March 04, 2009

PPSMI - FAQ (Frequently Asked Question)

PPSMI - FAQ (Frequently Asked Question)

1. Apakah matlamat PPSMI (Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris) ?

Matlamat dan objektif utama : Supaya pelajar-pelajar dapat menguasai subjek sains dan matematik dalam ertikata yang sebenar.

Matlamat secara tidak langsung : Dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam bidang teknikal

2. Kenapa perlu kuasai sains dan matematik ?

Kerana sains dan matematik adalah subjek asas kepada bidang sains, teknologi, maklumat, kejuruteraan. Pemahaman sains dan matematik akan memudahkan pelajar menguasai bidang-bidang sains dan kejuruteraan di peringkat tinggi (universiti).

3. Kenapa mesti bahasa inggeris ?

Kerana 100% bahan rujukan untuk bidnag-bidang sains dan teknologi adalah dalam bahasa inggeris. Oleh itu, dgn memahami sains dan matematik dalam bahasa inggeris dari awal lagi, ia akan memudahkan pemahaman kpd konsep dan fundamentals dalam bahan-bahan rujukan ini.

4. Kenapa tak boleh gunakan BM dalam subjek sains dan matematik ?

BM sudah digunakan sekian lama. Malah sehingga kini BM masih digunakan dalam kedua-dua subjek ini (walaupun secara dwi-bahasa). Masalah yang berlaku adalah semasa di peringkat tinggi (universiti), oleh kerana bahan rujukan adalah dalam BI, menyukarkan pelajar utk memahami konsep dan teori asas. Ia memerlukan masa utk pelajar tersebut memahamkan terma-terma tertentu... Ini boleh menjejaskan pemahaman keseluruhan yang membawa kegagalan dalam menguasai konsep bidang yg diceburi. Akhirnya pelajar tadi hanya akan belajar semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan dan semata-mata untuk segulung ijazah dan bukannya untuk menguasai ilmu.

5. Kenapa perlu kuasai sains dan tekonologi ?

Sehingga kini, umat islam yang merupakan umat terbesar di dunia hanyalah umat pengguna. Kita hanya menjadi pengguna. Kita tidak menjadi pencipta. Yang menjadi pencipta adalah bangsa lain dan agama lain. Maka kita amat bergantung kpd bangsa barat dan yahudi dalam segala-galanya. Ini menjadikan kita begitu lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa. Malah untuk memboikot barangan US pun kita tidak mampu kerana kita tiada alternatif lain selain daripada bergantung kpd barangan mereka.

sehingga kini, kita hanyalah bangsa dan umat pengguna. Kita hanya mampu merintih, meratap dan menangis diatas kekejaman yang dibuat oleh org barat dan yahudi terhadap islam. Kita hanya boleh merayu meminta belas kasihan mereka. Lebih-lebih pun kita hanya mampu berkata "...mereka ini kejam ", "jagnan buat begitu ", "...tolong hentikan serangan", "...mereka ini tak berperikemanusiaan lah"... dan pelabagai kata-kata lain.

Kenapa ? kerana kita bukan bangsa ata umat yg dihormati diatas kejayaan kita menguasai teknologi. Kita adala umat pengguna.

Untuk menjadi pencipta, kita perlu kuasai sains dan tekonologi. Bukan sahaja lulus dalam ujian...tetapi perlu kuasa ilmu tersebut. Apabila kita (umat islam) menjadi pencipta, maka bangsa barat dan yahudi tidak akan berani menindas dan menghina umat islam. Kejadian di Palestine juga tidak akan berlaku sekiranya kita adalah umat pencipta dan pengeluar teknologi.

6. Kenapa Jepun, Perancis, German boleh berjaya dgn bahasa mereka ? Mrk tak perlu PPSMI untuk berjaya.

Negara-negara diatas adalah juga negara-negara yg menjadi pelopor kpd tekonologi. Mereka telah meneroka bidang sains dan teknologi berpuluh-puluh tahun dahulu malah semenjak sebelum revolusi teknologi. Jepun misalnya, telah meneroka bidang sains dan teknologi sebelum perang dunia lagi. Mereka juga pergi ke barat utk belajar dan pulang dan membuat penterjemahan ke bahasa mereka dan terus membuat kajian sendiri. Sebagai contoh, semasa penemuan teknologi transistor oleh Bell Labs, beberapa engineer dari Jepun (Sony) telah mendapatkan (membeli) transistor itu dari Bell Labs dan membuat kajian sendiri untuk mengubah material yang digunakan. Ianya membawa kepada beberapa revision terhadap material yang digunakan.

Penterjemahan yang dibuat oleh mereka adalah pada ketika revolusi teknologi belum berlaku lagi. Usaha-usaha dan kajian yang mereka lakukan telah bermula sejak berzaman-zaman dan seiring dengan perkembangan teknologi.

Dimana Malaysia ketika itu ? Malaysia masih belum wujud lagi.

Malaysia kini berada pada zaman teknologi telah melampaui zaman revolusi...malah bergerak lebih pantas dari yang dijangka. Kita berada di belakang teknologi yg mana bahasanya dikuasai oleh bahasa asing.

7. Kenapa kita tidak buat penterjemahan ke BM sahaja ?

Proses penterjemahan sekiranya hendak dilakukan sekarang, memerlukan banyak sumber kewangan, kakitangan, masa dan prasarana lain yang mana kelihatan agak mustahil. Ini kerana perkembangan sains dan teknologi pada zaman ini amat pantas. Ianya bergerak setiap saat. Setiap saat, ada sahaja penemuan teori-terori yang baru.

Seperti jawapan no. 6, negara-negara spt Jepun dan lain-lain telah mula mengkaji dan membuat penterjemahan semasa perkembangan teknologi bergerak perlahan (sebelum zaman revolusi lagi).

Sebagai contoh, Untuk memahami konsep asas transistor yg berasaskan silicon, kita perlu memahami konsep fizik silicon transistor tersebut. Oleh itu, sekiranya hendak membuat penterjemahan, kita perlu menterjemah buku-buku konsep asas fizik dalam semiconductor yang mempunyai pelbagai konsep yang kompleks. Perkataan-perkataan baru dalam BM perlu diwujudkan. Kesemuanya ini memakan masa dan masa yang menjadi penghalang kpd kita. Ini kerana, apabila kita membuat penterjemahan asas fizik utk silicon based semiconductor ini, org-org barat dan penyelidik lain telah pun mencari alternatif kepada silicon. Ini kerana saiz untuk silicon based transistor telah hampir ke saiz atom dan ianya tidak lagi boleh bergerak kehadapan. Maka wujudlah teeori-teori baru seperti RNA, DNA dan CNT (carbon nano-tube) based transistor.

Dimana kita ? Kita masih lagi membuat penterjemahan asas fizik untuk silicon based semiconductor. Selepas kita siap penterjemahan...pihak barat telah pergi jauh di hadapan dgn teknologi yang baru. Kita pula perlu membuat penterjemahan untuk tekonologi yang baru ini. Ini hanyalah mengenai satu konsep yang kecil dalam bidang kejuruteraan elektronik. Bagaimana dgn bidang-bidang lain, konsep-konsep yang lain ?

Maka, kita akan sentiasa berada di belakang teknologi...kerana kita sibuk dengan penterjemahan. Kalau kita berada di belakang tekonologi, bagaimana kita mahu mencipta tekonologi yang baru ?

8. Tidak sukarkah bagi kanak-kanak kecil untuk belajar sains dan matematik dalam BI ?

Sebenarnya, kanak-kanak kecil akan mudah memahami dan mudah mengadaptasi pembelajaran mereka. Sebab itu ianya penting untuk bermula semasa mereka masih kecil. Kanak-kanak kecil bermula sejak dari darjah satu, sekiranya didedahkan dengan subjek sains dan matematik dalam BI, akan mudah memahaminya walaupun mereka tidak pandai berbahasa inggeris dan tidak pernah menggunakan bahasa inggeris.

