March 21, 2009

Memerangi gejala rasuah...

1. Dalam artikel yang lepas, telah dihuraikan sedikit sebanyak mengenai rasuah dan bagaiman ianya berlaku. Kini mungkin boleh difikirkan bagaiman caranya untuk mengatasi dan memerangi gejala ini.

2. Oleh kerana buat masa ini, pemilihan jawatan tertinggi dalam UMNO menjadi bualan, tulisan ini tertumpu kpd usaha utk memerangi rasuah dalam pemilihan UMNO.

3. Tun Dr. Mahathir secara konsisten semenjak dahulu lagi sering kali merayu dan meminta kepada semua di dalamUMNO agar menolak rasuah. Ini kerana rasuah merupakan racun yang sangat bahaya yang boleh menghancurkan bukan sahaja satu institusi tetapi satu negara.

4. Rasuah dalam pemilihan UMNO dikaitkan semasa untuk mendapatkan undian samada di peringkat pencalonan ataupun di peringkat pemilihan. Semasa di peringkat pencalonan, ianya melibatkan semua cawangan dan bahagian manakali semasa di peringkat pemilihan ianya hanya melibatkan segelintir pewakilan yang berjumlah tidak sampai 3,000 orang.

5. Inilah salah satu sebabnya mengapa Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan sistem kuota. Dengan adanya sistem kuota, kelayakkan untuk seseorang menjadi calon memerlukan sokongan dan pencalonan yang tinggi di peringkat cawangan dan bahagian. Misalnya untuk menjadi calon bagi Presiden parti, kuota pencalonan sebanyak 59 di perlukan. Untuk mendapatkan pencalonan setinggi ini, ianya melibatkan banyak cawangan dan bahagian di seluruh Malaysia. Oleh itu, sekiranya calon ingin merasuah atau bermain politik wang, maka mereka perlu mengeluarkan duit yang amat banyak dan agak mustahil boleh dilakukan. Tetapi jumlah kuota ini bagi jawatan-jawatan yang lebih kecil tidak lah begitu tinggi. Sekiranya sedikit pencalonan telah dicapai, maka jumlah wang yg perlu dikeluarkan tidaklah begitu tinggi untuk mendapatkan sedikit lagi pencalonan untuk memenuhi kuota.

6. Sekiranya, sistem kuota tidak ada, maka sesiapa sahaja boleh menjadi calon. Dan apabila mereka telah menjadi calon, untuk merasuah segelintir kecil perwakilan yang hanya berjumlah kurang dari 3,000 orang adalah tidak mustahil. Maka bagi mereka yang mempunyai wang, mereka boleh merasuah segelintir kecil ini untuk mencapai kemenangan. Disinilah rasional nya sistem kuota ini.

7. Tetapi, dengan perkembangan zaman dan pembangunan negara yang pesat, sistem kuota ini juga tidak cukup sebagai benteng pertahanan rasuah. Mungkinkah kita perlu menaikkan kuota pencalonan dgn lebih tinggi ? Contohnya untuk menjadi calon Ketua Pemuda, jumlah pencalonan sebanya 90 diperlukan. Ini akan menyukarkan usaha utk memberi rasuah kpd 3 juta ahli di peringkat cawangan dan bahagian. Tetapi ini juga mungkin akan menimbulkan masalah lain spt kemungkinan tidak ada satu calon pun yang akan mendapat kuota. Kalau tiada yg layak, apa akan terjadi ? Bagaimana mahu menukar pemimpin lama yang telah diketahui mempunyai masalah ?

8. Selain dari sistem kuota, apakah yang boleh dilakukan utk membanteras gejala rasuah ? Dibawah ini disenaraikan beberapa cara yang mungkin boleh difikirkan :-

a. spt yg disebutkan di perkara no.7, paras kuota dinaikkan tetapi perlu berhati-hati agar parasnya bukan sesuatu yang tidak boleh dicapai.

b. Tinggikan hukuman bagi mereka yang didapati bersalah mengamalkan rasuah. Misalnya, penjara 30 tahun atau merampas segala harta mereka dan mereka diistiharkan bangkrup dan pelbagai hukuman berat yang lain. Mungkin ini sedikit sebanyak boleh menakutkan mereka.

c. Hapuskan sessi kempen oleh calon. Pendekkan masa diantara tamat pencalonan dan pemilihan. Selepas sahaja pencalonan tamat, mungkin seminggu selepas itu, pemilihan bermula. Secara amnya, semua calon yang akan bertanding adalah mereka yang telah dikenali ramai. Malah semasa pencalonan lagi, mereka ini telah dikenali. Kalau tidak masakan ahli UMNO akan mencalonkan mereka. Oleh itu kenapa mereka perlu berkempen kpd perwakilan ? Bukankah perwakilan juga adalah mereka-mereka yang datangnya dari bahagian-bahagian yang telah membuat pencalonan ? Calon-calon tidak perlu berkempen lagi. Mungkin UMNO boleh membeli slot di TV dan di suratkhabar untuk hanya mengumumkan senarai mereka yang akan bertanding dan paparkan gambar mereka. Itu sahaja. Tidak ada sessi kempen, tidak ada sessi perjumpaan, tidak ada sessi makan-makan, tidak perlu keluarkan wang untuk belanja rakan-rakan dan tidak ada masa untuk melakukan semuanya (kerana tempoh yg singkat antara pencalonan dan pemilihan). Kalau semua perjumpaan ini dapat dielakkan, maka kemungkinan besar rasuah dapat dibanteras atau paling tidak dikurangkan.

d. Tukar supaya pemilihan kepimpinan dibuat oleh 3 juta ahli. Sekiranya untuk merasuah perwakilan yang berjumlah kecil muda dilakukan, apa kata, sekiranya pemilihan kepimpinan dibuat oleh seluruh ahli dan bukanya dikalangan perwakilan sahaja. Untuk merasuah 3 juta ahli adalah sesuatu yang agak sukar dan mungkin tidak mampu dilakukan, oleh itu dengan menyerahkan pemilihan kpd ahli, pemimpin dapat ditentukan melalui suara akar umbi dan sekaligus mengelakkan gejala rasuah dari berleluasa. Mungkin proses perlaksanaanya sedikit sukar, tetapi ianya boleh dilakukan seperti membuat pilihanraya umum.... tetapi berskala kecil dan hanyak untuk ahli-ahli UMNO sahaja. Saya percaya, ini boleh dilakukan dan agak berkesan untuk menghapuskan rasuah.

9. Apa yang paling penting adalah perubahan sikap individu dan kesedaran dalam diri masing-masing akan bahaya rasuah, dosa dan kesalahan besar rasuah dan kemusnahan yang bakal dialami sekiranya rasuah dibiarkan menular dalam diri masing-masing. Tidak ada apa yang lebih baik dari tajdid dan perubahan terhadap sikap sendiri.

10. Sama-samalah dama usaha membateras dan memerangi rasuah.

2 comments:

FMR said...

dis is an amazing article...

FMR said...

i like it.........