February 25, 2013

Lidah itu lebih tajam dari pedang

1. Tajuk artikel ini adalah merupakan satu perumpamaan dan ianya tidak bermaksud secara literal sebaliknya adalah satu metafora untuk menunjukkan lidah (percakapan) adakalanya begitu menusuk ke jiwa dan meninggalkan kesan yang mendalam berbanding pedang yang lukanya boleh hilang.

2. Artikel ini merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Kelantan iaitu Nik Aziz baru-baru ini yang mengumpamakan pemberian wang sebagai seperti memberi makanan kepada haiwan.

3. Lanjutan daripada itu, ramai yang mengaitkan kenyataan tersebut dengan pemberian bantuan kewangan oleh kerajaan seperti BR1M. Blog ini pada awalnya tidak mahu mengaitkan kenyataan tersebut dengan BR1M kerana Nik Aziz tidak menyebut perkataan BR1M. Dia hanya menyebut pemberian wang secara umum.

4. Utusan Malaysia juga memetik kenyataan Nik Aziz secara tepat dimana Utusan menggunakan perkataan pemberian wang dalam laporan mereka. Malah, Utusan juga memetik kenyataan Nik Aziz sepenuhnya dengan tepat




5. Memandangkan kenyataan pemberian wang ini begitu umum, ianya boleh dikaitkan dengan pelbagai aktivit seperi pemberian bantuan BR1M dan segala bentuk pemberian wang yang lain termasuk sedekah, zakat dan lain-lain.

6. Kemudiannya Nik Aziz ditanya untuk menjelaskan apa yang dimaksudkan dan adakah beliau mahu menarik balik kenyataan yang menyinggung banyak pihak ini. Nik Aziz dalam jawapannya antara lain mengesahkan kenyataanya itu ditujukan kepada bantuan BR1M yang diberikan kerajaan. Kenyataan ini disiarkan oleh Utusan dan juga Harakahdaily. Sumber Harakah dipetik untuk memastikan tidak ada kesilapan dari segi pemahaman wartawan.




7. Jelas dalam jawapan Nik Aziz, beliau memaksudkan tindakan kerajaan memberi bantuan BR1M.

8. Kenyataan beliau menimbulkan pelbagai persoalan. Adakah beliau sudah tidak mampu untuk berfikir diluar kotak politik ? Adakah beliau melihat semua perkara menerusi kacamata politik semata-mata ? Adakah pemikiran politik beliau telah menutup pemikiran yang berasaskan kebenaran ?

9. Sekiranya beliau mampu berfikir di luar kotak pemikiran politik sempit, beliau akan tahu apakah itu bantuan BR1M ? Mengapakah ianya diberikann  dan kepada siapakah ianya diberikan ? Sebagai Menteri Besar, beliau sepatutnya tahu mengenai perkembangan ekonomi negara dan dunia. Beliau sepatutnya tahu dasar-dasar yang dirangka oleh kerajaan samada dasar jangka pendek dan dasar jangka panjang dalam mengatasi masalah-masalah berkaitann ekonomi. Tetapi,, untuk berfikir sedemikian, beliau harus buang kacamata politik dan kalau tidak beliau tidak akan nampak kebenaran dan akan diselubungi prasangka negatif.

10. Perdana Menteri, Dato' Seri Najib semenjak awal lagi telah memaklumkan mengenai program transformasi negara (melalui NKRA dan NKEA) atau lebih dikenali dengan nama GTP dan ETP. Kenaikkan harga barang adalah satu fenomena universal yang berlaku kepada semua negara di dunia. Nilai wang yang dimiliki pada zaman dahulu tidak sama dengan zaman sekarang. Ini adalah fenomena biasa ekonomi.

11. Dalam usaha untuk memastikan perubahan lanskap ekonomi ini tidak begitu menjejaskan rakyat, kerajaan telah melakukan pelbagai rancangan jangka pendek dan panjang. Hasilnya seawal tahun 2009 dan 2010 lagi beberapa plan transformasi diperkenalkan seperti ETP untuk membawa rakyat ke satu tahap dengan pendapatan perkapita yang tinggi. Tetapi transformasi ini tidak akan berlaku sekelip mata dan ianya akan memakan masa. Oleh itu beberapa pendekatan jangka pendek diperlukan.

