March 18, 2009

Rasuah...

1. Isu rasuah bukanlah satu isu yang baru. Ianya telah wujud bertahun lamanya dan adalah sesuatu yang lumrah di seluruh dunia. Selagi manusia tidak mampu menahan hawa nafsu mereka, maka selagi itulah rasuah akan wujud.

2. Di malaysia, rasuah turut mendapat perhatian yang besar terutama di kalangan pemimpin. Ianya berlaku kepada mana-mana pemimpin samada kerajaan atau pembangkang. Walaubagaimanapun terdapat segelintir pemimpin yang benar-benar ikhlas berkhidmat dan tidak mengamalkan rasuah. Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah satu contoh yang paling tepat sebagai seorang pemimpin yang bencik rasuah dan tidak mengamalkanya.

3. Kenapa rasuah dikaitkan dengan pemimpin ? Kerana merekalah yang mempunyai kuasa dalam memberi sebarang kelulusan.

4. Tetapi rasuah tidak hanya berlaku di kalangan pemimpin. Mereka yang menguruskan dan perlaksana juga boleh bermain dengan rasuah. Malah mereka yang tugasnya hanya memberi `recommendation' juga boleh terlibat dengan rasuah... termasuklah mereka yang berjawatan professional.

5. Satu lagi pihak yang mempunyai `share' yang besar dalam kes rasuah adalah pemberi rasuah. Sekiranya tiada yang memberi, maka tiada yang akan menerima. Yang memberi mengharapkan balasan terhadap rasuah yang diberil. contohnya, kontraktor yang memberi rasuah mengharapkan projek diberikan kpd mereka... walaupun mereka tidak berkelayakan. Hasilnya, sekiranya projek itu diberikan kpd mrk yg tidak berkelayakan, sesuatu projek atau pembangunan itu akan menghadapi masalah dan hasilnya mungkin tidak yang terbaik. Kos juga mungkin meningkat kerana mahu menampun jumlah rasuah yang dikeluarkan.

6. Sifat dan keghairahan untuk mengaut keuntungan dan mendapatkan projek telah menyebabkan si pemberi rasuah hilang pertimbangan kewarasan dan hilang pedoman iman dan lantas melakukan perbuatan yang dikutuk didalam islam itu. Bagaimana pula dengan mereka yang bukan beragama islam ? Mereka yg bukan beragama islam juga adalah golongan yang paling banyak memberi rasuah. Kerana hendakkan projek, maka golongan ini memberi rasuah kpd pihak yang meluluskan. Oleh kerana mereka bukan beragama islam, maka mereka tidak berasa bersalah. Lagipun bagi mereka keuntungan wang ringgit adalah segala-galanya. Dalam kes seperti ini, pihak yang menerima pula (sekiranya mrk beragama islam) sepatutnya mempunyai perasaan bersalah dan tidak menerima rasuah. Itupun sekiranya mrk takut utk melakukan dosa.

7. Walaubagaimanapun, rasuah sememangnya diketahui sebagai satu jenayah yang sukar untuk dibanteras atau diperangi. Ianya mungkin kerana kadang-kadang ianya sukar untuk dibuktikan dan disabitkan kesalahan. Kadang-kadang ada juga mereka yang tidak sedar bahawa tindakan mereka itu adalah berkaitan dengan rasuah.

8. Artikel akan datang... akan cuba melihat idea-idea yang boleh dibuat utk mengurangkan jenayah rasuah.

2 comments:

Anonymous said...

Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, menempelak Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam, yang didapati bersalah melakukan politik wang dalam pemilihan Umno kali ini.


"Itulah wajah Ketua Menteri Melaka yang selama ini cakap dia bersih dan amanah, sebenarnya Ali tak layak bertanding kerana melakukan rasuah begitu juga yang lain-lain.

"Mulutnya terlalu celupar tak beri orang Melaka melawat Kelantan, hentam Tuan Guru Nik Aziz tetapi akhirnya segala tindakannya itu kembali kepadanya semula," kata beliau.

Ustaz Ghani turut menjelaskan rakyat Melaka khususnya supaya menolak pemimpin yang mengamalkan rasuah kerana memalukan negeri Melaka.

"Mintalah Ali kembali ke jalan Allah, padahal sebelum ini pada tiap-tiap malam minta orang sembahyang hajat di masjid-masjid agar beliau memenangi jawatan Timbalan Presiden, yang saya bimbangkan tok imam minta dia jangan bertanding," katanya.