Anak-anak kecil yg berumur 6 tahun berbangsa melayu yang mengikuti keluarga ke United Kingdom terbukti boleh berjaya memahami sains dan matematik dalam BI. Anak-anak kecil ini berumur 6 tahun. Mereka tidak pernah berbahasa inggeris. Ibu bapa mereka juga tidak pernah menggunakan bahasa inggeris dirumah. Tetapi, meraka masuk ke darjah satu di sekolah-sekolah di UK, belajar sains dan matematik dalam BI dan mereka boleh menjadi pelajar cemerlang dalam kelas masing-masing. Mereka berada dalam satu kumpulan bersama pelajar yang cemerlang dan sering memperolehi `reward’ diatas kecemerlangan mereka. Mereka membuktikan bahawa, walaupun tidak didedahkan dengan bahasa inggeris dan tidak tahu berbahasa inggeris... mereka boleh menguasai dan berjaya. Kenapa ? kerana kanak-kanak kecil mudah untuk menerima dan memahami apa yang diajar kepada mereka.

9. Tidak bolehkah BM menjadi bahasa sains dan teknologi ?

Boleh. BM boleh menjadi bahasa sains dan teknologi apabila kita sudah menguasai teknologi tersebut. Apabila kita telah faham dan kuasai sesuatu bidang teknologi, maka kita mampu menjadi pencipta dan penghasil teknologi yang baru. Kita akan berada di hadapan teknologi. Pada masa itu, kita pula menggunakan BM dalam teknologi-teknologi baru yang kita hasillkan.

Maka, pada ketika itu, bangsa-bangsa lain, bangsa barat dan yahudi perlu mempelajari BM untuk menguasai dan mempelajari teknologi yang kita hasilkan. Hasilnya, BM akan menjadi bahasa teknologi, akan menjadi bahasa yang universal dan terkenal di seluruh dunia.

Yang penting, kita perlu kuasai teknologi yang telah dihasilkan dahulu yang kini dikuasai oleh bahasa inggeris.

10. Bolehkah dasar ini mencapai matlamatnya ?

Boleh. Sekiranya semua pihak berusaha sedaya upaya dalam memastikan kejayaan dasar ini. Semua pihak perlu berganding bahu menjayakannya. Semua pihak perlu membuang sikap prejudis, membuang kacamata politik dalam melihat dan memahami dasar ini. Apabila sikap prejudis di ubah, maka kita akan akui matlamat dan objektif dasar ini yang murni. Kita perlu bekerja keras.

Segala usaha, perancangan, prasarana perlu diperhebatkan agar matlamat dan objektif yang murni ini tercapai. Semua kita bertanggungjawab dalam memastikan satu hari nanti, bangsa kita, agama islam bakal menjadi pencipta, pengeluar dan rujukan bangsa-bangsa lain di dunia. InsyaAllah.

33 comments:

Hasrul Halid said...

Tuan Tanah,

Saya sedut masuk ke blog saya.

CheWal said...

Hasrul,

Takde masalah... terima kasih kerana berkunjung ke blog ini.

Ahmad Amzar said...

salam

tahniah tuan atas penjelasan yang lengkap itu,cuma,di sini saya rasa cuma ada sedikit pembetulan..iaitu kenyataan tuan yg mengatakan bahawa 100% daripada bahan rujukan sains dan matematik adalah dalam bahasa inggeris..saya rasa bukannya 100%,tetapi kebanyakan..terutamanya apabila kita bercakap mengenai yang berada di pasaran negara kita..

teruskan perjuangan

CheWal said...

Ahmad Amzar,

Terima kasih diatas teguran tuan. apa yang saya maksudkan dgn 100% adalah, 100% bidang berkaitan teknologi mempunyai rujukan dalam bahasa inggeris (di negara kita). Seperti mana juga di Jepun dimana 100% bidang berkaitan teknologi di sana mempunyai rujukan dalam bahasa Jepun.

Terima kasih sekali lagi diatas teguran Tuan.

Kuey san said...

Salam,

saya jugak 'mencilok' di sini.


;)

Ahmad Fadzli Fauzi said...

Salam,

1. merujuk kepada persoalan sains dan teknologi terlalu pantas dan tak sempat buat terjemahan, itu adalah alasan yang PALING LEMAH saya baca. Tuan tahu berapa kos untuk sedia bahan, peralatan dan melatih guru-guru?
2. budak 6 tahun itu berada dalam PERSEKITARAN BAHASA INGGERIS! Budak nama Hisham kat sekolah saya yang terletak di pedalaman ni macam mana?
3. gapodio? guru-guru MEMANG sudah menyediakan NOTA ISTILAH secara percuma untuk murid2.
4. fikir dengan akal! Jepun 100% rujukan S&T dalam bahasa Jepun! Kita?????????

Mohd Sufian said...

Salam,

Saya mohon kebenaran tuan tanah untuk menggambil artikel ini. :)

CheWal said...

Abufadhl,

1. Adakah saudara merasakan membuat penterjemahan adalah satu perkara yang mudah dan tidak menelan belanja yang tinggi ? contoh yang diberikan dalam tulisan diatas hanyal untuk 0.1% dari keseluruahn bidang sains dan teknologi. Itu baru berbicara mengenai buku rujukan... bagaimana pula dgn journals, papers, letters dan lain-lain ?

2. Kajian yg dibuat oleh Prof. Emeritus Isahak menunjukkan prestasi pelajar diluar bandar untuk subjek sains dan matematik lebih baik dari pelajar bandar spt dibawah :-

- min skor math (Bandar) : 6.57
- min skor math (luar bandar) : 8.34

- min skor science (bandar) : 3.35
- min skor science (luar bandar) : 4.11

...oleh itu, tiada masalah bagi pelajar luar bandar.

4. utk soalan ini, ianya telah dijawab dalam FAQ no.6. sila baca dan fahamkan.

Terima kasih.

-mfaiz83- said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam...

Buat mereka yang tidak bersetuju dengan artikel di atas dan juga yg menuntut dimansuhkan PPSMI...

Kelak nanti apabila bangsa kita sudah maju dan menguasai pelbagai bidang dan cabang ilmu, insyaAllah dengan sendirinya bahasa kita juga akan terdaulat. Pada waktu itu bangsa-bangsa luar pun akan belajar bahasa kita untuk menuntut ilmu dalam bahagian-bahagian yang kita kuasai.

Suatu masa dahulu bangsa Arab mendahului dalam bidang sains dan teknologi, dengan tokoh-tokoh ilmuwan Islam agung yang mana umat Islam hari ini hanya mampu mengenang tanpa mewarisi. Pada waktu itu Eropah masih dalam zaman gelap. Penuntut-penuntut Eropah zaman itu mempelajari bahasa Arab supaya senang mereka mempelajari ilmu-ilmu sains dan matematik dalam bahasa Arab. Tiadalah pula orang-orang Eropah kecoh mendebatkan apa akan jadi dengan bahasa Inggeris atau Perancis atau Jerman mahupun Sepanyol, hanya kerana terpaksa belajar sains dan matematik dalam bahasa Arab. Lihat hari ini, pupuskah bahasa mereka? Tidak! Bahkan menjadi lingua franca utama dunia. Ini kerana bangsa Eropah telah muncul sebagai peneraju dalam pelbagai cabang ilmu pengetahuan. Terbalik pula jadinya dengan bahasa Arab yang makin terhad penggunaannya kepada negara-negara Arab dan umat Islam sahaja. Ini berlaku semenjak bangsa Arab dilanda anasir-anasir kejumudan dan puritanisme yang menghakis kegemilangan budaya ilmu mereka.

Jepun juga sama sejarahnya. Bangsa Jepun menuntut dalam bahasa Inggeris ketika zaman pemodenan Meiji dalam pertengahan abad ke-19. Lihat saja betapa bangsa Jepun bergantung penuh terhadap bahasa Inggeris selama lebih 100 tahun sehingga mereka sendiri muncul sebagai peneraju ilmu yang menyaingi Barat sekaligus mampu memartabatkan bahasa ibunda mereka sebagai lingua franca. Itu pun, Jepun tetap tidak pernah sesekali mengabaikan kepentingan bahasa Inggeris untuk mereka terus bersaing di peringkat antarabangsa. Bayangkanlah jika pada abad ke-19 dahulu orang Jepun menentang pembelajaran dalam bahasa Inggeris seumpama orang Malaysia hari ini membuta tuli menentang PPSMI...? Mana mungkin dunia akan mengenal Jepun seperti yang dikenali sekarang?

Unknown said...

Modal air liur saja. Mana data,fakta, rujukan, angka?

Itu pandangan peribadi tanpa disokong oleh sebarang fakta.

Membuat generalisasi, dan kemudian menggunakan kes terpencil bagi mengabsahkan suatu dasar pendidikan peringkat nasional dari segi etika ilmunya adalah salah.