12. Oleh itu, seiring dengan perjalanan transformasi ekonomi negara utk ketahap rakyat berpendapatan tinggi, beberapa pendekatan jangka pendik dilakukan untuk mengurangkan beban tanggungan rakyat. Maka lahirlah program-program seperti BR1M, KR1M, BB1M, Klinik 1 Malaysia, PR1MA dan lain-lain. Semuanya dilaksanakan semata-mata untuk mengurangkan beban rakyat dan ianya lebih ditumpu kepada rakyat yang berpendapatan rendah.

13. BR1M misalnya, adalah satu pendekatan untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah untuk mengurangkan beban mereka. Walaupun sedikit, sekurang-kurangnya ianya dapat membantu. Terdapat juga program yang tertumpu kepada semua jurang pendapatan seperti KR1M,BB1M dan lain-lain.

14. Kesemua program-program ini diberika kepada seluruh rakyat tanpa mengira bangsa, agama mahupun pendirian politik. Tidak ada yang terkecuali. Mereka yang datang dengan t-shirt BERSIH atau t-shirt parti politik pelbagai pun akan mendapat bantuan yang sama.

15. Ini adalah satu program Kerajaan Malaysia untuk rakyat Malaysia. Adalah sesuatu yang menghairankan apabila usaha kerajaan yang sudah berzaman ini dikaitkan dengan politik. Kerajaan tidak mempunyai banyak masa seperti parti pembangkang yang boleh bermain politik setiap masa kerana kerajaan telah diberi tanggungjawab dan tanggungjawab ini wajib dilaksanakan.

16. Adalah satu fitnah yang besar apabila usaha kerajaan untuk kesejahteraan rakyat dikaitkan dengan politik. Sepatutnya ia perlu dilihat sebagai satu usaha yang baik dan sokongan perlu diberikan. 

17. Satu lagi perkara yang menghairankan adalah, kerajaan negeri Selangor dan kerajaan negeri Pulau Pinang juga pernah memberi bantuan yang hampir sama, tetapi mengapa bantuan ini tidak dikaitkan sebagai memberi makanan kepada haiwan ? atau ianya hanya boleh dikaitkan sebegitu kalau dibuat oleh kerajaan persekutuan ? Sifat seperti ini hanya berlaku apabila seseorang gagal berfikir diluar kotak politik mereka.

18. Mengibaratkan pemberian wang ini sebagai memberi makan kepada haiwan adalah sesuatu tindakan yang menghina. Walaupun ada yang mengatakan itu hanya perumpamaan sama seperti mengumpamakan org yang suka bergaduh seperti anjing dan kucing, tetapi apabila ianya melibatkan memberi bantuan apatah lagi kepada mereka yang memerlukan, kenyataan itu amat menghina dan mengguris hati.

19. Cubalah bayangkan diri anda sebagai salah seorang dari mereka yang menerima bantuan tersebut dan bayangkan bagaimana tergurisnya hati mereka apabila dikaitan seperti memberi haiwan makan. Lidah perlu dijaga apatah lagi oleh mereka yang sepatutnya mempunyai pengetahuan agama. Ingatlah, lidah itu lebih tajam dan berbisa dari sebilah pedang.




.

30 comments:

Halim said...

Kaedah mengumpulkan orang ramai dengan memberikan wang adalah ibarat mengumpulkan haiwan dengan menabur makanan.

1. Tiada insult kepada penerima (Saya tak perlu bayangkan kerana femili saya juga penerima BR1M)

2. Teguran sebenar kepada pemberi kerana menjadikan penerima seperi haiwan.

3. Sekiranya benar ianya dibawah ETP (yakni utk membangunkan ekonomi), bukan ikan (duit) yang sepatutnya diberikan. Tetapi kail (peluang pekerjaan, gaji minima yg lebih tinggi, pendidikan, ilmu agama, pembangunan skil teknikal, bantuan perniagaan, kos sara hidup yg rendah dan lain-lain) yang sepatutnya diberikan. Barulah rakyat menjadi matang, berdikari dan berdaya saing. Ekonomi negara juga akan terus berkembang. Duit yang diberi hanya akan habis begitu sahaja. Apa negara dapat? Adakah ini transformasi ekonomi yang dikatakan tersebut?

4. Pelik. Kenapa Tuan Guru Nik Aziz cakap jadi isu. Tapi kenapa buku ‘Jelajah Janji Ditaburi’ yang diedarkan di PWTC pada tahun lepas, yang menyamakan rakyat seperti ayam secara jelas, tidak menjadi isu langsung. Boleh lihat di link ini: http://mynewshub.my/2012/11/30/buku-jelajah-janji-ditaburi-terkenal-di-pwtc/

5. Pelik juga kenapa ulasan Mufti Perak tentang isu ini yang mengatakan Sikap PAS lebih teruk daripada kafir tidak juga menjadi isu. Boleh lihat di link: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SikapPASlebihterukdaripadakafir_Mufti/Article/. Sedangkan presiden PAS yang tidak secara jelas menyatakan UMNO kafir pun dah menjadi isu besar sehingga bertahun-tahun pun masih segar lagi isu tersebut (bila dah dekat-dekat dgn pilihanraya)

6. Adakah mufti perak sudah terpengaruh dengan sesuatu perti politik ? Adakah beliau melihat semua perkara menerusi kacamata politik semata-mata ? Adakah pemikiran politik beliau telah menutup pemikiran yang berasaskan kebenaran ?

7. Kenyataan chewal juga menimbulkan pelbagai persoalan. Adakah chewal sudah tidak mampu untuk berfikir diluar kotak politik ? Adakah chewal melihat semua perkara menerusi kacamata politik semata-mata ? Adakah pemikiran politik chewal telah menutup pemikiran yang berasaskan kebenaran ?

8. Sekiranya chewal mampu berfikir di luar kotak pemikiran politik sempit, chewal akan tahu apakah maksud sebenar ucapan Tuan Guru Nik Aziz tersebut. Ucapan Tun Dr. Mahathir tentang hudud tiada dalam al-quran dan ungkapan "Better the devil you know" pun chewal boleh faham dan ulas dengan panjang lebar dan jelas. Takkan perumpamaan yang mudah dan jelas dalam bahasa melayu ni pun chewal tak boleh nak faham.

CheWal said...

@Halim,

1. tahniah kerana anda tidak berasa insult. tapi ada yang terasa.

2. Ianya akan dilihat menjadikan penerima sebagai haiwan apabila dilihat menerusi kacamata politik. Kalau dilihat menerusi kebenaran, tidak akan timbul kata2 sedemikian. Adakah memberi sedekah kpd org yg memerlukan juga menjadikan penerima sebagai haiwan ? adakah memberi bantuan zakat kpd mereka yg berhak juga menjadikan penerima sebagai haiwan ?

3. Mungkin anda tidak baca dengan betul atau tidak faham apa yang saya tulis. ETP adalah program jangka panjang yang merujuk kepada pemberia kail. ETP tidak memberi wang secara langsung. Program BR1M dan lain-lain adalah program jangka pendek untuk mengurangkan beban rakyat. Sila baca dengan betul.

4. Saya tak tahu apa yg diulas oleh muft perak. tapi, dari kenyataan anda saya tahu peerbezaan diantara menuduh seseorang itu kafir dengan mengatakan PAS lebih teruk dari kafir. Besar perbezaanya.

5. Saya rasa mufti Perak tidak melihat dengan kacamata politik sebab mungkin beliau merujuk kpd tindak-tanduk PAS yang merugikan islam.

6. Saya tidak melihat dengan kacamata politik sebab itu saya berhujah berasaskan kebenaran seperti program transformasi dan program jangka pendek. Semuanya merujuk kpd program kerajaan untukk rakyat dan bukannya program parti politik.

7. Kenyataan Tun mengenai hudud juga saya ulas menggunakan konsep kebenaran dengan merujuk fakta-fakta yang berkaitan. Saya tidak menggunakan kacamata politik.

8. Ini berbeza dengan kenyataan Nik Aziz yg secara jelas mengaitkan BR1M dengan UMNO. Sedangkan sepatutnya beliau melihat sebgai usaha kerajaan utk mengurangkan beban rakyat.

Halim said...

1. Terpulanglah kpd mereka yg terasa. Maksud saya di sini adalah, ucapan tersebut bukan insult kepada penerima. Sila fahamkan.

2. Sekali lagi saya tekankan. Ucapan tersebut bermaksud "Kaedah mengumpulkan orang ramai dengan memberikan wang adalah ibarat mengumpulkan haiwan dengan menabur makanan". Bukan pemberian wang itu yang menjadikan penerima seperti haiwan. Sila fahamkan.

3. Pelik. Kenapa Tuan Guru Nik Aziz cakap jadi isu. Tapi kenapa buku ‘Jelajah Janji Ditaburi’ yang diedarkan di PWTC pada tahun lepas, yang menyamakan rakyat seperti ayam secara jelas, tidak menjadi isu langsung. Boleh lihat di link ini: http://mynewshub.my/2012/11/30/buku-jelajah-janji-ditaburi-terkenal-di-pwtc/

4. Ulasan mufti perak boleh dibaca di Berita Harian: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SikapPASlebihterukdaripadakafir_Mufti/Article/. Kalau ulasan berita harian ini salah, mufti perak perlu segera menafikannya. Sekiranya tiada penafian dibuat, maka boleh dianggap sebagai benar.

5. Memang saaangat besar perbezaan diantara menuduh pertubuhan itu kafir dengan mengatakan PAS lebih teruk dari kafir. menuduh pertubuhan itu kafir semestinya salah (tetapi tiada tuduhan secara jelas pun oleh presiden PAS). Mengatakan lebih teruk dari kafir semestinya lebih teruk lg salahnya kerana kafir itu sendiri bermaksud terkeluar dari islam. Bagaimanalah agaknya lebih teruk dari kafir tu.

6. Kenyataan Tun mengenai hudud chewal boleh ulas menggunakan konsep kebenaran dengan merujuk fakta-fakta yang berkaitan. Tapi kenapa kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang jelas dan mudah difahami ini (tanpa perlu menggunakan idiom english dan pemikiran serta kajian yang lebih mendalam ini) sukar utk chewal fahami dan berbaik sangka? Tidakkah itu bukti chewal berhujah menggunakan kacamata politik?

CheWal said...

@halim

1.itu pada anda dan anda tidak mewakili semua penerima. ada yang terasa dan ada yang tidak.

2.kaedah pemberian BR1M pelbagai dan melalui proses permohonan. Ada yg diberi dari rumah ke rumah, ada yg dibuat di sekolah, ada yg dibuat di dewan, ada yg dibuat selepas sesuatu program.

3. artikel ini semata-mata merujuk kpd kebenaran apa itu BR1M, kepada siapa disampaikan dan kenapa dilakukan. Untuk menunjukkan usaha kerajaan dan tidak sepatutnya dilihat menerusi kacamata politik dan mengaitkanya dgn umno. ianya diluluskan di Parlimen.

Halim said...

1. Tujuan saya komen artikel ini juga semata-mata merujuk kpd kebenaran apa yang dimaksudkan oleh tuan guru Nik Aziz. Kata-katanya bukan untuk meng'insult' penerima. Hanya bermaksud "Kaedah mengumpulkan orang ramai dengan memberikan wang adalah ibarat mengumpulkan haiwan dengan menabur makanan."

2. Sekiranya hanya ingin menerangkan tentang BR1M, tidak perlulah kaitkan dengan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz. Sekiranya ingin dikaitkan, maka perlulah dijawab sekali persoalan yang saya lontarkan di komen-komen saya sebelum ini kerana ianya berkait.

3. Anyway, saya puji chewal dengan hujah dan penulisan yang baik. Terima kasih kerana menjawab komen-komen saya. Mudah-mudahan kita sama-sama lebih terbuka dalam berfikir dan berbicara agar pandangan kita tidak dikaburi dengan kacamata politik semata-mata insyaAllah.

CheWal said...

@Halim,

1. tujuan saya menulis artikel adalah untuk menunjukkan lidah itu lebih berbisa dari pedang dan bagaimana pemahaman yang salah mengenai BR1M dan mengaitkannya dengan politik mengkaburi kebenaran mengenai BR1M.

2.Ia perlu dikaitkan dengan Nik Aziz kerana beliau yang mengaitkannya dengan UMNO sedangkan BR1M bukan program UMNO.

3. InsyaAllah, saya akan terus cuba memberi pandangan berasaskan fakta kebenaran dan bukan berasaskan politik.

4. Terima Kasih.

Halim said...

1. Sekiranya itulah tujuannya, baguslah. Cuma saya sarankan perlu diolah semula artikel ini kerana bagi saya artikel ini menjurus kepada penafsiran yang tidak betul kepada kata-kata tuan guru nik aziz.

2. Sekiranya kebenaran ingin diketengahkan, maka harus ditekankan juga maksud sebenar ucapan Tuan Guru Nik Aziz tersebut yang bukan untuk meng'insult' penerima. Hanya bermaksud "Kaedah mengumpulkan orang ramai dengan memberikan wang adalah ibarat mengumpulkan haiwan dengan menabur makanan."

3. Ini bagi mengelakkan salah tanggapan orang ramai yang membaca artikel ini tentang ucapan tersebut. Salah tanggapan boleh membawa kepada fitnah dan itu sangat bahaya. Takut dengan kita sekali terpalit dosanya.

4. Mungkin chewal rasa penulisan chewal tidak akan membawa kepada salah tanggapan orang ramai. Tapi kena ingat juga, itu pada anda dan anda tidak mewakili semua pembaca. Ada yang akan salah tanggap dan ada yang tidak.

