March 20, 2009

Keputusan Survey Terhadap PPSMI...

Edit : Keputusan telah di update dgn analisis terkini.

Keputusan Survey Persepsi Masyarakat Terhadap Dasar PPSMI

Tempoh Survey : 10/3/2009 – 18/3/2009
Jumlah Responden : 3,056 Orang

Survey/tinjauan secara online yang dibuat ini bertujuan melihat sejauh mana penerimaan masyarakat Malaysia terhadap dasar PPSMI yang bermula secara berperingkat sejak dari tahun 2003. Sebanyak 3,056 orang responden telah mengambil bahagian dalam survey ini yang meliputi pelbagai peringkat masyarkat dari pelajar sekolah, guru-guru, ibu-bapa dan dari kalangan mereka yang tidak terlibat secara langsung dengan PPSMI. Survey ini telah disebarkan di merata tempat termasuk di laman web, blog-blog, forum-forum, portal komuniti seperti facebook dan juga melalui email yang juga meliputi portal-portal pro-kerajaan dan pro-pembangkang.

Keputusanya adalah seperti berikut :-

1. Persepsi Masyarakat Keseluruhan Terhadap PPSMI



2. Keputusan survey dgn lebih terperinci


3. Persepsi Pelajar Terhadap PPSMI



4. Persepsi Guru-Guru Terhadap PPSMI



5. Keputusan survey berdasarkan bahasa pertuturan



Kesimpulan

Kesimpulan survey berdasarkan hypothesis:

1. Majoriti masyarakat Malaysia menyokong PPSMI (85.6%) samada dari kalangan pelajar, guru, ibubapa dan dari kalangan mereka yang bertutur dalam pelbagai bahasa.
2. Majoriti mereka yang menentang (55.1%) adalah mereka yang tidak faham matlamat utama PPSMI
3. Sebahagian besar yang menentang (41.2%) adalah dari kalangan yang tidak terlibat secara langsung dengan PPSMI.

Kesimpulan umum:

Berdasarkan analisa keputusan yang dibuat terhadap tinjauan/survey ini, majority besar masyarakat Malaysia memberi sokongan penuh kepada dasar PPSMI. Oleh itus ewajarnyalah ianya diteruskan.

34 comments:

shahirahkhairudin said...

kesimpulannya, PPSMI wajar diteruskan..
tahniah Che Wal di atas usaha anda menganjurkan survey terhadap penerimaan PPSMI ini..

NUN@ said...

ye...ppsmi memang wajar lah diteruskan...

Anonymous said...

ETeMS(PPSMI) is the result of the best think tank in malaysia that think on global scale.

please dont let emotion and sentiment ruined this effort.

ETeMS must be proceed for the sake of our future.

shahirahkhairudin said...

tp heran..
awat percentage guru yang menentang sampai 34%? guru-guru yang menentang ni kekok ke mengajar dalam Bahasa Inggeris??

Wan Nawawi Ismail said...

You have posted a convincing note regarding PPSMI. Indeed the policy is superb but the implimentation. We may need a few more years for the programs underlined to mature and produce result. My children are coping very well with PPSMI and the elder sister scored straight A's in last PMR where science and math were taught in english. The only aspect I suppose ministry has to look into is the preparation of adequate and capable teachers at all levels.

Just a teaser.

Anonymous said...

Teruskan sahaja PPSMI. Period.

CS said...

Well done! Insyaallah ia menjadi kenyataan.

Pemuda IKS said...

Salam perkenalan,

Kami sokong PPSMI!

"Memperkasa Generasi Baru"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

CheWal said...

Wan Nawawi Ismail,

Indeed the implimentations are the areas that need to be improved. Some additional plans and changes needed to make the policy relevant. The infrastructure, syllabus, approach can be further enhanced for a better result. There are always room for improvements.

@Others,

thanks for all the comments. The survey is done just to observe Malaysian perception towards PPSMI. As expected, majority of Malaysians support the policy.

Unknown said...

Tak sabar saya menanti apa seterusnya putar-belit golongan anti-PPSMI... hehehe

Anonymous said...

Satu FAQ yang baik. Cuma, lebih cantik jika ada satu cara bagaimana murid-murid luar bandar yang jauh di ceruk rantau boleh belajar dengan baik untuk PPSMI ini.

Ada yang benar-benar membantah (tanpa didokong oleh pengaruh politik) kerana risaukan golongan murid yang jauh di pedalaman. Ya, ada yang bijak di kawasan ceruk dan pedalaman, tetapi perancang juga harus bijak menangani kebarangkalian ada yang tercicir. Sesuatu perlu dilakukan agar yang tercicir tidak terus tercicir...

wallahualam

Koyeng said...

Keputusan survey tidak boleh dijadikan rujukan kemahuan rakyat Malaysia sebab kebanyakan pembaca laman web Chedet adalah pengikut setia Tun. Bukan keseluruhan rakyat Malaysia.

Koyeng said...

Saya tak pernah membuat survey seperti ini, tetapi rata-rata orang yang saya jumpa tidak setuju dengan PPSMI terutama guru-guru yang terlibat dengan PPSMI. Mereka mendapati para pelajar amat sukar untuk memahami subjek yang di ajar. Jadi mereka memilih untuk terus mengajar dalam bahasa malaysia tanpa pegetahuan pengetua.

Kebanyakan yang menyokong PPSMI adalah tergolong orang yang fanatik kerajaan. Apa sahaja keputusan kerajaan dianggap baik.

Nampaknya semangat Hang Tuah amat menebal didalam darah orang melayu kita.

Koyeng said...

Keputusan peperiksaan yang cemerlang selepas perlaksanaan PPSMI masih boleh dipertikaikan, ini kerana gred pencapaian peperiksaan boleh diubah oleh pihak kementerian pendidikan. Misalnya pencapaian pendidikan sains tahun ini rata rata mencapai markah tertinggi 70/100 markah. Dengan perangkaan ini pihak majis akan merubah sistem gred lebih rendah supaya tidak terlalu banyak para pelajar yang gagal. Tidak mustahil gred it telah di ubah sedemikian rupa supaya tidak menampakkan kegagalan PPSMI

PPSMI ibarat tandas awam di Malaysia. Semua orang tahu orang Malaysia lebih memerlukan tandas cangkung dari tandas duduk. Tapi pihak pemaju pusat membeli belah masih juga membina tandas duduk konon nya ia adalah terbaik untuk pengguna. Sesudahnya terpaksa pula menulis 'Please do not squat on the toilet bowl' :-)

-mfaiz83- said...

teruskan Chewal..
kami tetap menyokong PPSMI..