Beginailah,

Contoh dekat di hati, belajar tajwid. Kalau ustaz/ustazah melabon dalam bahasa arab menerangkan hukum tajwid, sampai tua rentalah awak tak akan pandai baca Al-Quran.


Sekarang letak perkara ini pada anak-anak seawal 7 tahun.Bagaimana mereka nak faham KONSEP jika penyampaiannya dalam bahasa asing?

Terangkan bagaiamana menjelaskan
konsep pecahan dalam bahasa Jawa kepada anak Melayu?

Samalah dengan menerangkan KONSEP pecahan dalam BI kepada anak Melayu. MEREKA TIDAk FAHAM.

Unknown said...

Nazrul,

Fakta anda menyimpang.

Di Eropah yang belajar bahasa arab adalah pendita, cendikiawan.

Bila ilmu mereka dapat, mereka terjemah ke bahasa Latin. Kebetulan bahasa Latin adalah bahasa ilmu ketika itu.

Mereka tak buat polisi suruh semua rakyat belajar bahasa arab atau belajar maths/sains dalam arab.

Sama juga dengan negara lain, bagi aku contoh negara maju dengan PPSMI??

Unknown said...

Buat yang berakal,

Bahasa Jepun, seperti bahasa Melayu, adalah bahasa feudal, di mana golongan istana menggunakan bahasa yang berbeza sedikit daripada golongan rakyat.

Masyarakat tradisional Jepun terdiri daripada 4 darjat: Golongan ningrat (istana), golongan kesatria (samurai), golongan pedagang, dan yang paling rendah golongan perempuan dan petani.

Bahasa Jepun juga mempunyai 4 jenis: Paling tinggi adalah bahasa golongan istana, bahasa golongan satria, bahasa golongan pedagang, dan bahasa orang perempuan.

Sewaktu maharaja Meiji membuat keputusan hendak membuang bahasa Cina sebagai bahasa ilmu di negaranya dan menggantikannya dengan bahasa Jepun, salah satu isu yang timbul adalah bahasa golongan mana yang hendak dijadikan bahasa ilmu.

Akhirnya, dipilih bahasa yang paling rendah martabatnya, yakni bahasa orang perempuan.

Alasan yang digunakan bagi memilih bahasa perempuan itu adalah disebabkan para petani Jepun menggunakan bahasa perempuan.

Dengan memilih bahasa golongan yang paling rendah darjatnya itu, maka mudahlah ilmu pengetahuan sains modern disebarkan kepada golongan yang paling ramai, paling miskin dan paling bodoh.

Jadi, bahasa Jepun hari ini adalah bahasa kaum petani yang sudah dimodernkan.

Unknown said...

Apa komen saudara,

Dipungut daripada Centre for Policy Initiatives

Math and Science: The case for BM (2)

Written by Helen Ang
Tuesday, 10 March 2009 19:26

We have completed one cycle of PPSMI. In 2008, the pioneer batch that was taught Math and Science entirely in English finished their Year Six.

Yet last year, only 31.1% of Year Six pupils elected to answer the UPSR Science paper fully in English, while 68.9% opted to use Malay, or vernacular (Chinese/Tamil) or a combination of three languages (English-Malay-vernacular). Good grief! We’ve formally brought the Malaysian rojak culture into the classroom.

An unintended consequence of PPSMI is that of turning the UPSR haywire – its rojak language feature unheard of anywhere else in the world. A parallel would be, say, a 12-year-old in England submitting his Science answer script in a jumble of English-French-Urdu.

Close to 70 percent of Malaysian Year Sixers were not confident enough to sit the exam in English. In absolute numbers, 352,641 pupils.

Taiwan and Korea topped the Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)* in 2007. Taiwanese and Korean children don’t learn Math and Science in English.

Hong Kong children taught in spoken-Cantonese and written-Chinese also ace Math and Science. On the other hand, Filipinos are fine in English. Do you ever hear that the Philippines is tops in Math and Science?

Two countries usually considered technological powerhouses are Germany and Japan. Imagine if German and Japanese children were to be taught Math and Science in English in order to improve their English as well as performance in both subjects.

I should hope that a Japanese Education Minister treating his country to such flawed reasoning would have the decency to commit harakiri.

Mother tongue is best

It is mother tongue instruction that’s most effective for children as countless studies have shown. Unesco endorses this formulation. The European Union similarly adopts a mother tongue education policy.

The majority of Malaysians speak Malay at home. Malay is more familiar to the Orang Asli and other indigenous peoples even if it is not their dialect, whereas English is alien. Our teachers’ language of competency is Malay. Our pupils are most conversant in Malay. (In vernacular schools, Chinese and Tamil.)

Is it so incomprehensible to urbanites that the majority of rural children don’t speak English at home? That the people around them don’t speak English? That even their older brothers and sisters who are college-age speak little or poor English?

The poor are unfamiliar with English, period. And education is the means of upward social mobility for the poor – their lifeline.

Furthermore, Math and Science teachers who are themselves deficient in English will not help improve their pupils’ language command. In fact, a likely scenario given the reality of Malaysia is that kids will pick up English grammar mistakes from Cikgu during Math and Science periods.

The most oft-cited argument in favour of PPSMI is that the bulk of reference material is in English.

But we’re talking about 7 year olds and 11 year olds. They don’t need to refer to advanced textbooks and academic papers which admittedly are in English. They’re not required to write a thesis using English jargon. Foundation level Math and Science deals with basic concepts that can be explained just as well in BM or vernacular.

Even at ages 13 to 15, schoolgoers don’t specialise in Math and Science. Not everybody aspires to be a scientist. Some kids when they grow up want to be a pet groomer or a landscape design consultant.

Not addressing the root cause

Three Japanese scientists shared the 2008 Nobel Prize for their work in subatomic physics. Two are nationals of Japan and the third an American citizen; the Japanese duo obtained their PhDs from Nagoya University while the Japanese-American from University of Tokyo. They learned their Math and Science in Japanese … I’m sure.

Let’s say that a science magazine discusses the field of their Nobel prize-winning research and uses descriptions like ‘particle accelerator/Large Hadron Collider’, ‘weak nuclear force’, ‘CP violation’ and ‘Higgs boson’.

Even though it’s generally true that in the international arena, scientific breakthroughs and cutting edge theories are articulated to the public at large through English, mastery of English doesn’t necessarily help a Form Five student comprehend the contributions of the Japanese trio.

Only by being very good in Physics will the 17-year-old Malaysian find the article illuminating. English is not a magic key to unlocking scientific aptitude. Making BM the scapegoat is grabbing hold of the wrong end of the stick.

The language of Math and Science is technical and precise. Following are the sort of sentences you would come across in a Chemistry lesson: “Fill test tube with ethanol” or “Immerse cotton wool ball in hydrochloric acid solution”. Biology and Physics are just as replete with glossary.

Not even those enamoured with English’s utility would claim that kids doing PPSMI are acquiring communication English useful in real life situations.

Emotional quotient (EQ) which reflects maturity is expressed through the richness of thought and nuances of language. The latter aspect (e.g. vocabulary, discursive skills) is better gleaned from the nature of the humanities subjects such as History, Literature, etc., and not from the terminology and formulae of Science and Math.

One way to lift academic standards in Math and Science is by fostering methodical and rational thinking, and promoting academic rigour.

The problem with Malaysians doesn’t lie with the language of delivery. It lies with the rigid, passive education system, the teachers’ dull, dispiriting approach and the by-rote exam structure (practise, practise, practise past year test papers, spot questions). These methods do not inculcate in children such traits that are the attributes of a scientific mindset.

What’s the real issue?

What is it that we really desire out of PPSMI? Impressive Math and Science scores in domestic exams do not automatically make Malaysia a great science and technology country.

In fact, the GMP (movement to abolish PPSMI) has alleged that in order to cover up the failure of the policy, the Education Ministry has resorted to lowering the passing mark in Math and Science to 30 percent and thus beefing up the pass rate.

Not only that, the revamped syllabus for Math and Science has been dumbed down to accommodate the stragglers. Consequently, the bright students are not stretched or challenged.

Well, Malaysia produced an SPM student who scored 21As and a clutch of others with almost as many distinctions. What’s the value of Malaysia-calibrated stratospheric achievements? It’s only jaguh kampung, akin to ‘Wira Angkasawan’ but ‘Malaysian space tourist’ to the rest of the world.

Even if we self-arbitrate that our Math and Science students are prodigies par excellence, does the country have the requisite technology base (except in the automotive industry thanks to Proton), flourishing R&D sector as well as incentives to absorb those future graduates who intend to do original research?

