July 18, 2011

BERSIH 2.0: Berjaya atau tidak ?

1. Penganjur Bersih 2.0 mengatakan bahawa mereka berjaya. Polis DiRaja Malaysia mengatakan mereka berjaya. So, siapa yang berjaya dan siapa yang tidak ?

2. Untuk menjawab persoalan ini, we have to know, how they define success ? Kejayaan biasanya dinilai diatas keupayaan mencapai sasaran/objektif yang ditetapkan.

3. Objektif Bersih 2.0 adalah untuk membuat perarakan/demonstrasi jalanan untuk menghantar memorandum kpd Agong supaya 8 tuntutan mereka dibuat. Mereka berhasrat untuk membuat demonstrasi lebih besar dari Bersih 2007.

4. Kita boleh simpulkan , objektif Bersih 2.0 adalah :-

  1. Membuat demonstrasi jalanan (berarak ke Istana dan kemudian di tukar ke Stadium Merdeka) dan lebih besar dari Bersih 2007.
  2. Menghantar Memorandum kpd Agong
  3. Mensasarkan 8 tuntutan untuk dipenuhi oleh SPR

5. Penganjur pernah melaksanakan demonstrasi Bersih pada 2007 yang disertai kira-kira 40,000 orang. Apabila version ke 2.0 dianjurkan, salah satu kayu pengukur kejayaannya adalah dengan membandingkan sambutan dengan yang sebelumnya.

6. Dalam Bersih 2.0, hanya kira-kira 8,000 orang yang turut serta berhimpun. Jumlah yang terlalu kecil berbanding dengan Bersih 2007. Dalam konteks sambutan, Bersih 2.0 telah gagal.

7. Bersih 2.0 juga gagal berarak ke Stadium Merdeka. Mereka berjaya di halang polis. Objektif (a) tidak tercapai.

8. Bersih 2.0 juga tidak berjaya menghantar apa-apa memorandum kpd Agong walaupun telah berjumpa YDP Agong. Objektif (b) juga tidak tercapai.

9. Objektif (c) tidak tercapai sebelum perhimpunan ini diadakan lagi. Ini kerana, sebahagian tuntutan kpd SPR bukan dibawah tanggungjawab SPR. Malah sebahagian besar lagi pula memerlukan pindaan perlembagaan yang hanya boleh di buat di Parlimen. Oleh itu, tidak ada satu pun tuntutan Bersih 2.0 ini akan dilaksanakan. Bersih 2.0 gagal dalam objektif (c).

10. Oleh itu, Bersih 2.0 gagal dalam semua objektif dan sasaran mereka. Ianya tidak berjaya malah lebih memalukan berbanding Bersih 2007. Kalau nak dikatakan berjaya pun, mungkin kejayaanya adalah berjaya membawa 8,000 orang peserta berhimpun.

11. Bagaiman pula dgn PDRM ? Objektif PDRM adalah menghalang,mencegah dan menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0. PDRM berjaya menghalang dan mencegah beberapa perserta daripada memasuki Kuala Lumpur melalui sekatan-sekatan jalan raya yang diadakan.

12. PDRM juga berjaya menyuraikan perhimpunan dan perarakan daripada berarak dan memasuki Stadium Merdeka. Kemaraan perserta Bersih 2.0 berjaya dihalang.

13. Tetapi, PDRM juga tidak berjaya sepenuhnya. Ini adalah kerana, Perhimpunan Bersih 2.0 masih berlaku walaupun berjaya disuraikan kemudiannya. Tetapi sasaran untuk menghalang perhimpunan sepenuhnya adalah sukar melainkan, Kuala Lumpur ditutup sepenuhnya.

14. So, penganjur Bersih 2.0 gagal dalam sebahagian besar (cuma berjaya bawa 8,000 orang) dan PDRM berjaya sebahagian besar (cuma gagal menghalang perhimpunan sepenuhnya). Ada sesiapa yang lain berjaya ?

15. Mungkin Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang berjaya dalam memperdaya dan menipu 8,000 orang untuk berdemo. Lagipun, Anwar Ibrahim sebelum ini berjaya dalam penipuan bersiri beliau. Selagi masih ada orang yang percaya dengan Anwar Ibrahim, selagi itulah Anwar berjaya dalam menipu orang-orang ini.

16. Mungkin 8,000 orang ini juga berjaya. Mereka berjaya ditipu dan diperdaya oleh penganjur Bersih 2.0, Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang. Mungkin inilah kejayaan yang dibangga-banggakan.

No comments: