Minta tolong kepada semua pengunjung mengisi survey mengenai PPSMI di link dibawah :-
http://www.esurveyspro.com/Survey.aspx?id=5009302b-ed21-4828-ae31-a84a90ea20f6
Tolong sebarkan juga link diatas ke seberapa banyak yang boleh agar lebih banyak responden dapat dikumpulkan.
Terima Kasih
7 comments:
Salam Tuan,
Jemput hadir ke Seminar Halatuju PPSMI Dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan 2009, 14 Mac 2009 di KUIS. Kita bertukar-tukar pendapat dan pandangan.
Sila Layari www.seminar-ppsmi.blogspot.com
Terima kasih.
Saudara,
Saya dapati soalan-soalan yang dikemukakan di dalam survey itu berat sebelah / bias ke arah untuk menyetujui penggunaan BI dalam S&M. Saya cuba menyertai survey saudara, tetapi atas sebab tersebut, saya batalkan.
Saya bukan tidak bersetuju dengan MATLAMAT penguasaan S&M di dalam BI (Soalan 4), tetapi pada saya bukan dengan cara menggunakan BI dalam S&M.
Pada pendapat saya, kaedah Kerajaan Malaysia memperkenalkan dwi aliran persekolahan (sekolah Aliran Melayu dan sekolah Aliran Inggeris) pada tahun-tahun sebelum 1980an dahulu adalah terbaik. Mengapakah selepas itu Kerajaan menukarkan keseluruhan aliran persekolahan kepada BM? Kesannya amat ketara sekali pada hari ini apabila Kerajaan berpatah balik ingin menguasai S&M dengan mengajarnya di dalam BI. Pada hari ini (dan di ketika bermulanya arahan pelaksanaan PPSMI), kerajaan TIDAK MEMBUAT PERSIAPAN YANG SECUKUPNYA dan LAKSANAKANNYA DALAM KEADAAN TERGESA-GESA (AD-HOC). Apa yang berlaku sebagai contoh tenaga-tenaga pengajar sendiri (terutama guru-guru muda) baru mengenali istilah-istilah S&M dalam bahasa Inggeris di ketika itu kerana mereka telah melalui pembelajaran S&M di sekolah menengah dan universiti dalam BM yang dimulakan pada tahun 1980an yang saya sebutkan tadi. Mereka tidak diberi latihan secukupnya sebelum itu. Latihan jika ada sekali pun, berlaku secara serentak dengan proses P&P yang menyebabkan ramai dari kalangan mereka terasa bebanan dan gagal melaksanakan dasar PPSMI dengan sempurna.
Begitu juga dengan penyediaan peralatan pakej-pakej P&P berkomputer, yang pada hemat saya benar-benar memberi peluang keuntungan jangka pendek kepada pihak pembekal dan konsultan semata-mata. Kursus penggunaan tidak diberikan kepada guru-guru. Peruntukan untuk penyelenggaraan latihan penyelenggaraan tidak diberikan sehinggakan pakej komputer di sesetengah sekolah tidak digunakan langsung untuk proses P&P. Dan banyak lagi masalahnya.
Apabila ini berlaku dari setahun ke setahun, maka dapat dilihatlah bahawa dasar PPMSI itu tidak mencapai matlamatnya. Tetapi di ketika Dr. Mahathir sebagai PM, tiada siapa pun berani menyuarakan masalah kegagalan pelaksanaan dasar ini, melainkan dengan menyatakan "baik dan bersetuju" sahaja. Kini Dr. Mahathir sudah tidak mempunyai kuasa, maka barulah timbul di ketika ini bantahan PPSMI, tetapi tidak diperjelaskan pula dengan baik tujuan dan maksud bantahan tersebut.
Oleh yang demikian, rumusan saya... sebenarnya dasar yang dikemukakan oleh kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran terlalu flip-flop - tiada ketetapan dan tiada asas yang kukuh dalam menentukan dasar yang hendak dilaksanakan. Apabila asasnya tidak kukuh, maka apabila terdapatnya fakta-fakta yang menggugat atau mencabar kewibawaan pelaksanaan dasar itu, maka kerajaan perlu tunduk kepada desakan dan mula mengkaji semula dan merubah kepada dasar yang lain. Dasar lain ini pula dilaksana di atas sebab-sebab yang tidak kukuh pula. Ia mungkin di atas sebab kepentingan kuasa politik, desakan pihak-pihak tertentu atau mempunyai agenda lain yang tidah jujur kepada warisan negara yang murni. Maka ianya tidak dapat bertahan lama, diubah tanpa dilakukan kersiapan pula. Maka berulanglah kembali flip-flop dasar pendidikan kerajaan...