Registered patents are one indicator of technology advancement, i.e. which countries are inventing new things. In Japan, 27,230 patents were filed in 2007. In the corresponding year, Malaysia recorded 93 (see table).

For further comparison, Singapore: 443, USA: 52,969. Singapore places an emphasis on English medium education but it’s the intellectual climate in the States that makes Americans far more inventive than Singaporeans.

So looking mistily ahead, we might dream about creating a breed of Malaysian scientists and mathematicians taught in English. In the here-and-now, we’re losing hordes of children who don’t even have a passable grounding in Math and Science due to PPSMI. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

The law on this

Under the provisions of Article 152 of the Federal Constitution, Malay is the national language.

It is also the language for ‘official purpose’, i.e. “any purpose of the Government, whether Federal or State, and includes any purpose of a public authority”. Hence, English has no official purpose in schools.

The Education Act says that the national language shall be the main medium of instruction in all educational institutions except a national-type school, that is, except Chinese and Tamil schools.

Following are the UPSR subjects: Bahasa Malaysia Pemahaman (comprehension) & Penulisan (writing), Bahasa Inggeris, Kajian Tempatan, Matematik, Sains. The latter two taught in English, plus English itself as a language paper, add up to three subjects in English.

Apart from Islam and BM as language subject, there is only one other subject in Malay. In Chinese schools, Math and Science in English will sharply curtail the amount of time immersing in the mother tongue.

What then becomes of the Chinese character of national-type schools? Don’t forget that the Education Act allows for Chinese school; it does not permit the existence of English school.

These Chinese primary schools are feeders to the 60-plus independent Chinese high schools whose students take the UEC. This exam is recognised as the entrance qualification for universities in Taiwan, China, Singapore, Australia and some European countries. Math and Science in English will kill the UEC, and seal off alternative avenues to higher education if students are incompetent in Chinese language.

Also, the PPSMI format practically negates Malay as the medium of instruction gazetted in the Education Act while to all intents and purposes English has become the medium of instruction for the core subjects. This development turns the accepted notion of our cherished nationhood – which national language is the chief marker – on its head.

If the government still insists on continuing with PPSMI, it should amend the Constitution and change the law first.

So what’s my beef?

The sorts of accusation levelled against those opposed to PPSMI are ‘Malay ultra’, ‘language chauvinist’, ‘knowledge-shy’ or ‘anti-English’. These labels do not apply to me, and I was a Science student who sat Physics, Chemistry, Biology and Additional Mathematics in the SPM.

I’m against Math and Science in English because of the way it is being done. It hurts the majority of children. Pupils at national-type school ‘double’, wasting precious time on Math and Science in overlapping timetables both English and Chinese.

PPSMI is an ill-conceived policy ill-suited to Malaysia’s realpolitik conditions. Its implementation is helter-skelter. Bottomline: Simply not viable.

I see the issue in class terms: PPSMI benefits the ‘haves’ and disadvantages the ‘have-nots’. The smart ones get smarter, the ones already backward fall further behind. How else to view the RM3.2 billion worth ICT equipment purchased under the PPSMI project when some schools don’t have enough classrooms or even electricity?

With English, a small segment that might later pursue tertiary studies requiring Math and Science expertise will have an easier path. But English impedes a greater number of youngsters who find the language barrier hampering their fundamental understanding and interest in Math and Science.

The trade-off in cost is extracted from those with a poorer socio-economic background.

Their parents lack the resources for private tuition, not that there are tuition centres anyway in the rural and remote areas. Nor are these parents capable of giving home tutoring as they themselves are not well-educated. And in settlements and long houses, children do not have access to facilities, computers and laboratories.

The question, thus, is one of the greater good. With PPSMI, children whose parents are vocally pro-English will naturally do better. But PPSMI is at the expense of the majority losing out in Math and Science, in addition to their English not getting any better. Local studies have shown that PPSMI is damaging. (See box below).

If the worry is about English, then the upper middle-class and professional strata should improve their children’s English after school hours rather than inadvertently punish the majority of Malay and vernacular speakers. If the concern is about Math and Science, then privileged kids will just have to make an extra effort at matriculation and tertiary level.

Retrogressive to nationbuilding

Since 1982, all first degree courses have generally been taught in Malay at our public universities. For close to three decades, these tertiary institutions have been producing graduands who obtained their qualifications in Malay.

Under PSSMI, the burden is emphatically placed on young children, not on the late teens who may wish to specialise in Math and Science. Not only is this unfair and unconscionable, it makes no sense.

Finally, the standard of BM has risen in inverse correlation to the decline in the standard of English. Even the UPSR BM paper for 12 year olds is of a high degree of difficulty.

If we belong to the minority groups, we have to remember that we’re residing in the Malay archipelago. Our socio-political milieu is undeniably Malay. Unless we’re willing to alienate ourselves in ethnic enclaves, it’s untenable to continue living in Malaysia if we do not encourage our children to be adept in Malay or at the very least, keep up.

Malay culture steeped in the Malay language expresses the soul of our country. Bahasa Jiwa Bangsa.

GMP chairman, former director of Dewan Bahasa dan Pustaka Dr Hassan Ahmad, sums up best: “What we know is that there is no race in the world that has shaped its culture and civilization, art, literature, philosophy of life, myth, worldview and corpus of knowledge through the language of another people”.

As Anak Bangsa Malaysia, we have no choice but to respect Article 152.

Unknown said...

Salam... Merujuk kepada artikel Helen Ang dari CPI.

Sebahagian perkara yg ditimbulkan dalam artikel CPI ini telahpun dijelaskan sebahagiannya (kalau pun tidak sepenuhnya) oleh artikel PPSMI-FAQ di atas. Khas untuk renungan penentang PPSMI yg sibuk menjaja Jepun dan Continental Europe... SOALNYA adakah Malaysia betul-betul berada dalam kerangka masa dan persekitaran yang sama seperti yang dialami Jepun dan Jerman semasa mereka mula membangun dahulu?! Jawabnya TIDAK. Zaman kebangkitan Jepun dan Jerman, revolusi ilmu dan maklumat pada masa itu tidak sepantas sekarang. Bahkan komen saya (dan tentu sekali artikel blog di atas terutamanya) sebelum ini pun telah menjelaskan bagaimana Jepun dan Eropah sebenarnya bermula: mereka terpaksa belajar menggunakan bahasa asing juga, hinggalah mereka sendiri muncul peneraju dan pencipta ilmu pengetahuan yg mampu memartabatkan bahasa ibunda mereka sendiri. Lagi contoh...

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/02/sound-bites-snippets.html#comment-70450

Yang dibangkitkan penentang PPSMI ialah "hanya" 31% pelajar memilih untuk menjawab kertas Sains UPSR dalam BI. Yang SENGAJA tidak disebut ialah peratusan 31% (dan 46% untuk Matematik) itu sendiri adalah peningkatan drastik berbanding tahun-tahun lepas. Ini dijelaskan oleh Encik Tun Faisal Ismail Aziz, Pegawai Khas YB Menteri Pendidikan dalam artikel blog beliau:

http://tunfaisal.blogspot.com/2009/02/ppsmi-hujah-hujah-yang-mengelirukan.html

dan...

http://tunfaisal.blogspot.com/2009/02/ppsmi-pertimbangkan-statistik-yang.html

Cukuplah saya beri pautan (link), itu lebih baik daripada copy-and-paste panjang berjela macam kawan kita sorang tu...

Juga kepada KutuCyber, kalau anda nak sangat fakta dan angka, boleh rujuk blog Encik Tun Faisal terutamanya dua pautan yg saya berikan itu. Anda boleh tanya terus kat dia kalau anda nak lebih detail! Jangan semata-mata anda telan “fakta” (padahal auta) dan “angka” penentang-penentang PPSMI yg kalau betul-betul diamati sebenarnya menyalahi banyak prinsip dan kaedah penyelidikan! Bahkan Encik Tun Faisal ada menunjukkan betapa “hasil kajian” kumpulan-kumpulan penentang PPSMI adalah dibuat berdasarkan prejudis sejak mula lagi (satu kesilapan asasi yg besar dalam menjalankan penyelidikan), sampel kajian tidak sesuai dan tidak menyeluruh, dan macam-macam lagi kepincangan yang menjadikan “kajian” penentang PPSMI tidak cukup layak untuk dipanggil “kajian” pun!