Unknown said...

@ Koyeng

1. Saya percaya CheWal telah sedaya-upaya memastikan survey beliau mendapat taburan responden yang meluas dan sekata, tidak dimonopoli oleh kumpulan penyokong mahupun penentang. Laman CheDet bukanlah satu-satunya laman di mana CheWal mempromo survey ini. Banyak lagi tempat lain bahkan laman-laman pro-pembangkang. Lagi satu saya nak betulkan, bukan semua pembaca dan komentor laman CheDet adalah penyokong Tun. Ada juga penentang, pengkritik dan pengacau, walau tak sebanyak yg menyokong. Bukan mewakili keseluruhan rakyat Malaysia? Kalau begitu, banyak lagi survey dan "kajian" penentang PPSMI tidak mewakili keseluruhan rakyat Malaysia pun. Tak payahlah nak mengata dulang paku serpih.

2. Kalau setakat membuat dakwaan "mana-mana yg saya jumpa", boleh saja saya nak bidas pendapat saudara, kerana orang-orang yg saya jumpa pula kebanyakannya menyokong PPSMI termasuk guru-gurunya, ibu bapanya, dan anak-anak muridnya sekali.

3. kita tidak nafikan PPSMI banyak berdepan masalah tetapi apa yang kita mahu ialah penambahbaikan untuk mengatasi masalah tersebut, bukannya menentang membuta tuli dan menuntut mansuhkan PPSMI. Kepada guru-guru dan pentadbir sekolah pula, jika peralatan mengajar rosak, APA TINDAKAN ANDA? Adakah anda mencari jalan supaya alat2 tersebut dapat dibaiki, atau biar saja supaya boleh jadikan alasan utk kembali ke cara lama dan tinggalkan PPSMI? Jika masalah bahasa menjadi terlalu sukar, bukankah jemaah nazir ada memberi kelonggaran (saya tak pasti kelonggaran secara rasmi atau tidak, tapi ada) untuk megajar dalam dwibahasa, dan BUKANnya ketepikan terus PPSMI? kepada guru-guru yg mengelat ini, fikirkan...berkat ke duit gaji anda yg anda beri makan anak-bini...jika anda mengelat atau menjalankan tugas bukan dgn cara yg dikehendaki...?

4. sila bezakan di antara penyokong UMNO/kerajaan dengan penyokong Pak Lah dan menantunya. Bahkan ada dasar dan projek tertentu mendapat tentangan keras penyokong UMNO/kerajaan sendiri, contohnya isu cubaan pengambilalihan IJN oleh Sime Darby, projek KLIA East @ Labu, perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan USA/Jepun/Australia/AFTA-Asean dan banyak lagi. Sila keluarkan diri anda dari kepompong kepartian. Kami penyokong UMNO bukan macam penyokong PAS/PKR – pemimpin kamu cium telapak kaki DAP pun kamu sokong, kamu kata betul. Asalkan boleh lawan UMNO dan dapat peluru untuk serang UMNO.

5. menuduh memang senang, apa-apapun sila buktikan dulu dakwaan kononnya pihak kementerian menurunkan skala penggredan untuk “menyembunyikan kegagalan” PPSMI. Kalau setakat tuduh saja jangan cakap banyak. Bahkan kalau dilihat analisa keputusan peperiksaan di sekolah-sekolah pun, kebanyakan pelajar mendapat keputusan peperiksaan sebenar mereka (UPSR/PMR/SPM/STPM) tidak lari jauh dengan keputusan peperiksaan percubaan, peperiksaan semester dan ujian bulanan. Tak dinafikan memang ada pelajar yg selama ini prestasinya tidak memuaskan tetapi keputusannya melonjak dalam peperiksaan sebenar. Namun bilangan pelajar2 sebegini sebenarnya sedikit saja, dan itu pun lebih disumbangkan oleh program gerak gempur, latih tubi, dan ulangkaji intensif yg dibuat di kebanyakan sekolah menjelang semester kedua tahun peperiksaan (darjah 6/tingkatan 3/5/6 atas). Ini semua faktor penggunaan masa dengan berkesan, bukannya kena-mengena dengan menurunkan markah lulus (itu pun kalau memang ada dibuat).

6.. Koyeng, anda kerja cuci jamban ke? Adakah setakat itu saja mentality anda? Dah tak ada lagi ke perkara yg lebih sesuai dibuat analogi? Atau anda dah 100 kali khatam novel S#!T karangan Shahnon Ahmad?

7. Apa yang pasti, penentang tegar PPSMI tetap akan kekal dengan benak mereka. Setiap kali pendapat kebanyakan tidak menyebelahi mereka, macam-macam alasan akan direka.

CheWal said...

Terima kasih saudara Nazrul Hilmi diatas jawapan anda.

@koyeng,

1. Survey tersebut telah disebarkan di merata tempat termasuk blog-blog dan forum pro-pembangkang, online komuniti spt facebook dan friendster, blog-blog anti kerajaan, mailing-list dan juga laman web anti-PPSMI spt kesturi.net dan pelbagai tempat lain. Survey tersebut meliputi responden dan pelbagai latarbelakang.

2. Pengunjung laman web Tun Dr. Mahathir adalah bukan dari kalangan penyokong Tun semata-mata, ianya adalah meliputi masyarakt pelbagai, berbilang kaum dan pelbagai pendirian politik. Tun menerima secara purata 2 juta hits sebulan... ianya meliputi segenap lapisan masyarakat.

3. Anda merasakan bahawa laman web Tun dipenuhi oleh penyokong beliau adalah kerana sememangnya Tun di sokong oleh seluruh rakyat Malaysia. Bilangan yg membangkang Tun hanyalah sebilang kecil sahaja. Sekiranya Tun nak menjadi Perdana Menteri sekali lagi, nescaya pihak pembangkang tidak akan mendapat tempat di bumi Malaysia ini.

4. Kenyataan anda bahawa pelajar sukar mempelajari subjek sains dan math dalam BI adalah bercanggah dgn kajian yg dibuat oleh anti-PPSMI sendiri iaitu Prof. Isahak. sila semak hasil kajian beliau. Kenyataan anda juga bercanggah dgn peratusan pelajar yg selesa dan memilih utk menjawab dalam BI. Ini membuktikan bahawa pelajar suka dan lebih gemar mempelajarai sains dan matematik dalam BI.

