July 09, 2008

Selamat Hari Lahir kpd Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah.

10 hb Julai 2008 dan 12 Julai 2008 adalah hari lahir negrawan dan negarawati ulung negara Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah. Dua orang doktor berbangsa melayu ini telah memberi sumbangan yang begitu besar kepada bangsa Melayu, agama Islam dan negara Malaysia. Semoga Allah terus memberi rahmat dan keberkatan kepada beliau berdua.

Saya secara peribadi, bersyukur kehadrat Allah diatas kejayaan dan kegemilangan yang dicapat semasa negara Malaysia dibawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Bagi saya, beliau adalah merupakan pemimpin yang mengutamakan bangsa, agama dan negara melebihi dari kepentingan peribadi dan keluarga. Melalui pengalaman saya sendiri selepas dua kali menziarahi Tun Dr. Mahathir dan isteri di rumah beliau di Mines, Sri Kembangan, dan beberapa pertemuan sebelum itu, saya dapat merasakan sifat rendah diri dalam diri beliau. Walaubagaimanapun, beliau tetap tegas dengan pendiriannya dan sentiasa mampu memberikan pandangan-pandangan yang bernas dan tajam. Hasrat perjuangan beliau yang mahu melihat anak bangsanya dan negaranya mampu untuk menjadi bangsa yang maju dengan nilai-nilai akhlak yang tinggi begitu jelas terpapar di setiap butir pandangan beliau. Kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, saya ucapkan terima kasih diatas segala jasa bakti beliau dari dahulu sehingga ke hari ini dan insyaAllah untuk masa hadapan. Semoga dipanjangkan usia oleh Allah.

Sememangnya, melalui tulisan-tulisan di laman weblog beliau mencerminkan seorang yang begitu tinggi keperibadianya, seorang yang mempunyai banyak ilmu pengetahuan dan seorang yang hanya bercakap berdasarkan fakta-fakta yang jelas. Adakalanya, tulisan-tulisan dan pandangan beliau amat sukar difahami dan kadang-kadang membawa kepada pemahaman yang salah. Walaupun 95% pembaca dan pemberi komen di laman blog beliau (yg menerima `hits’ secara purata 1.5 juta pengunjung sebulan) mengakui dan bersetuju dengan pandangan beliau, terdapat juga segelintir kecil (golongan minoriti) yang masih suka kpd ANDAIAN dan DESAS-DESUS yang seterusnya menberikan pandangan-pandangan yang salah terhadap beliau. Sehingga ke zaman moden ini, masih terdapat individu yang mudah percaya kepada ANDAIAN dan lebih suka bersikap PREJUDIS daripada mengambil kira fakta-fakta sebenar. Saya percaya, melalui penjelasan-penjelasan yang dibuat, melalui fakta-fakta yang ditunjukkan dan melalui perkara-perkara yang berlaku kini, golongan yang suka percaya kepada ANDAIAN ini semakin berkurang dan sekaligus dapat menjadikan bangsa kita sebagai satu bangsa yang tidak suka berprasangka buruk.

5 comments:

cikguliz said...

Salam,
Wah! sama birthday dengan adik saya rupanya.

CheWal said...

Selamat Hari Lahir juga kepada adik Cikguliz. Semoga dipanjangkan umur dan sentiasa dirahmati dan diberkati Allah.

somuffins said...

Salam CheWal .. CS nih. I'm delighted that both of them are Cancerians, like me. Jgn lupa wish me 'hepi bilated besday' eh? Ahaks..(batuk kecil)

CheWal said...

Dear Cik Som,

I'm so sorry to miss your birthday. Hope you still accept my wish.... `Happy Birhday to Cik Som'... semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberkati dan dirahmati Allah selalu.

...dgr cerita, org yg lahir bulan Julai ni...hebat-hebat.

somuffins said...

TQ for the wish. Lahir bulan July hebat? Ya kot, hehehe (jgn lupa singgah kat blog i)