March 26, 2009

Perjuangan demi Agama, Bangsa dan Negara

1. Keputusan pemilihan bagi Ketua Pemuda UMNO semalam telah menunjukkan bagaimana perwakilan telah mengkhianati perjuangan demi agama, bangsa dan negara. Mereka bukan sahaja telah merosakkan UMNO, tetapi telah juga memberi imej yang buruk kpd bangsa melayu.

2. Walauapapun terjadi, perjuangan terhadap agama, bangsa dan negara perlu diteruskan. Usaha gigih Tun Dr. Mahathir dalam perjuangan beliau perlu dicontohi.

3. Semenjak sebelum merdeka lagi dan semenjak sebelum tertubuhnya UMNO lagi, Tun Dr. Mahathir telah berjuang demi agamanya, bangsanya dan negaranya. Usaha yang dibuat oleh beliau dan yang laian-lain dalam menentang Malayan Union sangat besar ertinya terhadap agama, bangsa dan negara.

4. Selepas itu beliau terus menerus berjuang mempertahankan agama, bangsa dan negara tidak kira samada dalam ataupun di luar UMNO. Semasa beliau dipecat pun beliau terus berjuang dan terus menegur dan mengkritik segala tindakan yang membelakangi agama, bangsa dan negara.

5. Semasa menjadi pemimpin, beliau meneruskan perjuangan murni ini. Beliau terus berusaha memartabatkan agama islam , bangsa melayu dan negara Malaysia.

6. Beliau lantang mempertahankan agama islam ketika ianya diserang oleh org barat dan yahudi. Beliau lantang membela dan mengkritik kuasa-kuasa besar yang menindas orang-orang islam. Beliau tidak kisah walaupun dirinya dikecam diberi pelbagai gelaran oleh masyarakat dunia (barat dan yahudi).

6. Dalam perjuangan memartabatkan bangsa pula, beliau terus berusaha mengubah paradigma bangsanya menjadi satu bangsa yang berkeyakinan tinggi dan sanggup bekerja keras dalam mencapai kejayaan. Beliau terus berusaha melakukan sebaik mungkin dalam memastikan bangsanya bakal menjadi bangsa yang dihormati dan dipandang tinggi di dunia. Segala perancangan beliau semata-mata demi mengangkat martabat bangsa.

7. Dalam perjuangan demi negara pula, beliau bekerja keras dan berusaha gigih mencorakkan pertumbuhan pembangunan negara yang sebenar-benar bebas dan merdeka. Beliau berusaha agar negara ini bebas dari dibelenggu dan dari mengikut telunjuk negara-negara besar yang lain. Beliau berusaha sendiri membebaskan negara ini dari sebarang ancaman penjajahan samada secara langsung atau tidak.

8. Walaupun selepas beliau bersara, beliau terus menerus berusaha dan bejuang demi agama, bangsa dan negara. Sebarang tindakan yg dibuat oleh kerajaan yang membelakangkan agama, bangsa dan negara akan ditentang dan dikritik. Beliau rela dirinya dihina, keji dan dimaki semata-mata untuk melihat agamanya, bangsanya dan negaranya kembali terbilang.

9. Kini, apabila usaha berterusan beliau dalam mengembalikan agama, bangsa dan negaranya kearah kecemerlangan kelihatan seakan-akan kembali bersinar, nampaknya perwakilan pemuda menjadi dalang yang merosakkan perjuangan yang suci ini.

10. Usaha yg dibuat dalam memastikan tampuk pimpinan bebas dari cengkaman korupsi dan rasuah nampaknya masih belum selesai. Pada seketika, mungkin kelihatan seolah-olah usaha ini akan berjaya.... tetapi rupa-rupanya masih terdapat segelintir manusia yang tidak mahu memilih pemimpin yg bebas dari masalah korupsi dan rasuah.

11. Kepada perwakilan pemuda, anda adalah perosak kpd perjuangan agama, bangsa dan negara.

9 comments:

-mfaiz83- said...

Saya berada di PWTC semasa keputusan di umumkan.

Amat sedih tidak terkata apabila Ketua Pemuda Umno yang dipilih ini adalah calon yang di dapati bersalah dengan rasuah oleh lembaga displin Umno.

Di mana letaknya otak perwaikilan ini!!!

Oh lupa saya, saya ini siapa? Bukannya perwakilan yang dipilih jadi buat apa nak bising-bising setakat ahli UMNO biasa.

Tapi sesungguhnya saya adalah perwakilan seumur hidup untuk Pilihanraya Umum Malaysia.

Tentulah liability yang lepas ini di bawa ke hadapan pastinya akan mempengaruhi keputusan PRU ke 13 nanti. Kita tunggu dan lihat keputusannya nanti.

Saya ingin cadangkan kepada Chewal supaya kita menyeru kepada golongan remaja yang tidak pernah mendaftar untuk mengundi ini supaya menjalankan tugas mereka sekiranya mereka sayangkan negara mereka.

Kebanyakkan golongan remaja ini suka mengkiritk tetapi apabila di tanya "sudah mendaftar sebagai pengundi?" mereka kata tidak berminat atau tiada masa.

1 undi begitu penting bagi melaksanakan tanggungjawab kita sebagai rakyat dan menterjemahkan hasrat kita walaupun ianya undi rosak.

Sesuatu harus di lakukan.

CheWal said...

Tahniah Tan Sri Muhyiddin Yassin.... sekurang-kurangnya masih ada harapan pada perwakilan UMNO yg lain.

hanya perwakilan pemuda yang hampeh dan mengecewakan.

Gandingan DSN dan TSMY diharap dapat terus meletakkan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara di hadapan.

Koyeng said...

Begini lah yang terjadi bila merasa terlalu selesa dengan kerusi empuk setelaj 50 thn memerintah. Tidak ada parti yang boleh mengugat dan mereka berani berbuat apa sahaja kerana, jika marah macam manapun rakyat cuma boleh bawa dalam perbincangan kedai kopi. Takkan berani nak undi parti lain

Anonymous said...

Rasanya bila kita berjuang untuk Agama, Bangsa dan Negara. perasaan comments yang dilihat bukanlah seorang pejuang diatas. semuanya cakap tak serupa bikin. kemenangan KJ bagi pejuang adalah satu iktibar dan berusaha untuk membersihkannya dengan membantu ketua yang telah dilantik oleh Allah bersebabkan pengundi pemuda. muhasabahlah jangan cakap tak serupa slogan

Anonymous said...

PERJUANGAN DEMI PERJUANGAN....

Macam ni lah, ini cuma pendapat dan pandangan yang mungkin boleh difikirkan bersama.

Renongkan negara-negara yang raja-raja mereka "dethrone" oleh political body.Seperti Turkey,India,Mesir,Libya,Lebenon,France, Cina dan banyak lagi.

Mungkinkah orang-orang melayu sanggup berbuat demikian pada negara ini? Mungkin tidak. Tapi dalam benak kita siapa yang mungkin mempunyai keberanian pada sesuatu ketika nanti?

Ingat sejarah melaka? Siapa Raja Mendeliar? Siapa Kitul? Siapa Tun Mutahir? Mungkinkah ini kita katakan mengikut suatu putaran atau pusingan roda "zaman"? Mungkin tidak.

Apabila difikirkan secara lojik.
Parti-parti PKR&PAS majoritinya orang Melayu atau peratusan Melayunya tinggi. Tapi bagaimana dengan DAP yang mempunyai persamaan rimanya PAP(Singapura)?

P.R cuma satu jalinan yang terhasil antara PAS dan PKR + DAP.
DAP mempunyai ideologi yang tersendiri dalam perjuangannya.
Yang lain adalah bersifat majmuk.
DAP adalah sebuah parti LAMA dan penuh KESABARAN.Perlu dingat.

Kawan-kawan dan sahabat-sahabat,berhati-hatilah dalam kita memperjuangankan Agama,Bangsa dan Negara yang beraja.Tidak menjadi kesalahan kalau berpolitik.

DSNR,DSAI dan TGHA tetap pemimpin kami, Melayu.

Jaja said...

PERJUANGAN DEMI PERJUANGAN... :

Kalau begitu kita perlu ada minda kelas pertama untuk memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara yang beraja.

Dengan adanya minda kelas pertama,maka tidak wujudnya pertelingkahan di antara penganut-penganut parti politik yang berbeza.

Selamat maju jaya.

Anonymous said...

Jangan gairah dan marah terhadap sesuatu kemenangan dan kekalahan.
Itu lah yang dinamakan pertandingan.Mesti ada menang dan kalah. Tapi jangan lupa bangsa dan keturunan.Period.

Sinopsis:
ikan yang lembut lampai terketik-ketik apabila ketiadaan air

Pal akan mengepal-ngepal
Siang akan menyiang
Eng akan menggoreng

Ingatlah di Temasek kura-kura yang lembut diganyang singa dan yu hingga tak bersuara.

Amrizal - The Takaful Agent said...

Kalau nak perjuangkan demi agama, kenapa perjuangkan bangsa?

Nabi suruh ker?

CheWal said...

Saya `copy&paste' jawapan saya. sila fahamkan betul-betul.

@ Amrizal,

1. Nampaknya saudara tidak memahamai kenapa wujudnya ayat " memperjuangkan ketuanan melayu ". Malah mungkin saudara tidak faham apa yg dimaksudkanyya.

2. Saya pernah jelaskan didalam artikel di sini : http://chewal.blogspot.com/2008/10/memahami-hak-keistimewaan.html

3. secara ringkas, saya boleh katakan adalah, perjuangan UMNO terhadap bangsa adalah bukan kerana menolak perjuangan islam. Perjuangan terhadap bangsa ini adalah bermula dari perjanjian yang dipegang oleh UMNO kpd peribumi/origin tanah melayu semenjak sebelum merdeka lagi.

4. Perjuangan mempertahankan hak keistimewaan bangsa melayu adalah satu janji yg dipegang oleh UMNO. Sebagai org islam kita perlu bepegang kpd janji. Janji yg telah dimeterai oleh semua kaum di tanah melayu adalah, semuanya bersetuju bahawa 4 perkara akan dipelihara sebagai balasan memberi kerakyatan kpd bukan peribumi. 4 perkara ini adalah : kedaulatan sultan, agama islam agama rasmi, bahasa melayu bahasa rasmi dan hak keistimewaan org melayu.

5. Perjanjian ini termaktub dalam perlembagaan dalam pelbagai perkara dan sub.

6. Oleh itu, apa yang diperjuangkan oleh UMNO adalah apa yang telah termaktub dalam perlembagaan yg mana adalah merupakan perjanjian yg telah dimeterai dulu.

7. Hak keistimewaan melayu/bumiputra diberikan adalah kerana mereka adalah penduduk asal tanah ini. Hak ini bukannya diberikan kerana mereka beragama islam. Sbb itu, terdapat org-org yang bukan beragama islam dari sabah dan sarawak mendapat hak yang sama kerana mereka tergolong dalam penduduk asal yang dipanggil bumiputra.

8. Oleh kerana, kerajaan berusaha sedaya upaya memelihara hak-hak penduduk peribumi, maka wujudlah perjuangan ketuanan melayu/bumiputra.

9. Org-org bukan melayu/bumiputra, walaupun mereka adalah org islam, tidak mendapat hak keistimewaan ini kerana mereka bukanlah penduduk asal tanah melayu. Mereka asalnya imigran yang dibawa masuk oleh British.

10. Kepada Amrizal, sila fahamkan dahulu konsep perlembagaan, ketuanan melayu, sebelum menulis. Tidak salah bagi kita untuk membaca dan memahami sebelum memberikan pendapat.

11. Selama membaca.