March 26, 2009

hasrat akar umbi ditong sampahkan...

1. Keputusan pemilihan Ketua Pemuda UMNO baru sahaja diumumkan. Keputusan yang sungguh memeranjatkan dan mendukacitakan.

2. Telah berkali-kali diingatkan dan diberitahu bahawa betapa pentingnya parti utama bangsa melayu iaitu UMNO melakukan transformasi kepimpinan. Telah berkali-kali diingatkan supaya UMNO memilih pemimpin dari kalangan yang tidak bermasalah, bersih dan kelihatan bersih dan yang tidak terlibat dgn isu-isu seperti rasuah dan lain-lain.

3. Telah berkali-kali Tun Dr. Mahathir merayu kpd ahli-ahli UMNO agar menolak pemimpin yg bermasalah dan pemimpin yang menggunakan politik wang.

4. Namun pada hari ini, ternyata bahawa hasrat, harapan dan nasihat ini tidak langsung dipandang dan didengari oleh perwakilan pemuda yang memilih pemimpin.

5. Walaupun akar umbi dan ahli-ahli biasa UMNO telah menunjukkan satu hasrat utk melihat pimpinan UMNO dipilih dari kalangan yang bersih, hebat, tiada isu seperti yang telah di tunjukkan semasa pencalonan, namun perwakilan telah mensia-siakan hasrat ahli dan akar umbi ini. Apakah sebabnya.

6. Apakah yang menjadi punca kpd penderhakaan dan pengkhianatan yang dibuat oleh perwakilan ini kpd ahli-ahli dan akar umbi UMNO ? Sedangkan perwakilan ini juga adalah datangnya dari cawangan-cawangan dan bahagia-bahagian. Mengapakah mereka mengkhianati pilihan yg telah dipilih oleh bahagian mereka ?

7. Melalui proses pencalonan, telah dikenalpasti siapakah yang dikehendaki oleh akar umbi. Keputusan pencalonan yang tinggi telah diberikan kpd Datuk Mukhriz Mahathir sekaligus memberi gambaran bahawa ahli-ahli biasa memilih Datuk Mukhriz untuk Ketua Pemuda. Tidak cukup dari itu, dalam kesemua survey yang dibuat, keputusan memihak kpd Datuk Mukhriz dengan peratusan yang cukup tinggi. Tetapi perwakilan telah menafikan kehendak ahli-ahli akar umbi. Mengapakah ianya terjadi ?

8. Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah, calon yang memenangi Ketua Pemuda ini adalah Khairy Jamaluddin yang telah didapati bersalah oleh Lembaga Disipilin diatas kesalahan rasuah tetapi hanya diberi amaran. Bagaimana calon yang telah didapati bersalah ini boleh dipilih oleh perwakilan ? Sehingga ke saat ini, keadaan ini tidak dapat difikirkan dengan fikiran yang waras. Ini adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku sekiranya kita boleh berfikir dgn waras.

9. Adakah perwakilan yang memilih mempunyai kelemahan dan berfikir ? Bagaiman mereka boleh calon yang telah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin ? Dimanakah kewarasan berfikir ? Mungkinkah mereka tidak waras ? atau adakah perwakilan pemuda terdiri daripada mereka yang lemah ? Pelbagai persoalan timbul diatas perbuatan yang hina ini.

10. Nampaknya, perwakilan UMNO sudah tidak boleh diharap. Fikiran mereka gagal berfungsi dengan baik dan mereka tidak mampu berfikir dengan waras. Oleh itu apa perlunya lagi perwakilan ?

11. Seperti dalam artikel yang lepas, cadangan supaya pemilihan kepimpinan UMNO dibuat oleh semua ahli-ahli UMNO adalah satu cadangan yang tepat. Apabila perwakilan tidak lagi boleh diharap utk memikul tugas ini, maka sewajarnyalah pilihan kepimpinan diserahkan kpd semua ahli-ahli UMNO.

12. Hari ini adalah hari yang menyedihkan kerana terdapat segelintir perwakilan yang tidak mampu berfikir dengan waras dan sanggup mengkhianati hasrat akar umbi dan sanggup menggadaikan perjuangan agama bangsa dan negara.

2 comments:

NUN@ said...

herm..situasi ni tentu akan memudaratkan lagi umno untuk kuat kembali

Anonymous said...

Muhyiddin’s interview has been carried in the Chinese newspapers today, with headlines like “Muhyiddin – Chinese ungrateful to BN” (Sin Chew); “Chinese fooled Barisan Nasional. Muhyiddin – Get benefits but do not vote in support” (Nanyang); “BN feels tricked. Muhyiddin - Satisfy Chinese demands still no support” (China Press)

http://blog.limkitsiang.com/2009/04/13/najibs-1malaysia-does-it-mean-ketuanan-melayu/#more-3263