5. Dwibahasa di bolehkan dalam pengajaran dan menjawab soalan samada di kelas atau dalam peperiksaan. Ini adalah sebahagian dari strategi persediaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

6. Mengubah Gred pencapaian peperiksaan telah dilakukan sejak berpuluh tahun dahulu. Peratus kelulusan serendah 30% utk subjek spt Add Math adalah biasa dan telah dilakukan berpuluh tahun dahulu. Apakah bezanya dgn sekarang ? utk pengetahuan anda, gred/peratusan kelulusan biasanya di buat supaya mendapat taburan normal (gausian distribution). Ini adalah amalan biasa. Cuba anda tanya pensyarah di universiti, adakah penukaran gred berlaku apabila taburan normal hendak dicapai ? Ianya adalah langkah biasa dalam statistik. Mengikut logik anda, kalau 15 tahun dahulu, markah lulus bagi matematik adalah 30, adakah ini bermakna BM telah gagal sbg bahasa perantaraan utk sains dan matematik ?

@ondastreet,

Pelajar luar bandar tidak akan menghadapi masalah dgn dasar ini sekiranya ianya dimulakan semenjak dari darjah satu lagi. Ianya perlu bermula awal kerana kanak-kanak mempunyai keupayaan yg tinggi dalam menerima pembelajaran.

Koyeng said...

Seperti kata CheWal:-

6. Mengubah Gred pencapaian peperiksaan telah dilakukan sejak berpuluh tahun dahulu. Peratus kelulusan serendah 30% utk subjek spt Add Math adalah biasa dan telah dilakukan berpuluh tahun dahulu. Apakah bezanya dgn sekarang ? utk pengetahuan anda, gred/peratusan kelulusan biasanya di buat supaya mendapat taburan normal (gausian distribution). Ini adalah amalan biasa. Cuba anda tanya pensyarah di universiti, adakah penukaran gred berlaku apabila taburan normal hendak dicapai ? Ianya adalah langkah biasa dalam statistik.

Kesimpulannya keputusan cemerlang PPSMI masih boleh dipertikaikan. Sudah tentu kerajaan yang menjadikan para pelajar sebagai bahan eksperimen tidak mahu melihat eksperimen mereka gagal.

Penggunaan bahasa inggeris di Tanah Melayu di guna pakai sejak dari zaman penjajahan. Mentaliti bahawa bahasa inggeris sebagai bahasa kelas pertama dan amat perlu bagi merebut peluang pekerjaan telah berakar umbi semenjak kemerdekaan lagi. Hatta temuduga untuk sesetengah jawatan dalam sektor awam sekalipun memerlukan kemahiran untuk berinteraksi dalam bahasa inggeris.

Sebenarnya bahasa inggeris pada saya sangat ironik dengan slogan malaysia boleh jika difikir-fikirkan.

Memang benar jika ingin menimba ilmu dari bangsa lain kita mestilah belajar bahasa bangsa lain terutama dalam sains dan teknologi yang advance. Tapi sedarlah anak-anak kita bukan semuanya mahu menjadi saintis. Ada yang mahu menjadi akauntan, pegawai bank, arkitek, pustakawan, perhotelan, pendidikan, pakar notivasi, pegawai kerajaan jurugambar, peguam, pegawai pejabat tanah, ahli muzik.... bidang-bidang ini tidak memerlukan super rocket scient yang memerlukan pendalaman dalam bahasa lain kerana Malaysia belum ada teknologi sedemikian rupa. Tetapi jika pada peringkat sekolah gagal dalam mata pelajaran sains atau matematik yang rata-rata universiti tempatan memerlukan calon lulus dengan kepujian sudah tentu cita-cita mereka tidak akan tercapai.

Jangan pandang rendah penyokong pembangkang sebab kami sentiasa mengikuti perkembangan dari kedua-dua belah pihak. Tidak seperti penyokong kerajaan hanya melihat dan mendengar berita-berita sebelah pihak yang ditapis oleh pihak kerajaan sahaja.

gapodio said...

AKU SOKONG PPSMI




http://gapodio.blogspot.com/2009/03/ppsmiapa-sebenarnya.html

Unknown said...

@ Koyeng

Kesimpulannya keputusan cemerlang PPSMI masih boleh dipertikaikan. Sudah tentu kerajaan yang menjadikan para pelajar sebagai bahan eksperimen tidak mahu melihat eksperimen mereka gagal.

Anda masih menegakkan benang yang basah. Walaupun kita tidak menolak kemungkinan bahawa pelarasan gred ada dilakukan, namun ianya bukan perkara baru dan tidak sekali-kali dibuat pada tahap keterlaluan hingga yang sepatutnya gagal pun diberi B atau A. Pergilah lihat analisa mana-mana sekolah pun, keputusan pelajar-pelajar mereka dalam peperiksaan sebenar kebanyakannya tidak lari jauh dengan keputusan percubaan dan semester. Bahkan Ketua Pengarah Pelajaran sendiri menolak dakwaan liar tersebut.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0325&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm

Penggunaan bahasa inggeris di Tanah Melayu di guna pakai sejak dari zaman penjajahan. Mentaliti bahawa bahasa inggeris sebagai bahasa kelas pertama dan amat perlu bagi merebut peluang pekerjaan telah berakar umbi semenjak kemerdekaan lagi. Hatta temuduga untuk sesetengah jawatan dalam sektor awam sekalipun memerlukan kemahiran untuk berinteraksi dalam bahasa inggeris.
Sebenarnya bahasa inggeris pada saya sangat ironik dengan slogan malaysia boleh jika difikir-fikirkan.


MENGARUT. Apa yg anda cakapkan ni? Slogan “Malaysia Boleh” HANYA akan menjadi kenyataan jika kita berjaya bersaing di peringkat global, dan mana mungkin kita dapat bersaing jika kita berasa sekadar cukup dengan pengetahuan teori tanpa kemahiran berkomunikasi dalam bahasa antarabangsa yg pastinya ialah bahasa Inggeris. Nampaknya kefahaman anda tentang bidang kerja di sektor awam amat sempit. Perlu diingat, kerajaan perlu banyak berhubung dengan pelbagai pihak dari luar negara dalam pelbagai bidang. Jika pegawai kerajaan jadi ibarat ayam bercakap dengan itik gara-gara tidak mampu berbahasa Inggeris dengan baik, maka terjejaslah hasrat kita untuk memastikan Malaysia menyumbang dan mendapat yg terbaik daripada hubungan antarabangsanya. Ada yg mendakwa kononnya PPSMI dicadangkan gara-gara ada pegawai tinggi kerajaan yg “kantoi” tidak dapat berbahasa Inggeris dengan baik ketika menjalankan tugas rasmi dengan pegawai-pegawai asing. Kalau betul sekalipun dakwaan ini, saya memang sokong.