Selain itu, Ustaz Ghani turut mengambarkan bahawa inilah wajah sebenar pemimpin Melaka dan juga ketidakadilan yang berlaku di dalam Umno padahal Khairy juga terlibat tetapi tiada tindakan diambil.

"Kita juga pelik bagaimana SPRM tidak tahu tentang rasuah Ali Rustam, kata SPRM ada kredibiliti supaya berlaku adil kepada semua pihak kerana kalau kepada pembangkang mereka cepat siasat dan keluar keputusan.

"Insya-Allah kita akan adakan mesyuarat khas untuk hantar memorandum supaya Ali meletak jawatan Ketua Menteri kerana dia tak layak perintah Melaka," ujarnya.

Lembaga Disiplin Umno semalam mendapati Mohd Ali bersalah melanggar peraturan pemilihan Umno dan dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno minggu depan.

Bagaimanapun, Mohd Ali tidak digantung keahliannya dalam Umno.

Mohd Ali didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga.

Lembaga tersebut memutuskan bahawa Mohd Ali bertanggungjawab terhadap tindakan tiga ejennya yang didapati bersalah melakukan rasuah dan sogokan politik.

Mereka ialah Saadun Basirun, Rosli Hasan dan Zalina Ismail. Saadun dan Rosli adalah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Bukit Katil. Manakala Zalina adalah Naib Ketua Puteri Umno bahagian yang sama.

Berikutan itu, ketiga-tiga mereka digantung keahlian selama satu penggal atau tiga tahun berkuatkuasa 12 Mac lalu.

Anonymous said...

Najib’s 1Malaysia - does it mean “Ketuanan Melayu”?
(Persoalan yang selalu dan amat ketara diajukan oleh Lim Kit Siang)

Apa yang saya terbaca dalam blog Lim Kit Siang sangat teruja dan menguja.

Adakah politik ini seperti sesuatu perniagaan? Dimana terdapat sorong tarik dan terdapat keuntungan di kedua-dua pihak? Atau jika tersilap kerugian di sebelah pihak yang lain? Kalau inilah yang berlaku memanglah etnik Melayu tidak pandai berniaga. Kerana terang-terang majoriti etnik melayu hanya berpusat kepada 'makan gaji' dan majoritinya tumpas dalam bidang perniagaan. Apa yang kerap diumpamakankan sebagai'hilang hujung pangkal lesap'. Lebih miskin berbanding dengan etnik-etnik lain serta mengamalkan sikap 'paku dalam belukar'.

Di manakah letaknya status Melayu selama ini, setelah 50 tahun kemerdekaan ?

Kalau beginilah aspirasi orang-orang Melayu kita memanglah jauh ketinggalan berbanding dengan etnik-etnik lain.

Jika etnik-etnik lain tidak mahukan etnik Melayu sebagai 'ketuanan Melayu' jadi apa harus pucuk pimpinan lakukan supaya kesemua rakyat Malaysia berada dalam keadaan saksama? Bukankah terdapat golongan yang bijak pandai dalam etnik Melayu dapat mempelopori perubahan-perubahan yang dimaksudkan.Atau membuat sesuatu yang boleh majoriti rakyat mengiyakan dan bukan dalam bentuk 'denial'?

Kadangkala apa yang dirungkai oleh Lim Kit Siang ada benarnya, bila difikirkan tentang kata-kata TS Muhyideen pun ada kebenarannya.

Kemusykilan juga terhadap Lim Kit Siang yang sentiasa membawa isu 'ketuanan Melayu' yang tidak habis-habis.

Timbul satu persoalan pula,adakah Lim Kit Siang mengiyakan perlembagaan yang telah lama termaktub? Mengiyakan atau tidak?
Atau DS Anwar sahaja yang hidung tak mancung pipi tersorong-sorong dalam PR? Tetapi DS Anwar adalah dari etnik Melayu, dan itu harus dipandang.

Masih ada lagikah kesinambungannya apabila etnik lain yang memerintah? Atau dilupuskan? Dimanakah kekuatan untuk membendung pelupusannya?

Di sini perlu kebijaksanaan rakyat. Kerana rakyat yang bijak boleh jadi kayu ukur atau penentu. Tapi sudahkah etnik Melayu bersedia walaupun majoritinya lebih? Bolehkah Melayu bersatu?
Adakah Melayu boleh menghilangkan sikap 'paku dalam belukar'? Kerana sudah terkenal yang etnik lain boleh bekerjasama dalam segala kemungkinan.

sekilas pandangan.
t.kasih