Penentang-penentang PPSMI "pandai" mengetengahkan "contoh" Jepun dan Jerman tetapi sengaja mengelak daripada membincangkan tentang negara-negara yang berjaya dengan PPSMI mereka seperti Singapura dan India (yg semakin menunjukkan pencapaian besar dalam S&T walaupun kita tahu India masih sebuah negara mundur!).

Bayangkanlah kalau kerajaan India tidak mempraktikkan PPSMI di negara mereka, bagaimana agaknya mereka hendak menyediakan bahan teks di bawah 14 bahasa ibunda kebangsaan India yang berbeza-beza? Hindi, Urdu, Tamil, Telugu, Kannada, Konkani, Malayalee, Assami, Oriya, Gujarati, Marathi, Punjabi, Kashmiri, dan entah apa-apa bahasa ibunda lagi???

Mungkin anda gelak besar bila saya berikan India sebagai contoh. Sabarlah dulu! Ya, daripada 1 bilion rakyat India, 70% hidup di bawah garis kemiskinan dan 40% masih buta huruf. Tetapi kita kena ingat, negara sedemikian BESAR seperti India dan China tidak perlu 100% rakyatnya jadi cerdik-pandai untuk mengukir kepentingan negara mereka di persada global. Hanya 10% rakyat India berpendidikan tinggi dan berbahasa Inggeris, tetapi bagi India itu maknanya 100 JUTA!!! Hampir sama dengan keseluruhan penduduk Jepun dan lebih besar dari populasi Jerman! Dan itu adalah 2 kali ganda penduduk Britain!

Malaysia dengan populasi tidak sampai pun 30 juta, kita tiada pilihan selain terpaksa mensasarkan pendidikan sempurna dan penguasaan bahasa antarabangsa ke atas 100% populasi kita jika kita ingin punya modal insan yang berpengetahuan tinggi dan sedia bersaing di peringkat dunia. Perkara sama dijalankan di negara-negara kecil lain seumpama Belanda, Denmark dan Singapura.

Entah apa yang Helen ni merepek dan apa motifnya apabila dia menulis, dan apa pulak kaitan dengan PPSMI:
“What’s the value of Malaysia-calibrated stratospheric achievements? It’s only jaguh kampung, akin to ‘Wira Angkasawan’ but ‘Malaysian space tourist’ to the rest of the world.”

Hai! Si Helen Angsa ini tidur setahunkah? Takkan tak tahu, Dr. Sheikh Muszaphar dan Mejar Faiz telahpun DITAULIAH sebagai COSMONAUT oleh agensi angkasa nasional Rusia, ROSKOSMOS. Cosmonaut adalah pengiktirafan yang lebih meluas berbanding Astronaut di bawah NASA USA. Helen Angsa ini memang ignorant atau sengaja “JAKI” sebab yang naik ke ISS itu anak Melayu?!

Lagi putarbelit penentang PPSMI ini:
I see the issue in class terms: PPSMI benefits the ‘haves’ and disadvantages the ‘have-nots’. The smart ones get smarter, the ones already backward fall further behind. How else to view the RM3.2 billion worth ICT equipment purchased under the PPSMI project when some schools don’t have enough classrooms or even electricity?
With English, a small segment that might later pursue tertiary studies requiring Math and Science expertise will have an easier path. But English impedes a greater number of youngsters who find the language barrier hampering their fundamental understanding and interest in Math and Science.
The trade-off in cost is extracted from those with a poorer socio-economic background.
Their parents lack the resources for private tuition, not that there are tuition centres anyway in the rural and remote areas. Nor are these parents capable of giving home tutoring as they themselves are not well-educated. And in settlements and long houses, children do not have access to facilities, computers and laboratories.
The question, thus, is one of the greater good. With PPSMI, children whose parents are vocally pro-English will naturally do better. But PPSMI is at the expense of the majority losing out in Math and Science, in addition to their English not getting any better. Local studies have shown that PPSMI is damaging.


What local studies? Betul ke kamu “kasihan” dengan anak-anak luar bandar? Atau sebenarnya kamu TIDAK MAHU anak-anak kampung dan anak-anak marhaen turut menikmati pendidikan berbahasa Inggeris seperti yg dinikmati oleh kamu dan waris-warah elit kamu?! Sebenarnya kamu lebih risaukan anak-anak elit kamu yang belajar di International Schools dan sekolah-sekolah elit di bandar kerana kelak nanti mereka akan berhadapan saingan daripada anak-anak marhaen yang juga pandai english dan semakin cemerlang dalam pelajaran keseluruhannya, jadi nanti payahlah sikit kamu nak senang-senang mengkronikan kerjaya dan kedudukan elit kamu kepada waris-warah kamu tanpa persaingan, BETUL TAK?!

Cuba lihat dua penentang PPSMI daripada UMNO – Khairy Jamaluddin dan Dr. Khir Toyo. Dr. Khir Toyo adalah generasi MCE yang kemudiannya memasuki UM pada zaman UM masih menggunakan BI sepenuhnya. Khairy pula bersekolah di Singapura dan masuk Oxford yang sah-sah bahasanya ialah Inggeris. Tidakkah dua elit politik ini menepati apa yg saya katakan? Mereka mahu pendidikan kelas pertama hanya untuk mereka dan waris-warah mereka tetapi bukan untuk anak-anak marhaen!

Apa masalahnya sekolah yg tiada talian elektrik TNB sedangkan telah dibekalkan dengan GENSET (dalam BM ianya SET JANAKUASA, utk anti-PPSMI yg mungkin tak faham) dan diesel subsidi oleh kerajaan???

Saya dan ramai lagi majoriti senyap yang menyokong PPSMI melihat isu anak-anak luar bandar ini dari sudut berbeza. Fikirkan... dalam banyak kes, HANYA dengan PPSMI sahajalah PELUANG anak-anak desa ini mendapat ENGLISH EXPOSURE dengan lebih meluas di peringkat AWAL. Anak-anak desa inilah yg sebenarnya LEBIH PERLUKAN PPSMI berbanding anak-anak bandar. Anak-anak bandar, waima kalau tiada langsung BI di sekolah pun tidak menjadi masalah, kerana banyak edaran akhbar dan majalah berbahasa Inggeris, internet jalur lebar, siaran Astro, dan ibu-bapa yang kadang-kadang bahkan lebih fasih bercakap BI daripada bahasa Melayu walaupun mereka Melayu!!!

Kami penyokong PPSMI tak pernah sekali-kali pun mendabik dada mengatakan PPSMI itu 100% sempurna tanpa masalah. Tetapi mengapa yg menentang masih tebal dengan mentaliti “defeatist” – sudah alah lagi beralah??? Jika ada kelemahan, ayuhlah berusaha dua kali ganda lebih keras demi memperbaiki kelemahan itu, bukannya mencari alasan untuk kekal lemah dan di takuk lama. Bukankah alah bisa tegal biasa?! Mana ada program mahupun polisi di mana-mana negara dalam dunia ini yang hasilnya sekelip mata? Inilah masalahnya bila mentaliti bagaikan mee segera. Guru-guru Sains dan Matematik (saya tujukan kepada guru-guru yg banyak komplin bukannya guru-guru yang proaktif), sewajarnya menerima tanggungjawab PPSMI ini sebagai satu amanah dan penghormatan bukannya sebagai bebanan. Apa, kena sakit jantungkah, matikah, kalau tambah 1-2 jam setiap hari untuk memberbaiki BI, Matematik dan Sains?!

Saya pun pada mulanya bagai nak menangis juga bila belihat adik dan adik sepupu saya terkial-kial nak mengulangkaji matematik dan sains dalam medium BI. Tapi saya fikir semula, biarlah susah dahulu jangan susah kemudian. Biar susah sikit sekarang daripada sesal tak sudah kemudian hari gara-gara mengelak susah yg awal itu. Kami sekeluarga cuba bantu mereka dan rakan-rakan setakat yang boleh. Alhamdulillah ada hasilnya. Terutamanya adik sepupu yg ibarat “belakang parang” yg kami mula-mula fikir dah tak ada harapan lagi itu. UPSRnya 1B 2C 1D 1E (UPSR tahun 1993, sebelum PPSMI), tetapi berkat usaha dan kesabaran mengharungi PPSMI dan subjek-subjek lain maka dalam PMR 2006 dapatlah 3A 5B. Memanglah Matematik, Sains dan BI dia dapat B sahaja tapi berdasarkan UPSRnya yg maha teruk itu siapa sangka...?!