Memang benar jika ingin menimba ilmu dari bangsa lain kita mestilah belajar bahasa bangsa lain terutama dalam sains dan teknologi yang advance. Tapi sedarlah anak-anak kita bukan semuanya mahu menjadi saintis. Ada yang mahu menjadi akauntan, pegawai bank, arkitek, pustakawan, perhotelan, pendidikan, pakar motivasi, pegawai kerajaan, jurugambar, peguam, pegawai pejabat tanah, ahli muzik.... bidang-bidang ini tidak memerlukan super rocket scient yang memerlukan pendalaman dalam bahasa lain kerana Malaysia belum ada teknologi sedemikian rupa. Tetapi jika pada peringkat sekolah gagal dalam mata pelajaran sains atau matematik yang rata-rata universiti tempatan memerlukan calon lulus dengan kepujian sudah tentu cita-cita mereka tidak akan tercapai.

Sekali lagi anda silap besar. Bidang-bidang bukan sains yg anda sebutkan itu pun semuanya turut memerlukan penguasaan bahasa Inggeris yg baik dalam semua peringkat sama ada di peringkat pelajaran mahupun di alam pekerjaan. Bahkan bahan-bahan rujukan dan hasil-hasil kerja penting dalam bidang-bidang tersebut pun hampir kesemuanya dalam bahasa Inggeris.

Kedudukan bahasa Inggeris sebagai medium pembelajaran dan komunikasi pekerjaan sebenarnya melangkaui sempadan sains dan teknologi semata-mata, bahkan dalam hampir semua bidang.

Serampang dua mata di sebalik PPSMI dan penekanan BI ialah, kelak nanti jika sekalipun anak-anak tidak mendapat keputusan terbaik, sekurang-kurangnya ada juga kemahiran berbahasa Inggeris untuk mereka. Ini jauh lebih baik daripada kumpulan sederhana dan lemah pra-PPSMI yg mana sudahlah peperiksaan mereka tidak cemerlang, kemahiran bahasa pun tiada selain bahasa ibunda sahaja. Better have something than nothing.

Koyeng said...

Nazrul Said:-

Sekali lagi anda silap besar. Bidang-bidang bukan sains yg anda sebutkan itu pun semuanya turut memerlukan penguasaan bahasa Inggeris yg baik dalam semua peringkat sama ada di peringkat pelajaran mahupun di alam pekerjaan. Bahkan bahan-bahan rujukan dan hasil-hasil kerja penting dalam bidang-bidang tersebut pun hampir kesemuanya dalam bahasa Inggeris.

Jadi amat jelas sekali anda memandang rendah terhadap pencapaian ilmu di Malaysia walaupun selepas 50 thn merdeka. Jika ilmu Advance yang di perkatakan untuk belajar dalam bahasa inggeris mungkin boleh diterima, tapi jika perkara asas pun anda harapkan bangsa lain memang mentaliti 'Malaysia Tak Boleh'


Nazrul said:-

Serampang dua mata di sebalik PPSMI dan penekanan BI ialah, kelak nanti jika sekalipun anak-anak tidak mendapat keputusan terbaik, sekurang-kurangnya ada juga kemahiran berbahasa Inggeris untuk mereka. Ini jauh lebih baik daripada kumpulan sederhana dan lemah pra-PPSMI

- Ini lebih-lebih lagi menunjukkan mentaliti bahasa inggeris bahasa yang agung. Sedar lah saudara. Mat-saleh yang datang malaysia amat hairan bila melihat banyak sekali rancangan dan siaran dalam bahasa inggeris. Memang ini amat menyenang kan mereka tetapi dalam masa yang sama mempersendakan kita. Kalau anda ke Thailand, China, Indonesia, Korea, Rusia, Arab sebut lah negara mana sekalipun kecuali singapura malaysia dan india, anda tidak akan jumpa fenomena ini.

Unknown said...

@ Koyeng

Jadi amat jelas sekali anda memandang rendah terhadap pencapaian ilmu di Malaysia walaupun selepas 50 thn merdeka. Jika ilmu Advance yang di perkatakan untuk belajar dalam bahasa inggeris mungkin boleh diterima, tapi jika perkara asas pun anda harapkan bangsa lain memang mentaliti 'Malaysia Tak Boleh'

Ini bukan soal memandang rendah tetapi KENYATAANnya penghasilan ilmu-ilmu baru dari Malaysia selama ini memang di tahap yang rendah. Bukan itu sahaja, bahkan DBP gagal menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan untuk menterjemah banyak karya-karya penting bidang sains dan teknologi ke bahasa Melayu. Kalaulah orang-orang DBP dari dahulu lagi menumpukan kepada tugas hakiki mereka dan tidak sibuk main politik, sudah tentu sekarang Malaysia punya banyak karya penting S&T yg sudah diterjemah ke bahasa Melayu justeru PPSMI mungkin tidak perlu. Tapi hakikat hari ini adalah sebaliknya. DBP gagal dalam tugasnya, dan ditambah pula perkembangan ilmu pengetahuan menjadi semakin pesat dan pantas menjadikan kerja-kerja penterjemahan semakin tidak praktikal.

- Ini lebih-lebih lagi menunjukkan mentaliti bahasa inggeris bahasa yang agung. Sedar lah saudara. Mat-saleh yang datang malaysia amat hairan bila melihat banyak sekali rancangan dan siaran dalam bahasa inggeris. Memang ini amat menyenang kan mereka tetapi dalam masa yang sama mempersendakan kita. Kalau anda ke Thailand, China, Indonesia, Korea, Rusia, Arab sebut lah negara mana sekalipun kecuali singapura malaysia dan india, anda tidak akan jumpa fenomena ini.

Kamu yg sepatutnya sedar diri dan terima kenyataan. Mana bangsa yang maju, maka lakulah bahasanya. Bangsa yang belum maju, tiada banyak pilihan melainkan belajar ilmu-ilmu darpada bangsa maju dalam bahasa bangsa tersebut.

Thailand dan Indonesia??? Adakah 2 negara ini merupakan contoh yang baik? Sila huraikan apa ilmu-ilmu baru yang 2 negara ini hasilkan dengan sistem pendidikan monolingual mereka. Ilmu apa??? Ilmu santet ada la kot? Pendek katanya, hampir tiada. Oleh kerana 2 negara ini terlalu bergantung kepada penterjemahan karya-karya asing, mereka sentiasa ketinggalan jauh di belakang negara-negara maju yg mencipta teknologi-teknologi tersebut.