5. Sepertimana kata-kata tuan guru nik aziz yang mungkin telah menyebabkan sesetengah orang terasa sedangkan bukan itu maksud sebenarnya. Begitu jugalah dengan artikel ini mungkin akan menyebabkan salah tanggap sedangkan bukan itu maksud sebenarnya.

6. Jadi saya sarankan diolah sedikit agar dapat mengelakkan sebarang salah tanggap yang boleh membawa kepada fitnah atas ucapan tuan guru nik aziz tersebut.

7. InsyaAllah mudah-mudahan kita terhindar dari menjadi penyebab kepada fitnah.

CheWal said...

@halim,

1. saya tidak menafsir apa yg nik aziz cakap, saya hanya menulis apa yang dia cakap tanpa memberi penafsiran.

2. Nik aziz tak cakap yang dia tidak menghina penerima (kalau ada penjelasan beliau bahawa dia tidak menghina penerima, sila kemukakan dan saya akan tambah).

3. Nik Aziz juga tidak pernah mengatakan dia merujuk kepada kaedah pemberian (sila kemukakan kalau ada dia sebut begitu).

4. Tambahan pula kaedah pemberian BR1M tak sama dengan kaedah memberi haiwan makan. Haiwan tak perlu mengisi borang, tak perlu mendapat kelulusan. Perbezaan nya amat ketara.

5. So, penulisn ini hanya merujuk kepada apa yang nik aziz sebutkan tanpa menambah apa-apa perkataan terhadap kenyataan beliau.

6. Sila maklumkan sekiranya nik aziz ada menyebut apa-apa penjelasan tambahan.

Halim said...

1. chewal katakan chewal tidak dikaburi dengan kacamata politik. tapi malang, apa yang saya lihat sekarang seorang yang sangat kabur disebabkan politik.

2. Sila tonton dan fahamkan video ucapan tuan guru nik aziz semula. Bukan susah pun nak fahamkan. bahasa melayu je. tak ada idioms english pun. cuma kena buang kacamata politik tu je.

3. Sekiranya chewal mampu berfikir di luar kotak pemikiran politik sempit, chewal akan tahu apakah maksud sebenar ucapan Tuan Guru Nik Aziz tersebut. Ucapan Tun Dr. Mahathir tentang hudud tiada dalam al-quran dan ungkapan "Better the devil you know" pun chewal boleh faham dan ulas dengan panjang lebar dan jelas. Takkan perumpamaan yang mudah dan jelas dalam bahasa melayu ni pun chewal tak boleh nak faham.

4. Sekiranya chewal meminta saya penjelasan nik aziz sendiri, saya juga berharap chewal boleh bagi penjelasan tun sendiri tentang isu yang saya kemukakan di point ke 3 diatas. bukan penjelasan mengikut kefahaman chewal sendiri.

5. saranan saya utk diolah sedikit artikel ini hanya untuk mengelakkan sebarang salah tanggap yang boleh membawa kepada fitnah atas ucapan tuan guru nik aziz tersebut. itu sahaja. sila fahamkan. Sekiranya ianya boleh menjadi penyebab kepada fitnah, yang akan terpalit dosanya, chewal juga.

6. Mungkin chewal rasa penulisan chewal tidak akan membawa kepada salah tanggapan orang ramai. Tapi kena ingat juga, itu pada anda dan anda tidak mewakili semua pembaca. Ada yang akan salah tanggap dan ada yang tidak.

7. Sepertimana kata-kata tuan guru nik aziz yang mungkin telah menyebabkan sesetengah orang terasa sedangkan bukan itu maksud sebenarnya. Begitu jugalah dengan artikel ini mungkin akan menyebabkan salah tanggap sedangkan bukan itu maksud sebenarnya.

CheWal said...

@halim,

1. saya tidak membuat apa-apa penambahan terhadap kata-kata nik aziz.

2. Kata-kata nik aziz mengenai BR1M, saya ambil dari Harakah selepas mereka menemuduga Nik Aziz. saya hanya merujuk kata-kata nik aziz shj (kenyataan didalam pembuka/penutup kata) dan tidak membuat sebarang penambahan.

3. Nik Aziz tidak pernah kata, dia tidak bermkasud mengina penerima dan tidak pernah kata mengenai kaedah (malah perkataan kaedah pun tak pernah wujud).

4. Sememangnya, tidak ada sebab nik aziz nak guna perkataan kaedah, sebab kaedah memberi haiwan makan tak sama dengan kaedah BR1M.

