-media mereka tanpa usul periksa.
3. Baru-baru ini lamann web `The Economist' mengeluarkan artikel yang menunjukkan Pulau Pinang semakin berjaya dibawah pemerintahan DAP dan seoalah-olah menunjukkan Pulau Pinang berada dalam keadaan yang mundur semasa dibawah BN.
4. Saya tak pasti adakah majalah The Economist ini dibayar oleh Pulau Pinang atau Anwar atau mungkinkah mereka mempunyai agenda tersendiri dalam memastikan Malaysia jatuh ke tangan penyanjung dan pendokong kuasa barat dan yahudi.
5. Tetapi, apa yang nyata adalah artikel tersebut tidak berasaskan fakta malah jauh menyimpang dari perkara yang sebenar. Sungguh memalukan apabila majalah yang sepatutnya pandai dalam bidang ekonomi melakukan kesalahan-kesalahan dan penyelewengan dalam berita mereka.
6. Penipuan fakta dalam artikel tersebut telah dijawab dan dihuraikan satu persatu oleh seorang blogger non-partisan iaitu http://satdthinks.blogspot.com didalam artikel beliau di sini. Sepatutnya, majalah The Economist membuat kajian dan bacaan terhadap indikator-indikator ekonomi dan menganalisa prestasi Pulau Pinang untuk tempoh yang panjang sebelum mengeluarkan kenyataan.
7. Disini saya cuba mengulas penipuan majalah The Economist secara ringkas berdasarkan artikel oleh satD.
8. The Economist menulis bahawa "ekonomi Pulau Pinang kembali berkembang setelah jatuh selama satu dekad". Ini adalah kenyataan menipu yang tidak berasaskan fakta.
9. Fakta yang sebenar adalah, semenjak 1991, Pulau Pinang secara konsisten mengalami prestasi GDP yang lebih baik daripada prestasi negara Malaysia ! Pulau Pinang hanya mengalami sedikit kejatuhan berbanding prestasi negara adalah pada sekitar 1997 -1998 dan semua tahu apakah sebabnya. Lihat data dibawah :-
Table diatas menunjukkan prestasi GDP Pulau Pinang yang senantiasa mengatasi prestasi Malaysia semenjak dahulu. Penurunan sedikit diantara 1996-2000 oleh kerana kegawatan ekonomi.
10. Malah sekiranya kita merujuk kepada data jangka panjang, Pulau Pinang sentiasa menunjukkan peningkatan prestasi. Rujuk graf dibawah.
11. Jelas prestasi Pulau Pinang sememangnya meningkat dan bukanya merudum seperti yang difitnah oleh The Economist.
12. Mari kita lihat dengan detail bagaimana prestasi Pulau Pinang semasa dibawah BN iaitu pada tahun-tahun 2005, 2006 dan 2007. Sila rujuk carta dibawah.
Carta diatas menunjukkan perubahan GDP diantara 2005 dan 206 yang begitu tinggi iaitu sebanyak 9.9%. Adakah pada tahun 2005, 2006 Pulau Pinang diperintah oleh DAP ? Jelas The Economist menipu. Sekarang cuba lihat prestasi pada tahun 2007 berbanding 2006 :-
Pertumbuhan GDP pada tahun 2007 berbanding pada tahun 2006 adalah 6.6%. Ianya menunjukan GDP Pulau Pinang masih berkembang. Adakah 2007 Pulau Pinang diperintah oleh DAP ? The Economist gagal menganalisis fakta sebenar.
13. Sekarang kita lihat pula prestasi Pulau Pinang padatahun 2008 dan 2009. Sila rujuk carta dibawah.
Carta menunjukan Pulau Pinang mengalami perubahan GDP -10.8% pada tahun 2009 !!! . Soalan kuiz : Siapakah yang memerintah Pulau Pinang pada tahun 2009 ? Jawapanya adalah DAP. Wah, adalah prestasi -10.8% GDP sesuatu yang boleh dibanggakan ? The Economist, tolong jawab ?