Masalahnya bila bergantung kepada penterjemahan, kerja menterjemah sesuatu karya itu mengambil masa yg lama, bukan sebulan dua. Sebaik saja kita siap menterjemah, karya itu bukan lagi karya yg terkini kerana pencipta teknologi di negara-negara maju telahpun mengeluarkan karya teknologi yang terbaharu. Akibatnya kita sentiasa berada dalam “rat race” iaitu sentiasa ketinggalan jauh. Dengan menguasai BI selaku medium perkembangan teknologi, setidak-tidaknya kita dapat mengadaptasi dengan lebih pantas sekaligus memastikan kita tidak terlewat dalam membuat pembaharuan dan penambahbaikan terhadap karya-karya teknologi terbaru. Dengan ini kita meningkat taraf kita daripada semata-mata pengguna (umpama Thailand dan Indonesia) kepada pengadaptasi. Ini barulah asas untuk kita bersedia ke tahap seterusnya, iaitu pencipta dan penyebar. Singapura, India dan Pakistan adalah contoh negara-negara PPSMI walaupun mereka belum sampai tahap pencipta tetapi mereka telah muncul sebagai pengadaptasi pantas dalam sains dan teknologi.

Malaysia tidak boleh dibandingkan dengan Jepun, Korea, Russia dan Jerman. Mereka membangun pada zaman yang lebih awal daripada kita, di mana persaingan dan perkembangan ilmu pengetahuan tidak sepantas sekarang. Sila baca penjelasan di artikel PPSMI FAQ:

http://chewal.blogspot.com/2009/03/ppsmi-faq-frequently-asked-question.html

dan juga di sini...
http://airilsametok.blogspot.com/2009/02/jangan-jadikan-jerman-alasan-untuk.html

Kedua-dua artikel tersebut menjelaskan MENGAPA Malaysia BUKAN bandingan dengan negara-negara tersebut.

Tambah lagi satu...

Keep English for maths and science

Dr Syed Alwi Ahmad: As an on-looking Singaporean Malay, I find the rejection in Malaysia of the teaching maths and science in English to be somewhat strange.

Firstly, in today's globalised world, the international language of choice for science and technology is most certainly English.

There are millions of scientific books and journals written in English. Dewan Bahasa cannot possibly translate this vast scientific literature into Malay.

Therefore, if Malaysians fail to have an adequate command of the English language - they will have problems in the transfer of technology.

Secondly, some people have argued that nations like Japan, China and some European countries teach in their native tongue. But these nations are the advanced nations.

They are scientific powerhouses and are technologically advanced. They can afford to teach science and maths in their mother tongue. Can the same be said of Malaysia? Most definitely not.

Malaysia is a Third World country with very little indigenous technology. Comparing Malaysia to Japan is naive and foolish.

How many world-class scientists are there from Malaysia? How many reputable publications are produced by Malaysian scientists annually?

In the end, it is the future generations of Malaysians who will lose out in the international arena if science and maths are taught in Bahasa Malaysia.

High-technology investments will relocate elsewhere. Malaysia will stagnate. The proof of my views lie in the success story of Singapore which has chosen English in the teaching of science and maths in her schools.


Demikian juga China, ia bukan bandingan dengan Malaysia. Negara sedemikian BESAR seperti China tidak memerlukan hingga kesemua rakyatnya berpelajaran tinggi dan berbahasa Inggeris. China mempunyai 1.3 bilion penduduk. Katakanlah hanya 20% penduduknya berpelajaran tinggi dan berbahasa Inggeris, bagi China itu maknanya 260 juta!!! Bandingkan dengan Malaysia yang keseluruhan penduduknya hanya 26 juta itu pun campur pendatang asing. Kalau kita tidak dapat menumpukan usaha 100% memastikan seramai mungkin rakyat mendapat pendidikan tinggi dan fasih bahasa antarabangsa, alamatnya tenggelamlah Malaysia dalam arus persaingan zaman sekarang ini.

Negara-negara Arab??? Negara Arab mana yg anda maksudkan?? Negara Arab ni lagi tak boleh diharap. Mereka juga semata-mata pengguna. Mereka kaya dengan sumber minyak dan gas, tapi ada ke tidak teknologi berkaitan minyak dan gas yg mereka sendiri hasilkan? Boleh dikatakan TIADA.

Contoh-contoh yg anda berikan semuanya tidak sesuai.

Koyeng said...

Cik Nazrul,

Contoh-contoh negara yang saya sebutkan itu cuma sebahagian contoh. Saya tak larat nak tulis semua nama negara yang wujud didunia ini yang tidak menggunakan bahasa inggeris secara insentif. Tapi saya boleh menyebut semua negara yang menggunakan bahasa inggeris dengan insentif iaitu Malaysia Singapura dan India.

Adakah Singapura maju kerana berbahasa inggeris? Tidak, kedudukan geografi mereka yang amat strategik sebagai antara perlabuahn tersibuk didunia yang menjadikan mereka maju. Sebab itulah mereka bermati-matian menentang pembinaan jambatan bengkok.

India pula? Mereka terpaksa menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa rasmi kerana terdapat 150 jenis berlainan bahasa india. Sekiranya memilih salah satu bahasa sebagai bahasa rasmi, kemungkinan akan terjadi perbalahan kaum di india.

Jadi maksud saudara, Indonesia dan Thailand mundur kerana mereka tidak menggunakan bahasa inggeris? Adakah saudara amat yakin Mereka akan maju secara dramatik apabila menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa rasmi?

Secara asasnya pemikiran saudara ialah Negara maju telah maju tak perlu berbahasa inggeris kerana sudah maju. Negara mundur, mundur kerana tak berbahasa inggeris. Macam itu?

Saya percaya hanya satu faktor untuk maju. Ranjin dan kuat berusaha, berkerja sama. Pandai mengembelingkan sumber-sumber ekonomi yang sedia ada. Bukannya bercakap dalam bahasa inggeris

Unknown said...

@ Koyeng

Contoh-contoh negara yang saya sebutkan itu cuma sebahagian contoh. Saya tak larat nak tulis semua nama negara yang wujud didunia ini yang tidak menggunakan bahasa inggeris secara insentif. Tapi saya boleh menyebut semua negara yang menggunakan bahasa inggeris dengan insentif iaitu Malaysia Singapura dan India.
Anda tak larat nak sebut atau dah takde poin lain?

Adakah Singapura maju kerana berbahasa inggeris? Tidak, kedudukan geografi mereka yang amat strategik sebagai antara perlabuahn tersibuk didunia yang menjadikan mereka maju. Sebab itulah mereka bermati-matian menentang pembinaan jambatan bengkok.
Yang saya fokuskan dalam hujah saya ialah kejayaan Singapura sebagai pusat pendidikan serantau dan sebagai pengadaptasi pantas sains dan teknologi. Kerana penekanan mereka terhadap bahasa Inggeris sebagai medium S&T seawal peringkat sekolah, maka para penuntut di sana lebih bersedia untuk menyerap pelbagai ilmu baru pada peringkat maju atau advanced apabila di universiti. Sebab itulah Singapura walaupun hanya ada 2 universiti, mampu menghasilkan terbitan ilmiah berkualiti tinggi yang jumlahnya mengatasi terbitan ilmiah dari semua negara ASEAN lain dicampur sekali. Ini bertitik-tolak daripada kecekapan mereka mengadaptasi dan mengolah sesuatu karya yang baru dengan cara penambahbaikan. Para penyelidik di Singapura berjaya melakukan demikian kerana mereka tidak buang masa menterjemah karya-karya teknologi asing ke bahasa ibunda, justeru itu mereka punya lebih masa untuk pengadaptasian dan penambahbaikan. Inilah yang hendak kita capai melalui PPSMI dalam jangka panjang, bukan sekelip mata. Saya bercakap tentang bidang pendidikan dan karya-karya ilmiah terutamanya dalam bidang S&T, saya bukan bercakap pasal pelabuhan atau jambatan bengkok. Jika anda ketandusan hujah, jangan main taktik kotor mengalih topik.

India pula? Mereka terpaksa menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa rasmi kerana terdapat 150 jenis berlainan bahasa india. Sekiranya memilih salah satu bahasa sebagai bahasa rasmi, kemungkinan akan terjadi perbalahan kaum di india.
Nah, tahu pun kamu. Tetapi walaupun mereka menggunakan bahasa Inggeris secara intensif, tidak luntur pula jatidiri dan identiti bangsa mereka. Masih boleh berbahasa ibunda dengan baik eg. Hindi, Urdu, Tamil, Telugu, Gujarati, Bengali dan banyak lagi. Tak hilang pun bahasa ibunda mereka. Jadi kenapa orang Melayu di sini risau sangat takut kehilangan bahasa ibunda, kehilangan jatidiri dan kehilangan macam-macam lagi? Tiada lain melainkan ALASAN semata-mata.

Jadi maksud saudara, Indonesia dan Thailand mundur kerana mereka tidak menggunakan bahasa inggeris? Adakah saudara amat yakin Mereka akan maju secara dramatik apabila menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa rasmi?
Bila pula saya kata dua negara ini mundur? Tidak mundur, tetapi tidak juga maju. Yang saya katakan dalam komen saya tadi ialah Indonesia dan Thailand amat ketinggalan dalam mengadaptasi ilmu-ilmu baharu kerana masa mereka terbuang akibat terlalu bergantung kepada penterjemahan. Mundur atau tidak, pelbagai petunjuk baik sosial, ekonomi mahupun pendidikan (sila rujuk laporan tahunan UNDP) menunjukkan bahawa 2 negara ini masih jauh di belakang Malaysia. Saya tidak terus-terang katakan mereka mundur, tetapi sesuaikah kita ambil contoh dari 2 negara yang masih terkebelakang berbanding kita? Tidak sesuai. Sebaliknya Jepun, Korea, Jerman dan Russia terkehadapan berbanding kita tetapi kita tidak boleh terus meniru cara mereka menggunakan bahasa ibunda sepenuhnya, mengapa? Jawapannya ada dalam 3 artikel (2 pautan dan 1 copy-paste) yg saya berikan dalam komen terakhir saya sebelum ini di atas.

Secara asasnya pemikiran saudara ialah Negara maju telah maju tak perlu berbahasa inggeris kerana sudah maju. Negara mundur, mundur kerana tak berbahasa inggeris. Macam itu?
Negara-negara yg telah maju itu pun, beratus tahun dahulu semasa mereka masih merangkak, mereka juga bermula dgn belajar ilmu-ilmu baharu dalam bahasa asing iaitu bahasa milik bangsa pencipta ilmu yg lebih maju daripada mereka pada ketika itu. Tak perlu saya penjang-panjangkan lagi yg ini. Ini telah dijelaskan berkali-kali oleh saya, oleh penulis blog ini sendiri dan juga oleh komentor-komentor lain. Tetapi anda dengan pemikiran anda yg terlalu benak, sengaja membuat tafsiran sedemikian singkat terhadap ulasan saya.

Saya percaya hanya satu faktor untuk maju. Ranjin dan kuat berusaha, berkerja sama. Pandai mengembelingkan sumber-sumber ekonomi yang sedia ada. Bukannya bercakap dalam bahasa inggeris
Oooo... rajin dan kuat berusaha. Tetapi adakah dengan berdemonstrasi dan berhimpun secara haram (polis hanya beri permit menghantar memorandum, bukan permit berhimpun!) memekik melolong minta hapuskan PPSMI itu, satu contoh rajin dan kuat berusaha??? Rajin dan kuat berusaha... MY FOOT! Apa yg digembelingkan oleh penentang-penentang PPSMI melalui tindakan bodoh seperti itu? Menggembelingkan sumber-sumber ekonomi kah? Sumber ekonomi... MY FOOT!

Koyeng said...

Cik Nazrul said:-

Saya bercakap tentang bidang pendidikan dan karya-karya ilmiah terutamanya dalam bidang S&T, saya bukan bercakap pasal pelabuhan atau jambatan bengkok. Jika anda ketandusan hujah, jangan main taktik kotor mengalih topik.


Singapura, sekalipun mereka tidak menggunakan bahasa inggeris sebagai urusan harian mereka akan tetap maju. Tidak ada kena mengena dengan bahasa inggeris. Mereka menggunakan bahasa inggeris kerana kehilangan identiti. mereka bukan majoriti melayu untuk berbahasa melayu, mereka bukan negara cina untuk berbahasa cina. kesudahaanya menggunakan bahasa antarabangsa sebagai jalan tengah.

Kedudukan ekonomi thailand sebelum krisis 1998 adalah lebih baik dari malaysia. Penyelidikan botani yang cemerlang dari negara itu diakui dari seluruh dunia. Disebabkan serangan matawang dan pinjaman dai IMF yang menyebabkan mereka lumpuh dan lambat bangun.

Saya bukan nak mengambil contoh 2 negara ini (indonesia dan thailand) tetapi seluruh dunia pun orang tak pakai bahasa inggeris, kecuali 3 buah negara..