Belakang parang sekalipun kalau diasah lama-lama tajam juga, inikan pula mata parang...

CheWal said...

Tahniah sdra Nazrul diatas jawapan saudara terhadap kutucyber.

sememangnya dah banyak kali diterangkan dan dah banyak kali dijelaskan mengenai perbezaan zaman diantara Malaysia dgn negara-negara seperti Jepun, German dan lain-lain yang menyebabkan mereka tak perlu kan PPSMI... tetapi mereka yang menetang seakan-akan buta untuk melihat dan memahaminya... sebaliknya mereka bertanyakan soalan yang sama berkali-kali.

Saya juga tertarik dgn hujah saudara bahawa penyelidikan yang dibuat oleh penentang PPSMI sebenarnya dimulakan dengan sikap prejudis....

Saya juga pernah tunjukkan bahawa ada diantara keputusan yang dibuat oleh mereka tidak berdasarkan data yang mereka perolehi.

contohnya, kajian oleh Prof. Isahak. Beliau membuat keputusan mengatakan bahawa bilangan pelajar yg tidak faham sains dan matematik dalam BI adalah melebihi dari bilangan pelajar yang faham. Tetapi apabila kita lihat data yang beliau perolehi, rupanyan beliau masukkan data pelajara yg `kadang-kadang faham' sebagai data pelajar yang tidak faham. Kalau kita lihat data tersebut, dan hanya bandingkan antara data `faham' dan `tidak faham', kita akan dapati pelajar yg mengatakan mereka faham adalah lebih tinggi. Pelajar yang megatakan `kadang-kadang faham' bukanlah bererti pelajar tersebut tidak faham... tetapi ianya adalah di tengah-tengah.

Dan terdapat banyak lagi data-data lain yang beliau tidak buat rumusan seperti minimum skor pelajar luar bandar yang melebihi pelajar di bandar dan lain-lain.

Masalahnya, mereka yang menentang, tidak mahu melihat kenyataan yang dibentangkan... sebaliknya lebih rela membuat demonstrasi dari melihat bangsanya menjadi bangsa berilmu.

Fadzrul Hisyam said...

CheWal,

tahniah atas penjelasan PPSMI tersebut.

Saya meminta keizinan untuk mengambil idea ini ke blog saya.

Terima kasih.

smart-n said...

saya ambil dalam blog saya. terima kasih atas maklumat

-mfaiz83- said...

kita perlu lebih ramai orang seperti chewal dan nazrul helmi berperang dgn fakta. thankz byk info kitaorg dpt!

without prejudis!

Unknown said...

Salam...

Lihat Singapura, negara yang telah lama melaksanakan PPSMI. Komposisi kaum mereka hampir sama dengan Malaysia, cuma Cina menjadi majoriti di sana.

Adakah gara-gara PPSMI, yang Cina sudah tidak reti berbahasa Cina (Mandarin/Kantonis/Hokkien/dll)? Adakah gara-gara PPSMI di sana yang Melayu tidak reti lagi cakap Melayu? Adakah gara-gara PPSMI di sana yang India tidak reti lagi cakap Tamil/Telugu/Urbu/dll?!

TIDAK!! Mereka tetap dengan bahasa ibunda mereka dan berpegang dengan akar budaya mereka. Tetapi demi penguasaan ilmu dan dayasaing di peringkat global mereka mengutamakan BI sebagai medium pendidikan mereka.

Dakwaan penentang PPSMI kononnya PPSMI membantutkan proses pemahaman kanak-kanak sekolah rendah terhadap Sains dan Matematik, adalah mengarut semata-mata. Singapura selaku negara PPSMI sering berada di kelompok teratas dalam indeks prestasi Matematik dan Sains antarabangsa. Tetapi penentang PPSMI sengaja mengelak daripada menyebut hal ini.

Anonymous said...

Beberapa perkara tentang bangsa Jepun dan penguasaan ilmu sains dan teknologi mereka.

(1) Benar, di zaman Meiji mereka telah menuntut di dalam bahasa Inggeris untuk menggarap ilmu dari Eropah. Walaubagaimanapun, kita perlukan rujukan yg sahih untuk memperhalusi dan memahami keadaan sebenar negara Jepun dan bagaimana Jepun menggunakan bahasa Inggeris di dalam sistem pengajaran dan pendidikan di zaman Meiji.

(2)Realitinya, masyarakat Jepun pada masa sekarang adalah masyarakat yang tidak fasih berbahasa Inggeris. Mereka sangat mengagumi orang yg pandai berbahasa Inggeris.

(3) Malah ramai diantara pensyarah - pensyarah universiti Jepun tidak begitu fasih dalam pertuturan di dalam bahasa Inggeris. Namun mereka mampu menghasilkan hasil kajian saintifik mereka di dalam jurnal - jurnal antarabangsa di dalam bahasa Inggeris. Mereka juga dengan selambanya menyampaikan "presentation" di dalam bahasa Inggeris versi Jepun.

(4) Jepun merupakan sebuah negara yg "self-contained". Mereka tidak bergantung kepada industri luar. Malah negara seperti Malaysia yg bergantung kepada industri mereka. Malaysia memerlukan Intel, Motorola, Agilent, Panasonic, Sony untuk mewujudkan peluang pekerjaan. Jepun mampu membina semua itu dengan sendiri, hanya dengan belajar ilmu sains. Kesungguhan mereka amat dikagumi.

(4) Jepun giat membangunkan teknologi NLP (Natural Language Processing) dan speech processing. Mungkin ini adalah persediaan kepada "language-gap" yg mungkin akan berlaku di dalam masyarakat mereka. Alat - alat untuk untuk membantu para penyelidik memahami bahasa Inggeris amatlah banyak.


(5) Dalam keadaan perkembangan teknologi yg menggunakan bahasa Inggeris, Jepun masih mengekalkan penggunaan bahasa Jepun bermula dari sekolah rendah sehinggalah ke peringkat PhD. Walaupun demikian, mereka masih mampu memahami artikel artikel di dalam Jurnal antarabangsa. Mereka tidak fasih berbahasa Inggeris, tetapi mereka masih mampu memahami dan menyelesaikan masalah sains dan kejuruteraan.


(6) Benar Jepun telah menguasai teknologi semasa zaman revolusi. Tetapi itu adalah teknologi asas yg sudah ketinggalan pada zaman sekarang. Kita mempunyai ramai pakar yg sudahpun menguasai hal - hal asas seperti ini. Sudah tentu tidak ada masalah untuk kita belajar perkara ini di dalam bahasa Malaysia. Mengapa kita perlu belajar perkara asas ini didalam bahasa Inggeris?

(7) Teknologi sekarang berkembang di dalam bahasa Inggeris. Tetapi Jepun yg merupakan masyarakat yg lemah dlm bahasa Inggeris masih menggunakan bahasa Jepun dan terus berinovasi di dalam bahasa mereka. Mereka berfikir menggunakan bahasa yg serasi dengan darah daging mereka.

Anonymous said...

(8) Seperkara lagi, di dalam bahasa Jepun, ia mempunyai 3 jenis tulisan: kanji, hiragana dan katakana. Tulisan jenis katakana digunakan sekiranya kita mahu memasukkan element bahasa asing di dalam tulisan. Banyak perkataan teknikal Inggeris yang tidak perlu diterjemah dan boleh digunakan terus di dalam bahasa Jepun dengan menggunakan tulisan jenis katakana. Kesimpulannya bahasa mereka telah digubah supaya fleksibel dan sesuai dengan kepesatan perkembangan teknologi.

(9) Pelajar kejuruteraan Jepun sangat mahir dlm matematik dan sains. Keadaan pembelajaran sains dan matematik mereka sgt tinggi jika dibandingkan dengan Malaysia yg menggunakan bahasa Inggeris di sekolah. Persaingan untuk memasuki universiti sangat tinggi kerana setiap calon mesti mengambil peperiksaan utk memasuki sesebuah universti. Ini bermakna setiap universti mempunyai peperiksaan mereka sendiri sebagai ujian kelayakan.

(10) Memikirkan keadaan ini, apakah sebenarnya punca kita lemah di dalam penguasaan teknologi. Ia disebabkan kita lemah dlm sains/matematik atau lemah dlm bahasa Inggeris?

Anonymous said...

(11) Maka disini dua perkara perlu dilakukan : 1. Meninggikan tahap penguasaan asas sains dan matematik dengan menggunakan pendekatan yg lebih efisyien menggunakan bahasa kebangsaan. 2. Meninggikan tahap penguasaan bahasa Inggeris dengan pendekatan yg lebih baik.