14. Kesimpulanya, pada zaman sekarang, pelbagai penipuan dan manipulasi yang mudah dilakukan. Penipuan dan fitnah terlalu berleluasa dikalangan pembangkang di Malaysia. Ini adalah kerana, mereka tahu bahawa sukar bagi mereka untuk memenangi pilihanraya kerana kerajaan BN sentiasa berbakti dan berusaha membawa pembangunan sosial dan ekonomi kepada rakyat. Satu cara mudah yang dilakukan oleh pembangkang adalah dengan menipu dan fitnah. Kerana mereka percaya bahawa akan ada rakyat Malaysia yang mudah tertipu dan terpedaya.
15. Elakkan diri kita dari ditipu dan diperdaya oleh Pakatan Rakyat.
Rujukan :-
2. GDP by State Department of Statistics. click here.
3. OECD State of Penang Self Evaluation Report. click here.
7 comments:
Salam CheWal
Terima Kasih atas usaha saudara untuk menyebarkan informasi terkait penipuan di Pulau Pinang di dalam Bahasa Kebangsaan tercinta.
Wass
satD
Ceramah Tun kepada Najibuntantuya..
http://www.youtube.com/watch?v=3zXTv8-db9Y&feature=related
"Saya bukan menyebelahi pembangkang, saya menyebelahi negara saya, bangsa saya, agama saya....." >> ko tengok ni puas puas!
http://www.youtube.com/watch?v=7CpRf2sOfTY&feature=related
@satD
terima kasih kerana membenarkan saya menggunakan artikel tersebut dan terima kasih banyak-banyak kerana singgah di blog saya ini.
@koko,
saya andaikan saudara adalah orang islam. kalau benar, elakkan daripada membuat finah atau memanipulasi kenyataan seseorang.
elakkan dari mengguna petika-petikan ucapan yang tidak berkaitan antara satu sama lain.
ucapan Tun itu pada tahun 2007 dan ucapan Najib adalah pada tahun 2010 atau 2011....
saudara juga memfitnah dgn menggunakan nama najibtantuya, walaupun saudara tidak adak bukti bahawa Najib kenal atau ada kaitan dengan Altantuya.
semoga puasa saudara tidak hanya mendapat lapar dan dahaga.
bro.. ada org komen mcm ni... aku mmg bukan ahli dlm bidang ni..
Bro, bukan nak kata analisa tu salah, cuma ralat sikit bila part last sekali tu, dia guna GDP by Constant Price. Table lain dia guna growth rate. Even title column tu pon... first few table dia guna "Kadar Pertumbuhan Tahunan" dan table hijau tu dia guna "Perubahan Peratusan Tahunan". yang lagi pelik, dalam figure 1.5, GDP growth 7.5%, tapi table 4 tu bagi Annual Percentage Change -10.8%. Maybe ada kawan-kawan akauntan boleh tolong ceritakan perbezaan measurement dalam table ni?
hasarin
takde pelik bin ajaib sangat beb..
Table 1.5 tu 5 Years data
Table 4 itu per year data on the Growth Rate.. jadi value 5 tahun dengan per tahun memang la lain
As for the terminology tu Jabatan Statistic punya inconsistency tapi semua data is GDP Constant Prices Growth/Change Rate..
@hahasrin
seperti yg ditulis oleh bro satD, table 1.5 dan figure 1.5 adalah berdasarkan peratusan bagi tempoh 5 tahun.saya menjangkakan ini adalah average untuk 5 tahun (betulkan kalau silap).
table yang lain adalah pertumbuhan untuk satu tahun.
walaubagaimanapun, setiap data tersebut kita boleh gunakan untuk lihat perbezaan atau trend.
kalau kita merujuk table 4 sahaja pun kita boleh gunakannya untuk membezakan prestasi diantara tahun 2007,2008dan 2009.
prestasi Pulau Pinang dibawah DAP tidaklah lebih baik dari prestasi di BN spt yang digembar gemburkan. Inilah point utamanya.
Post a Comment