Unknown said...

Salam.. Isu sebenarnya Nik Aziz tidak adil mengeluarkan kata-kata.. Untuk berlaku adil maka diperuntukkan satu hari untuk menguruskan hal-hal pembahagian BR1M agar rutin harian tidak terganggu kerana tiada agensi khusus untuk menyelenggara pemberian BR1M termasuklah jika melibatkan bank. Urusan biasa akan terganggu jika pemberian BR1M di kaunter-kaunter BR1M kerana kita sedia maklum orang ramai akan menyerbu kaunter bank. Jalan terbaik adalah mengadakan majlis-majlis penyerahan kepada orang ramai.

Tidak dinafikan Mufti Perak ada menegur Nik Aziz dan teguran dibuat kerana penggunaan bahasa yang dilemparkan kepada kerajaan dan UMNO sendiri amat kasar dan tidak bertepatan dengan imejnya sebagai ulama. Sebagai sesama Islam salahkah teguran dibuat dengan bahasa yang lembut dan penuh hikmah sebagaimana sunnah Rasulullah SAW? Amat berbeza penampilan beliau bersama orang yang secara terang-terangan tidak mahu melihat perkembangan Islam dan anti Islam. Orang kafir sendiri tidak menunjukkan permusuhan sesama sendiri secara terang-terangan tidak kira di mana sekali pun. Mereka hanya akan menyerang Islam tidak sesama bangsa.. Tidakkah sikap Nik Aziz ini lebih teruk dari orang-orang kafir yang bersifat protective sesama sendri sedangkan beliau dilihat cuba untuk menafikan pegangan umat Islam yang tidak menyokong PR. Jika Mufti Perak dilihat kasar kerana menggunakan perkataan kafir bagaimana pula orang UMNO melihat apabila Nik Aziz menggunakan perkataan yang sama ketika menjawab pertanyaan pemberita semasa isu doa BN KO?

BN dilihat tidak pernah sekalipun menggunakan tektikal menyerang. Mereka bersifat defensive.. Jika diserang barulah mereka menyerang balik. Jadi tidak ada salah jika teguran dibuat dengan cara yang lebih berhemah.

CheWal said...

@Ahmad Albab,

1. Ya benar, sebab itulah saya memilih tajuk lidah itu lebih tajam dari pedang...sebab motif utamanya adalah kita perlu menjaga lidah kerana kalau tidak ianya boleh mengguris hati.

2. Sebahagian besar artikel ini menerangkan mengenai BR1M dari sudut fakta kebenaran utk menafikan fitnah yang dibuat iaitu mengatakan BR1M ini diberi oleh UMNO.

3. Bahagian awal artikel ini pula merujukk kenyataan Nik Aziz itu dengan tindakan kerajaan yg memberi bantuan (sama spt apa yg dicakap oleh Nik Aziz sendiri).

Unknown said...

Saya sangat bersetuju dengan artikel CheWal cuma berasa sedih apabila pembangkang tidak henti-henti menyerang kerajaan walaupun program yang dijalankan baik untuk rakyat.

Apa pendapat Nik Aziz apabila pembangkang mengumpulkan orang ramai melalui ceramah politik dan meminta wang mereka?

Adakah polisi pembangkang meminta wang rakyat lebih baik dari program kerajaan yang memberikan wang kepada rakyat?

siti hajar said...

pas pula tak jauh bezanya daripada peminta sedekah.

setiap kali ceramah mesti hulurkan kopiah/serban.

penonton pun melurutkan segala emas dan duit yang ada kononnya demi kepentingan agama.

kohilal pun dah jadi kohilang.

pigi lah.

oh ya, mak saya memang 'offended' pun dengan kata2 tok guru yang menyamakan penerima brim seperti haiwan. tak perlu nak putar belit fakta. itulah yang tok guru maksudkan pun.

kat galas tu bagaimana pula? tok guru siap salam kokot lagi dengan pengundi galas masa pilihan raya kecil dulu. takkan nak cakap tok guru anggap mereka manusia kot? dah nak mengundi baru nak pandai salam kokot!

taik kucing!

Anonymous said...

1. adalah lebih meminta kerana sudah tentu nya halal daripada menyalahgunakan dana. ketirisan dan wang rakyat.

2. BR1M program kerajaan seperti CheWal bagitau, tetapi pemberian kpd rakyat didalam majlis penyampaiannya adalah bukan pegawai kerajaan tetapi wakil2 pertubuhan Melayu bersatu.