(12) Ini bermakna sistem pengajaran dan pembelajaran lama (sebelum PPSMI) itu telah betul jalannya, cuma ia perlu diperbaiki. Apakah salahnya sistem yg dahulu? Jika sistem dahulu telah dibuktikan kesalahannya, maka wajarlah ditukar ke PPSMI.

Unknown said...

Salam...

Terima kasih sdr. Zakamin. Tetapi seperti yang telah dijelaskan awal-awal lagi oleh artikel blog ini dan komen-komen terdahulu (itu pun kalau sdr. ada membacanya), ADAKAH Malaysia betul-betul berada dalam SETTING yang sama seperti Jepun? Jawabnya TIDAK.

Singapura, Denmark, dan lain-lain negara kecil yang berjaya mempraktikkan PPSMI (Bukan bahasa ibunda) juga berada dalam kelompok maju sains dan teknologi, mengapa tidak disebut?

Pembetulan: Intel, Motorola dan Agilent (asalnya sebahagian daripada Hewlett-Packard) berasal dari Amerika, bukan Jepun.

Anonymous said...

Nazrul,

Maaf tentang ayat berkenaan Intel,Motorola dan Agilent yang boleh menyebabkan salah faham. Saya tidak bermaksud mereka adalah "Japanese company". Ayat di atas bertujuan untk menjelaskan keadaan ekonomi Malaysia yang sangat bergantung kepada pelaburan asing.

(13) Kebergantungan kita kepada industri luar ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi sistem pendidikan. Mungkin ini adalah salah satu sebab sistem PPSMI diwujudkan. Sama seperti Singapura, dan India. Satu aspek lagi, Malaysia, Singapura dan India adalah negara bekas jajahan British. Ini juga menyumbang kepada faktor keyakinan kita kepada sistem PPSMI.

(14) Secara rambangnya, sistem pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Malaysia telah melahirkan graduan yang kurang fasih berbahasa Inggeris, baik dalam penulisan dan pertuturan. Tidak dinafikan ada yang berusaha keras dan berjaya menguasai bahasa Inggeris, malah lebih tinggi penguasaannya daripada mereka yg menuntut di United Kingdom. Ketidakfasihan ini menyukarkan majikan - majikan swasta yg kebanyakannya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan. Agensi - agensi kerajaan juga tidak terkecuali dalam hal ini kerana mereka juga menggunakan bahasa Inggeris secara ekslusif. Di sini kita nampak relevannya PPSMI untuk kesinambungan industri - industri luar untuk terus melabur di Malaysia. Ketidakfasihan kita dalam bahasa Inggeris sudah tentu akan menghalang mereka untuk melabur.

CheWal said...

Zakamin,

1. Terima kasih diatas maklumat mengenai sistem pembelajaran di Jepun.

2. Seperti yang saudara dan yang lain sedia maklum, penguasaan sains dan teknologi secara fundamentals di Jepun telah bermula sebelum tercetusnya revolusi teknologi. Merekalah yang telah mempelajari teknologi ini dan juga bersama-sama membuat penyelidikan sendiri. Hasilnya, mereka juga mampu menghasilkan apa yang orang barat hasilkan... malah mungkin ada yang lebih baik daripada itu. Oleh kerana mereka telah bermula terlalu awal (sebelum wujudnya Malaysia lagi), mereka telah mempunyai pelbagai bahan rujukan, kertas-kertas kerja, buku-buku log yang ditulis dalam bahasa mereka. Oleh kerana sumber yang banyak ini dalam bahasa mereka, mereka tidak memerlukan bahasa inggeris utk menghasilkan teknologi. Malah spt yang saya tulis dalam FAQ no. 6, ketika Bell Labs menjumpai teknologi BJT transistor, sebenarnya org Jepun sudah pun mempunyai material lain utk transistor yg membawa kpd teknologi MOSFET. (sila rujuk buku `Made In Japan - SONY'). Ini jelas menunjukkan perkembangan sains dan teknologi mereka berlaku seiring dgn perkembangan semasa. Oleh itu, mereka mempunyai cukup masa utk melengkapkan bahan rujukan dalam bahasa mereka.

3. Sekiranya Malaysia telah wujud pada masa tersebut dan sekiranya kerajaan Malaysia pada masa itu juga aktif menggalakkan pertumbuhan sains dan teknologi, saya percaya, Malaysia juga akan menjadi negara teknologi spt Jepun dan Bahasa Melayu akan menjadi bahasa teknologi di Malaysia spt bahasa Jepun di Jepun. Tetapi kita tidak wujud semasa zaman itu...malah selepas itu pun kita tidak bergiat aktif dalam sains dan teknologi. Kita hanya mula aktif dan berkembang selepas pimpinan Tun Dr. Mahathir yang membawa masuk perubahan keatas penggunaan teknologi dan kejuruteraan. Itupun pada mulanya mendapat pelbagai tentangan. Hanya pada sekita 90an, barulah kita mula membuka mata dan terus bergerak pantas mengejar perkembangan sains dan teknologi.

4. Seperkara lagi, tidak dinafikan, dasar ini semata-mata bukanlah satu-satunya cara untuk menjadi negara/bangsa teknologi, tetapi ianya merupakan salah satu cara kearah tersebut. Pelbagai cara lain perlu digabungkan bersama spt perubahan kpd konsep pengajaran yg berasaskan application dan objektif (spt yg telah dimulakan di peringkat universiti melalui OBE) dan pelbagai cara-cara lain. Semua usaha yg boleh dibuat utk membawa kita mendahului teknologi perlu dilakukan...lebih banyak lebih baik agar matlamat tercapai.

5. Dengan adanya PPSMI, mungkin terdapat segelintir pelajar yang berminat akan mula membaca beberapa perkembangan sains dan teknologi sejak dari bangku sekolah lagi. Mereka boleh mendapatkan pengetahuan tambahan melalui internet...dan dgn BI, maka mereka tiada masalah utk memahami apa yang dibaca di internat (dalam hal yg berkaitan sains dan teknologi). Ini akan membuka fikiran mereka terhadap sains dan teknologi dari awal lagi...dan apabila mereka di peringkat pengajian tinggi ianya lebih memudahkan mereka berjaya dan menghasilkan sesuatu yang baru.

6. Persoalanya, adakah dasar yg berniat murni dan mempunyai matlamat yang baik ini perlu ditentang sehingga berdemonstrasi ? kemanakah perginya kewarasan sesetengah pihak yang beremosi seolah-olah tidak suka kpd kemajuan ilmu. Tidak kah kita berasa malu apabila dilihat spt satu kumpulan bangsa yang tidak mahu berusaha kearah kebaikkan, sebaliknya kita lebih rela membuat demonstrasi yg sememangnya tidak dibenarkan.

gorbal said...

Salam kpd semua,

Ingin saya memberikan pandangan peribadi saya terhadap isu PPSMI ni. Saya bukan ingin menentang PPSMI tetapi tahap perlaksanaannya mungkin harus dikaji semula. Mungkin ianya sesuai untuk peringkat tinggi seperti pra-u, form 6 dan juga di universiti dan mungkin juga diperingkat sekolah menengah bagi sekolah2 yang terpilih sahaja. Manakala pada peringkat sekolah rendah dan menengah (biasa) perlulah di tekankan bagaimana untuk menguasai BI dengan baik supaya bila mereka sampai ke peringkat tinggi tidak terkial2 untuk menguasai dua subjek penting ini (kalau itulah tujuan PPSMI ini ditubuhkan dan saya percaya itulah tujuannya). Bila pelajar2 dapat menguasai BI dgn baik maka saya percaya matlamat PPSMI ini akan berjaya sepenuhnya dan mereka yang menentang PPSMI tidak akan lagi menentang PPSMI di peringkat ini.