Inilah sebenarnya yang berlaku. Kerajaan tidak membuat kajian yang mendalam, perancangan yang menyeluruh dan persiapan yang rapi SEBELUM sesuatu dasar itu mula dilaksanakan. Inilah Kerajaan Flip-Flop (atau Kluk-Klek dalam Bahasa Kelantan).
Terima kasih.
Aziz Abdullah,
1. terima kasih diatas komen mengenai survey.
2.sebenarnya kalau saudara baca kesemua soalan.. ianya tidak bias. sya jelaskan.
soalan pertama adalah utk mengetahui umur responden. Ianya lebih kpd utk mengetahui adakah responden terdiri daripada pelajar sek.rendah, sek. men., kolej/univerisiti atau lebih dari itu.
soalan kedua utk mengetahui adakah responden terlibat secara langsung atau tidak dgn PPSMI. pelajar,guru dan ibubapa terlibat...selain daripada ini tidak.
soalan ketiga utk mengetahui bahasa yg digunakan, supaya dapat dilihat samada mrk yg menyokong PPSMI adakah menggunakan BI di rumah atau sebaliknya.
soalan keempat utk mengetahui sejauh mana responden mengetahui matlamat PPSMI. matlamat ini sama spt yg ditekankan oleh KPM. dan sejauhmana responden tahu bahawa PPSMI bukan utk mengagungkan BI.
soalan kelima adalah soalan direct...yg mana utk mengetahui sejauh mana sokongan atau tentangan responden. Ini utk digunakan supaya menilai apakah sebenarnya persepsi masyarakat terhadap PPSMI.
--Tiada satu pun yang bias.
3. Apa yang sdra tuils kemudianya mengenai PPSMI adalah dari segi perlaksanaanya. dalam mana-mana dasar atau perancangan, ianya tidak lari dari mempunyai kelemahan dari segi perlaksanaanya. Apa yg penting adalah berusaha utk memperbaiki dan memperkasakan perlaksanaanya demi untuk mencapai matlamat. ruang-ruang penambahbaikan boleh ditambah dan dipertingkatkan lagi. Oleh itu dasar ini perlu disokong tetapi perlu mengadakan sedikit pengubahsuaian.
4. saudara menyatakan bahawa tiada siapa berani bercakap kpd TDM akan kegagalanya. Lupakah saudara bilakah PPSMI bermula ? PPSMI bermula pada tahun 2003. Tun Dr. Mahathir bersara pd Oktober 2003. adakah dalam masa 10 bulan saudara boleh nampak kegagalan ?
5. Kejayaan dan kegagalan dasar ini tidak boleh dilihat dalam masa yang singkat. Ini adalah kerana, dasar ini merupakan dasar jangka panjang iaitu hasilnya adalah ketika pelajar membuat pengajian di peringkat tinggi. Ini kerana, itulah matlamat dasar ini supaya pelajar sain dan teknologi tidak mempunyai masalah kita belajar di universiti dan menggunakan bahan rujukan yg terdiri daripada BI.
6. Dasar ini juga tidak boleh dikaitkan dgn flip flop. Kerana tidak ada apa yg flip dan tidak ada apa yg flop.... selagi ianya tidak ditukar. utk mengelakkan dasar ini jadi flip flop, diharap kerajaan tidak menghapuskan dasar ini dan terus berusaha memperbaiki perlaksanaanya agar matlamat murninya tercapai.
Saudara Chewal,
Saya kini sedang membina satu kaji selidik tentnag pemansuhan PPSMI dan demi untuk itu saya ingin mendapatkan "survey persepsi terhapap PPSMI" yang telah dilakasana kan saudara.Link yang diberikan dah tak berfungsi. Kalau boleh, sila hantarkan suurvey tersebut kepada isma_zone@yahoo.com. Terima kasih.
Saudara Chewal,
Saya juga sedang membina satu kaji selidik tentang pemansuhan PPSMI dan demi saya juga ingin mendapatkan "survey persepsi terhapap PPSMI". Link yang diberikan dah tak berfungsi. Kalau boleh, sila hantarkan suurvey tersebut kepada han_kai_xin@yahoo.com. Terima kasih.
@anon 6 june,
survey tersebut dibuka utk tempoh masa tertentu pada tahun tersebut dan saya melanggan sistem survey utk tempoh masa itu sahaja. Kini, langganan survey tersebut dah tamat tempoh dan saya cuma ada kepurtusannya sahaja.
maaf sebab tidak dapat membantu.
Hi great reeading your blog
Post a Comment