3. Ahh.. sudahlah. dah mabuk dah ana kena spin.

4. Wassalam.

CheWal said...

@anon 22 april 16:47,

BR1M dan banyak lagi insentif 1 Malaysia disediakan oleh kerajaan untuk kemakmuran rakyat terutama golongan sasar tanpa mengira bangsa dan agama.

BR1M bukan sahaja diserahkan oleh wakil-wakil dari pertubuhan melayu bersatu tetapi juga melibatkan wakil-wakil dari jawatankuasa lain. Malah, ia juga melibatkan LHDN yg merupakan agensi kerajaan.

Walau apa pun, mengatakan BR1M diberikan oleh UMNO adalah salah.

Anonymous said...

chewal,

Ini jawapan anda kepada salah satu komen sewaktu anda mempertahankan kenyataan Mahathir tentang hudud:

"1. Adakah anda mendengar dengan telinga anda sendiri ucapan/kata-kata tersebut ?

2. Kalau anda dengar dengan telinga anda sendiri, adakah maksud yg anda fahami adalah sama dengan apa yg diucapkan?

3. Tapi, saya percaya bahawa anda tak dengar dengan telinga anda. Anda hanya mengambil dari internet atau hanya dengar kata-kata orang lain.

kesalahan yang banyak dilakukan adalah kita mudah menjadikan apa yang kita faham sebagai kebenaran sedangkan apa yang kita faham dari kata2 seseorang mungkin tak sama dengan apa yang dimaksudkanya dan kesalagan seterusnya adalah ramai yang memilih untuk melihat dari sudut negatif".

Ini anda sendiri yang cakap.

Tak bolehkah anda menggunakan kaedah tang sama untuk TGNA?

CheWal said...

@anon 24 April,

1. saya dengar kenyataan TGNA dari mulutnya sendiri melalui video.

2. Kemudian TGNA memberi penjelasan mengenai apa yang beliau ucapkan semasa disoal oleh lidah rasmi PAS iaitu Harakah.

Hanya selepas kedua-dua ini berlaku, barulah saya menulis artikel ini.

Anonymous said...

Saya berpegang pada kata2 ini semasa anda cuba membela Mahathir:

"kesalahan yang banyak dilakukan adalah kita mudah menjadikan apa yang kita faham sebagai kebenaran sedangkan apa yang kita faham dari kata2 seseorang mungkin tak sama dengan apa yang dimaksudkanya dan kesalagan seterusnya adalah ramai yang memilih untuk melihat dari sudut negatif"

Jadi ikutlah nasihat sendiri. Follow your own advice.

Dari entri di blog ini, jelas anda di pihak mana. Tak perlulah bias dengan menafsirkan yang muluk-muluk sahaja pada orang yang awak puja, tapi menyebut yang buruk-buruk pula pada pihak yang awak tak suka.

CheWal said...

@anon 19:14,

tulisan ini dibuat setelah Nik Aziz menjelaskan apa yang dia maksudkan.

Anonymous said...



Kalau diperhatikan kenyataan jawapan TGNA, beliau mengkritik TINDAKAN sebegitu sebagai "meletakkan manusia setaraf haiwan" Bukannya beliau menyamakan penerima dengan haiwan. Faham?


"tulisan ini dibuat setelah Nik Aziz menjelaskan apa yang dia maksudkan."

Kerana anda nampaknya mengulang2 jawapan yang sama, saya pun akan mengulang respon saya yang sama, sebab nampaknya anda tak faham apa yang saya sebutkan sebelum ini.(satu lagi kaedah awak untuk menjawab soalan- lihat respon anda dalam entri Mahathir dan hudud)

"kesalahan yang banyak dilakukan adalah kita mudah menjadikan apa yang kita faham sebagai kebenaran sedangkan apa yang kita faham dari kata2 seseorang mungkin tak sama dengan apa yang dimaksudkanya dan kesalagan seterusnya adalah ramai yang memilih untuk melihat dari sudut negatif"

Jadi ikutlah nasihat sendiri. Follow your own advice.

Atau tak faham ayat sendiri?

CheWal said...

@anon 18:43,

saya dah tulis dalam artikel dan dalam komen-komen saya iaitu, sekiranya TGNA tidak bermaksud utk menghina penerima BR1M, kenyataannya itu boleh mengguris hati. Sebab itu tajuknya adalah "lidak itu lebih tajam dari pedang" Sila baca dan fahami.

Saya juga turut menulis sebelum ini bahawa, TGNA bukan sahaja telah mengguris hati penerima, tetapi beliau memfitnah pula bahawa BR1M ini dberi oleh UMNO.