Cik Nazrul said:-

Negara-negara yg telah maju itu pun, beratus tahun dahulu semasa mereka masih merangkak, mereka juga bermula dgn belajar ilmu-ilmu baharu dalam bahasa asing iaitu bahasa milik bangsa pencipta ilmu yg lebih maju daripada mereka pada ketika itu.

Memang mereka belajar bahasa lain untuk belajar ilmu YANG ADVNCE DAN TAK TERDAPAT DI NEGARA MEREKA.Tapi tak ada pula melatih dan menyuruh anak-anak mereka berbahasa itu. Mereka yang cintakan ilmu dan inginkan penambahan ilmu yang belajar bahasa lain dan disampaikan pula pada generasi akan datang.

Sebenarnya malaysia memang sudah kehilangan jati diri. Mula bertutur dengan anak-anak berbahasa inggeris. Sekiranya ada cendikiawan kita yang belajar diluar negara, mencedok ilmu disana, membuat kajian dan sebagainya dan menulis sebuah buku yang mana semua ilmunya diterjemah dalam bahasa ibunda, orang ramai tidak berminat nak membelinya, kenapa? kerana barangan tempatan tak bagus. Buku berbahasa melayu... tak bagus. Lebih baik membeli buku yang di import dari luar yang karya nya pengarang dari bangsa inggeris. Pihak penerbit tentu lah tidak mahu menerbitkan buku yang tak laku. dan sesudahnya karya si cendikiawan ini akan terhenti begitu sahaja. Dan perkara ini bersambung-sambung....

Ok lah cik Nazrul,

Cintailah Bahasa Inggeris!

Anonymous said...

PPSMI bukan soal kepentingan bahasa inggeris tetapi ia adalah soal ilmu itu disampaikan kepada pelajar dalam bahasa yang tidak mereka fahami. Katalah jika tuan sendiri diajar matematik dan sains dlm bahasa Jepun atau Jerman, mahu tuan angkat kaki tinggalkan kelas kerana tuan akan merasakan tiada faedahnya belajar tapi tak faham sepatahpun apa yang guru katakan, usahkan untuk mendapat ilmu. Itulah kerana kita dah dewasa dan boleh membuat pilihan, tapi malang bagi murid terutama sekolah rendah belajar dari pagi sampai tengah hari dan pulang dgn otak yang kosong. Jangan anggap semua murid boleh terus belajar matematik & sains dalam bahasa inggeris sebaliknya ajarkan mereka dulu bahasa inggeris. Jangan anggap semua murid masuk sekolah dah pandai bahasa penjajah itu kerana dikampung mereka tiada TADIKA METHODIST. Jangan kita anggap semua murid bijak pandai macam tuan dah pandai bahasa inggeris kerana saya percaya semasa sekolah rendah pun tuan tak pandai juga usah nak belajar matematik & sains dalam bahasa inggeris. Jangan kita hanya memandang dua tiga jiran kita yang tiada masalah dengan BI tapi lihatlah anak melayu yang tinggal dipendalaman, letrik pun belum tentu ada. Anak Bajau Laut yang sejak lahir hanya bermain air. Anak orang asli yang sejak kecil mengikut bapanya memanjat petai. Ajarkanlah anak kita bahasa inggeris, matematik dan sains tapi sampaikanlah ilmu itu dalam bahasa yang mereka fahami. Dan lihatlah berapa banyak bangsa yang mengagungkan bahasa penjajah mereka, negara mereka tidak maju dan bangsa mereka tidak disegani. Jumpa lagi....banyak lagi yang hendak diperkatakan.

Anonymous said...

setakat survey laman web tak popular - tak menjaminkan ianya bagus dan perlu di teruskan !!!

Anonymous said...

Dari isi hati perancang dasar PPSMI, barulah dapat saya fahami bahawa dasar ini adalah satu

dasar yang silap, merugikan kos dan generasi.
Adalah silap besar memikirkan kanak-kanak berfikiran sama seperti kita, berhasrat untuk

membina kapal selam, microchip dan ratusan lagi barang keperluan harian apabila melangkah

kedarjah satu, atau memberitahu gurunya saya hendak menjadi seperti Albert Einstein dengan

teori relativitinya, Enrico Fermi, Oppenheimer, Edward Teller, Werner Heisenberg dan lain-

lain atau untuk menyertai seminar dan konferens antarabangsa.
Memang benar orang Arab ke Greek belajar bahasa Greek dan menimba ilmu orang Greek. Memang

benar orang eropah ke Arab belajar bahasa Arab dan menimba ilmu dari orang Arab. Mereka

pergi dan mereka kembali dengan ilmu dan tidak hilang identiti mereka.
Tetapi adakah mereka akan memberitahu seluruh negara "Jika hendak menjadi sepertiku pergilah

ke Arab dan belajar bahasa Arab kerana bahasa Arab adalah bahasa ilmu" atau mereka berkata

"Aku akan ajarkan kamu ilmu yang aku perolehi dalam bahasa Arab kerana aku medapat ilmu ini

dalam bahasa arab" atau mengarahkan Kementerian Pelajaran mereka melaksanakan PPSMArab?.

Mereka tidak sebodoh itu. Mereka bijak. Mereka mengajar anak mereka dalam bahasa mereka dan

menggunakan istilah arab jika tiada istilah yang tepat dalam bahasa mereka. Mereka tahu jika

ilmu itu disampaikan dalam bahasa arab, berapa kerat sahaja yang mendapat faedah, walaupun

bahasa arab adalah bahasa ilmu pada ketika itu. Mereka bukan setakat mengajar genrasi akan

mereka dalam bahasa mereka sendiri malah mereka mengembangkannya sendiri tanpa memohon

pertolongan orang arab lagi sehingga orang arab tertinggal serba-serbi berbanding mereka.

Lihatlah orang Jepun, mereka belajar dari orang putih bagaimana membuat kereta, sehingga

kereta mereka lebih menjimatkan dan cantik serta berdayasaing berbanding kereta orang putih.

Mereka belajar dan mengembangkan ilmu yang mereka perolehi bukan berhenti setakat apa yang

orang putih ajarkan. Mengkaji kertas hasil kaji selidik yang dibuat diseluruh dunia dalam

bahasa inggeris itu bukan tugas kanak-kanak darjah satu atau murid-murid sekolah menengah

.Mereka terikat dengan sukatan pelajaran. Sukatan pelajaran itu berubah begitu perlahan,

malah sains dan matematik abad ke-19 masih perlu diajarkan. Mereka baru belajar asas sains &

matematik bukan bagaimana nak buat roket dan kapalselam atau hari-hari buka internet cari

kertas kaji selidik terbaharu. Itu tugas professor yang sememangnya sudah fasih bahasa

inggeris. PPSMI bukan hak pembangkang dan bukan pembangkang saja yang menentang, orang UMNO

pun menentang(tapi takut ditengking), orang atas pagar pun menentang, orang lelaki pun

menentang, orang perempuan pun menentang, orang bijak menentang, orang bodoh pun menentang.