Kita tidak boleh membuat perbandingan diantara pelajar umur 6 tahun yang tak tahu bercakap BI yg belajar di darjah satu di UK dengan pelajar umur 6 tahun yang tidak tahu bercakap BI yang belajar darjah satu di sekolah di pendalaman di kelantan atau sabah atau pahang ataupun mana2 sekolah luarbandar di Malaysia. Di UK mereka belajar semua dalam BI, bergaul dan berinteraksi dgn rakan2dalam BI dan bahasa komunikasi mereka dalam BI, jadi tidak menjadi masalah kepada kanak2 ini untuk memahami sains dan math dlm BI, tetapi sebaliknya pula kepada kanak2 yg berada diluar bandar di Malaysia. BI cuma belajar di sekolah iaitu subjek BI (itupun kadang2 cikgu cakap BM juga dan kini Math dan sains (yg rata2 guru2 yg mengajar dua subjek ni pun masih terkial2 dgn penguasaan BI mereka. Selain drp itu bahasa yang mereka guna ialah BM (bahasa ibunda). Jadi, saudara penulis rasa dgn keadaan yg sebegini akan tercapai ke matlamat PPSMI tu? Dalam pada kita mengejar matlamat PPSMI ini, sedar atau tidak banyak murid2 kita yang sudah mula bosan dgn dua subjet ni sebab tak faham dasar dan konsep yang diajar oleh guru sebab tak boleh menguasai BI dgn baik (termasuklah guru itu sendiri). Jadi disini kita sudah kerugian.

Unknown said...

Salam semua...

@ gorbal

Mungkin ianya sesuai untuk peringkat tinggi seperti pra-u, form 6 dan juga di universiti dan mungkin juga diperingkat sekolah menengah bagi sekolah2 yang terpilih sahaja.
Salah satu tujuan tersirat PPSMI dilaksanakan secara menyeluruh ialah untuk membantu menghapuskan saki-baki feudalisme, “antara dua darjat”, dan hierarki sosial yg tidak munasabah antara bandar dengan luar bandar, antara masyarakat elit dengan masyarakat marhaen. Sebab itulah PPSMI dilaksanakan secara MENYELURUH ke atas SEMUA sekolah, bukan semata-mata untuk yang terpilih sahaja. Lainlah kalau saudara mahu saki-baki feudalisme ini kekal.

Manakala pada peringkat sekolah rendah dan menengah (biasa) perlulah di tekankan bagaimana untuk menguasai BI dengan baik supaya bila mereka sampai ke peringkat tinggi tidak terkial2 untuk menguasai dua subjek penting ini (kalau itulah tujuan PPSMI ini ditubuhkan dan saya percaya itulah tujuannya). Bila pelajar2 dapat menguasai BI dgn baik maka saya percaya matlamat PPSMI ini akan berjaya sepenuhnya dan mereka yang menentang PPSMI tidak akan lagi menentang PPSMI di peringkat ini.
You will never go anywhere if you’re just to wait for everything to be perfect without you yourself struggling to master the subjects to perfection. Tambah-tambah orang Melayu kita inilah. Terlalu kaya dengan alasan. Alasan demi alasan demi menjustifikasikan alasan. Kalau nak tunggu “dapat mengusasi BI dgn baik terlebih dahulu” tetapi tak pernah hendak mempraktikkan membaca, menulis dan bertutur BI, bila nak mahir BI nya tu? Inilah masalah orang Melayu kita. Kebanyakan anak Melayu kita (generasi bukan PPSMI) memang terkial-kial di peringkat universiti untuk memahami istilah-istilah teknikal dan saintifik dalam BI. Bayangkanlah masa berharga yg sepatutnya ditumpu sepenuhnya untuk menelaah pelajaran, terpaksa dihabiskan sebahagiannya untuk mencari makna-makna istilah. Memang ada pelajar kita dapat menyesuaikan diri dengan pembelajaran medium BI di IPT walaupun berasal daripada medium BM di sekolah, tetapi tidak ramai. Kebanyakannya masih terpaksa bergelut dan dihantui masalah ketidakfahaman hingga menjelang tahun akhir di mana mereka perlu menjalankan projek berdasarkan kajian ilmiah intensif, merekabentuk projek, membangunkan dan mengujilari projek, membuat analisa, seterusnya menyediakan disertasi – dari awal sampai penyudahnya dalam medium BI. Maka dengan sebab “supaya bila mereka sampai ke peringkat tinggi tidak terkial2” inilah maka PPSMI diperkenal seawal sekolah rendah.

tetapi sebaliknya pula kepada kanak2 yg berada diluar bandar di Malaysia. BI cuma belajar di sekolah iaitu subjek BI (itupun kadang2 cikgu cakap BM juga dan kini Math dan sains (yg rata2 guru2 yg mengajar dua subjek ni pun masih terkial2 dgn penguasaan BI mereka. Selain drp itu bahasa yang mereka guna ialah BM (bahasa ibunda). Jadi, saudara penulis rasa dgn keadaan yg sebegini akan tercapai ke matlamat PPSMI tu? Dalam pada kita mengejar matlamat PPSMI ini, sedar atau tidak banyak murid2 kita yang sudah mula bosan dgn dua subjet ni sebab tak faham dasar dan konsep yang diajar oleh guru sebab tak boleh menguasai BI dgn baik (termasuklah guru itu sendiri). Jadi disini kita sudah kerugian.
Alasan, alasan, alasan!!! Masih nak tunggu semua cikgu dan anak murid cakap BI selancar air terjunkah baru nak mula? Alamatnya kita tidak akan bermula dan tak akan ke mana pun sebab nanti akan ada lagi macam-macam alasan... nak mahir BI tu payah, kami orang kampung, tak pernah cakap BI, buku BI mahal, macam-macam lagilah! Now, or never. Ya, kita tidak nafikan hakikatnya masyarakat kita terutama di luar bandar masih dikelilingi pelbagai kelemahan. Pilihan yg kita ada sama ada nak berusaha dua kali ganda lebih keras utk menghadapi kelemahan tersebut, atau terus mencari alasan demi alasan demi alasan (sampai kiamat pun tak habis dgn alasan kot?) untuk kekal lemah di takuk lama? Kalau ibu bapa tak reti bercakap BI apa salahnya belikan akhbar BI atau bahan-bahan bacaan BI utk membantu anak mengusai BI dengan usaha mereka sendiri. Ibu bapa pun boleh duduk sama-sama dengan anak belajar BI dengan bahan-bahan bacaan itu. Apa? Buku-buku BI mahal, tak mampu beli? ALASAN lagi! Benda lain semua boleh beli, sanggup berhabis-habisan lagi, yg sampai bergolok bergadai pun ada, tapi untuk pendidikan anak-anak, BERKIRA nak mampus! Bagi guru-guru pula. Kementerian sudah menyediakan pelbagai cara utk membantu mereka mengusai BI dan menyampaikan PPSMI dengan baik, baik dari segi kursus, latihan, alat bantu mengajar dan bermacam-macam lagi. Tinggal lagi usaha dari diri sendiri untuk menguasai penyampaian matematik dan sains dalam medium BI, ada usaha atau tidak?

Blog berikut memberikan penjelasan yg penting terheadap perkembangan pelaksanaan PPSMI yg selama ini diputarbelit oleh golongan penentang:

http://tunfaisal.blogspot.com

salwana albaki said...

salam. tuan rumah,saya mintak cedok idea utk tulis dalam blog! thanks..

CheWal said...

salle_albaki,

silakan... saudara. Tidak ada sebarang masalah.

nini said...

salam..pertama sekali sy ingin mengucapkan setinggi2 tahniah kepda saudara kerana dpt memberikan maklumat yang berguna...saya salah seorang ank didik PSSMI dan alhamdullh ia amat membantu sy di peringkat universti..sy melayu dan cinta sya terhdap bhsa melayu tidak akan terhakis, ats sebb itu sy sokong PSSMI untk mengubah nsib orang melayu..bagi sy persoalan pelajr2 berumur 7 thun hndak memahami bhasa inggeris seperti yang dinyatakn sesetengh pihak tidak timbul kerana apa yang diajar berperingkat, mengikut laras bahasa sesuai dengan tahap IQ mereka. Kmdian barulah ditngkatkn dari darjh 2 sehingga darjah enam dan seterusnya..apapun yang berlaku saya bangga jdi ank didik PSSMI.

Anonymous said...

http://shaharirbmz.blogspot.com/2008/08/jawaban-kpd-dr-mahathir-tentang-bahasa.html

renung-renungkan...

CheWal said...

@anon 2 december 2011,

Tulisan dari Prof. Shaharir itu telah pun saya jawab di sini :-

http://chewal.blogspot.com/2009/03/mahathir-1-saya-mengaku.html

Sila rujuk jawapan tersebut. Jawapan itu menunjukkan sikap prejudis dan salah faham beliau terhadap PPSMI.

Saya dicabar oleh beberapa pengunjung di laman web beliau untuk menjawab. Dan selepas saya memberikan jawapan, mereka tidak mahu mengulas.