Sila baca dan fahami supaya anda benar-benar faham apa yang ditulis.

Anonymous said...

"Sila baca dan fahami supaya anda benar-benar faham apa yang ditulis."

Ah, pendekatan begini lagi. Senang2 assume orang tak faham untuk menunjukkan awak betul.

Saya faham. Memang tujuan awak untuk menafsirkan dan menzahirkan yang buruk untuk apa yang awak tak sokong, dan untuk berdalih dan membelit jika kenyataan itu keluar dari orang yang awak puja (lihat Mahathir dan hudud).

Point saya adalah untuk menunjukkan kenyataan TGNA tentang BR1M itu mudah sekali ditafsirkan sebagai MENGKRITIK SI PEMBERI, BUKAN SI PENERIMA.

Faham?

Saya ulang apa yang saya sebut sebelum ini, sebab awak juga nampaknya tidak faham:

"kesalahan yang banyak dilakukan adalah kita mudah menjadikan apa yang kita faham sebagai kebenaran sedangkan apa yang kita faham dari kata2 seseorang mungkin tak sama dengan apa yang dimaksudkanya dan kesalagan seterusnya adalah ramai yang memilih untuk melihat dari sudut negatif"

Jadi ikutlah nasihat sendiri. Follow your own advice.

Atau tak faham ayat sendiri?

Selepas ini mesti nak suruh saya baca dan fahamkan, bukan?

Anonymous said...

"TGNA bukan sahaja telah mengguris hati penerima, tetapi beliau memfitnah pula bahawa BR1M ini dberi oleh UMNO."

Oh, fitnah ke? Saya gembira awak berkata begini, sebab selama ini saya ingatkan duit BR1M itu dana kerajaan.

Jadi tak payahlah pemimpin UMNO/BN susah-susah buat majlis pemberian BR1M di sana sini dan memujuk rakyat supaya mengundi mereka, seolah2 duit BR1M itu datang dari kantung poket mereka.

CheWal said...

@anon 13:05 dan 13:09,

Telah saya tulis sebelum ini, walau apapun niat Nik aziz samada dia tak bermaksud menghina penerima atau lain-lain....ianya boleh mengguris hati penerima, sebab itu tajuk ini dipilih.

Sila baca dengan perlahan dan fahamkannya.

Untuk pengetahuan, BR1M itu datangnya dari kerajaan, ianya dibentang di Parlimen dalam bajet dan diluluskan di parlimen. Saya dah tulis sebelum ini. Mengenai cara pemberian juga telah saya tulis sebelum ini.

sekali lagi, sila baca dan fahamkannya.

Anonymous said...

Br1m tu duit siapa.?

Anonymous said...

Br1m tu duit siapa.?

CheWal said...

@anon 2 May,

BR1M itu adalah duit dari hasil pendapatan kerajaan yang datang dari cukai (individu dan korporat), pelaburan, keuntungan GLCs dan pelbagai sumber lain.

Diatas kebijaksanaan kerajaan menguruskan kewangan negara, sebahagian besar pendapatan negara dapat dipulangkan semula kpd rakyat dalam pelbagai bentuk. Contohnya, lebih dari RM 40 Billion dipulangkan dalam bentuk subsidi (petrol, gas, minyak masak, gula, tepung, beras dll). Selain daripada itu berbillion lagi dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk BR1M, BB1M, Bantuan sekolah 1 Malaysia dan banyak lagi.

Anonymous said...

kebijaksanaan mengurus kewangan?haha . bagaimana pula dengan hutang kerajaan 500bilion?jangan bias please

CheWal said...

@anon 17 May,

Mungkin anda perlu lebih banyak membaca dan memahami fakta. Anda perlu tahu apakah komponen dalam hutang negara ? apakah perbezaan diantara internal debt dan external debt ? darimana kah datangnya internal debt? knp internal debt dilakukan? bagaimana internal debt ini membantu semula rakyat melalui dividen kepada pencarum/penyimpan? apakah hutang tersebut bertujuan untuk pebelanjaan hangus (operasi) atau perbelanjaan pembangunan (pelaburan) ?

ohh ye, kalau anda hanya berpandu kepada media pro-pembangkang, anda tidak akan dapat jawapannya kerana mereka tidak mahu anda mengetahui perkara sebenar.

Untuk mencari jawapannya, jangan bergantung kepada media ataupun orang politik, sebaliknya bergantung kepada data/fakta mengenai hutang tersebut.

selamat membaca dan mencari jawapan.