Yang sopak pun menentang, yang kudung pun menentang. 90% rakyat Malaysia menentang. Kalau

tak percaya buat pilihanraya YA atau TIDAK untuk PPSMI.Tak guna buat kajiselidik kri kanan

rumah aje. Yang menyokong PPSMI adalah orang bujang, orang tua yang anak mereka terlepas

PPSMI (tak merasa peritnya mengajar anak Sains & math dlm bahasa inggeris), orang yang tak

pandai cakap melayu asyik cakap inggeris siang malam, orang bukan melayu dan bukan

bumiputra, orang melayu yang dah tak macam melayu(tiada identiti lagi).
PPSMI ibarat angan-angan membina jambatan kelangit, orang yg berkuasa menggubal dasar ini

akan kata " Kalau kita mula 10 tahun lagi, kita akan siapkan lewat 10 tahun, tapi bagi

mereka yang terlibat dengan PPSMI akan mengatakan "ini dasar yang merugikan keturunan".

BAHASA INGGERIS ITU BAHASA, SAINS & MATEMATIK ITU ILMU, JANGAN ROSAKKAN ILMU KERANA BAHASA.

portalku said...

Rasulullah tak suruh guna bahasa inggeris. Tapi Rasulullah ada sebut tentang belajarlah hingga ke negara Cina..

Koyeng said...

Rasulullah tak suruh anak-anak baginda menggunakan bahasa Cina...

Unknown said...

Apa yang penentang-penentang PPSMI ni DESPERATE sangat nak menegakkan benang yg basah???

UPSR, PMR mahupun SPM... statistik menunjukan dari tahun ke tahun peratusan pelajar yg memilih utk menjawab matematik dan sains menggunakan BI semakin MENINGKAT. Takkanlah itu maknanya PPSMI ditolak oleh pelajar??

Rujuk http://tunfaisal.blogspot.com

Anonymous said...

Begini la.

Disebabkan rungutan guru-guru yang tidak sanggup mengajar sains dalam BI.

Mohon saya memberi cadangan. Apa kata guru-guru ini digalakkan mengajar matapelajaran yang menggunakan BM di aras menengah rendah. Contoh guru-guru sains menukar aliran pengajaran dalam sesuatu matapelajaran seperti geografi, sejarah dan juga BM.

Matapelajaran ini tidak mempunyai istilah-istilah teknikal atau pun kurang. Senang untuk melaksanakan dalam BM.
Dengan hanya menitikberatkan methodologi.

Ini tidak mendatangkan masalah kerana setiap guru yang terlatih mempunyai pendedahan berbagai falasafah dan methodologi pendidikan.

Mengapa tidak?

Pada suatu ketika dahulu di mana kekurangan guru BM dan Geografi di kelas menengah sesebuah sekolah, guru Physic didapati boleh mengajar matapelajaran tersebut.

Atau ditempatkan di sekolah-sekolah rendah.

Mengapa tidak?

Kini penempatan guru-guru siswazah sudah bermula di sekolah-sekolah rendah.

Penggantian pada guru-guru yang mempunyai masalah akan di tampung oleh guru-guru siswazah baru yang 'fresh' dan boleh menerima dasar PPSMI.

Tambahan pula guru senior pada suatu ketika nanti mungkin menjadi pentadbir majoritinya tidak mengekalkan opsyen asal mereka dan lebih kepada pentadbiran dan mengajar Sivik/Pendidikan Moral dan bukan lagi matapelajaran option.Contoh apabila dilantik menjadi KOKU,HEM atau yang lebih tinggi.

Disini tugas dan profession guru sejak dulu lagi dianggap serba boleh dan unik. Bukan tempat melepas batuk di tangga.

Belajar,mengajar,mendidik dan mentadbir. Dipandang mulia dan dihormati dan diingati hingga ke akhir zaman.

Dengan itu proses pembangunan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dapat diteruskan tanpa mengaitkan dasar PPSMI untuk pembangunan teknologi dan sebagai yang lahir dari kementerian.

Peratusan kekeliruan hanya melibatkan dua matapelajaran sahaja.Untuk memperolehi hasil,ia memerlukan masa dan seterusnya akan menguntungkan pembangunan teknologi dalam jangka panjang.

Harap pendapat tersebut boleh menyelesaikan masalah guru yang tidak berminat dengan PPSMI yang berada di sekolah-sekolah.


Selamat Maju Jaya Cikgu.

Anonymous said...

Setelah mengikuti perbincangan di atas..

Apa-apa pun perlu dicari satu penyelesaian yang begitu jitu dan lebih praktik untuk kedua-dua aspek iaitu dari sudut guru dan murid.

Kita cari satu penyelesaian untuk semua.Guru yang tidak mempunyai kapakaran dalam penyampaian dasar PPSMI dan murid yang sukar menerima majoriti berada di kawasan luar bandar.

Perlu diingat bahawa murid di luar bandar juga mempunyai mentaliti 'tip-top'.

34% guru menentang?

Di sini terdapat dua kategori. Guru yang berkebolehan sedia meneruskan proses dasar PPMSI. Jasteru itu murid yang boleh menerima hendaklah diteruskan perlaksanaan dasar.

Memang sukar kerana terdapat peralihan atau perpindahan petempatan guru-guru dan juga pelajar-pelajar. Tetapi tidak mustahil untuk dilakukan demi untuk pembangunan sejagat.

Perbelanjaan untuk mengadakan kursus intensif dan pemberian elaun-elaun kritikal mencecah jutaan ringgit.

Jika perbelanjaan ini dihentikan sertamerta dan digunakan untuk pembiayaan proses perpindahan petempatan adalah lebih logik dan praktikal.

Tidak akan menjadi satu halangan bagi guru-guru bersikap mobiliti.
Dan pelajar-pelajar dapat memilih jurusan mana yang mereka sukai.
Memang benar bukan semua pelajar yang berminat untuk menjadi saintis.

Pencapaian mereka boleh dilihat apabila mereka menjejaki peringkat menengah iaitu bermula di tingkatan satu.

Masalah tenaga pengajar tidak menjadi masalah disebabkan ribuan siswazah dalam pasaran bersedia untuk berkhidmat.

leekimlung said...

chewal , can you send one copy of the question to my email , leekimlung@hotmail.com , because i also want answer the question , thanx