1) Rasanya sebelum kita bercerita pasal DEB, kita perlu membezakan dua perkara yang utama. Iaitu DEB dan hak keistimewaan melayu.
2) Hak keistimewaan melayu adalah perkara yang terkandung dalam perlembagaan Malaysia yang mana ianya sukar atau mustahil untuk diubah. Ini adalah kerana perkara ini termasuk kedaulatan raja, bahasa melayu dan agama islam adalah perkara-perkara yang special yang hanya boleh dipinda dengan perkenan majlis raja-raja. Satu perkara yang perlu difahami ialah, walaupun dasar DEB tiada, tetapi hak keistimewaan melayu tetap akan ada sebab ianya termaktub dalam perlembagaan.
3) Kenapa hak keistimewaan melayu ini dimasukkan dalam perlembagaan ? Ianya adalah kerana, negara ini adalah tanah melayu dan ianya terletak dalam kepulauan melayu nusantara yang meliputi jawa, Indonesia, Sulawesi, Kalimantan dan beberapa kawasan lain. Sejajar dgn sejarah asal kepulauan ini yg merupakan kepulauan melayu, maka bangsa melayu adalah bangsa asal kepulauan ini termasuk tanah melayu.
4) Walaubagaimanapun, dalam perlembagaan tertakluk bahawa, hak-hak bangsa selain daripada melayu tidak akan dipinggirkan. Oleh sebab itulah, bangsa-bangsa lain bebas menjalankan adat istiadat mereka malah hak-hak pertuturan, persekolahan dan sebagainya tidak diganggu.
5) Walaupun hak kesitimewaan melayu ini tertakluk dalam perlembagaan, ianya tidak membawa apa-apa makan tanpa perlaksanaannya. Sbb itu, diperingkat awal, akibat daripada kegagalan perlaksanaannya yang menyaksikan jurang yang besar antara kaum terutama dari segi ekonomi, maka pertelingkahan 13 Mei 1969 berlaku.
6) lanjutan dari peristiwa ini, dasar ekonomi baru (DEB) diperkenalkan dengan dua objektif utama :-
a) Membasmi kemiskinan
b) Merapatkan jurang antara kaum
Dasar ini diperkenalkan pada tahun 1970. Dasar ini diperkenalkan dalam usaha mendokong perlembagaan Negara dalam menjaga hak melayu disamping tidak meminggirkan hak bangsa lain. Selain daripada itu, dasar ini juga meliputi semua kaum dimalaysia terutama dalam mencapai objektif yang pertama.
7) Walaupun dasar ini dibuat, tapi ianya tidak akan memberi apa-apa makna sekiranya tiada pelan tindakan. Menyedari hakikat ini, Tun Dr. Mahathir telah mengambil langkah yang proaktif untuk menjayakan dasar ini.
8) Kewujudan industri berat spt Proton dan perwaja adalah salah satu langkah awal dalam merealisasikan dasar ini.
9) Apabila kita memperkatakan mengenai DEB, ianya sebenarnya merangkumi seluruh aspek pembangunan Negara kerana melaluinya lah kedua-dua objektif diatas boleh tercapai.
10) Segala perancangan pembangunan ekonomi, social, pendidikan, infrastruktur, perjawatan tertakluk kpd dasar ini.
11) Kini setelah 40 tahun dasar ini diperkenalkan, setelah pelbagai usaha yang bersungguh-sungguh dibuat oleh kerajaan, maka kita dapat lihat hasilnya.
12) Dari segi objektif utama, tahap kemiskinan di Malaysia telah berubah menjadi lebih baik dalam kadar yang cepat. Golongan miskin dalam Negara berkurang secara drastic. Pengurangan golongan miskin ini meliputi keseluruhan kaum. Penurunan kadar kemiskinan bagi bangsa melayu juga amat ketara apabila kita bandingkan dengan tahun 1970an dan tahun 1980an. Contoh-contoh peningkatan taraf hidup org melayu amat jelas kelihatan sejajar dengan pembangunan Negara.
13) Satu perkara penting yang perlu diketahui adalah, membasmi kemiskinan bukanlah dengan cara member wang secara langsung. Ini tidak akan dapat membasmi kemiskinan. Cara yang berkesan adalah dengan usaha kuat utk merubah paradigm masyarakat dan meyediakan peluang-peluang yang boleh dieksploitasi oleh rakyat utk perubahan dan kemajuan. Contohnya, nelayan yang miskin tidak akan berubah nasibnya sekiranya kita Cuma memberikan wang/elaun…. Tetapi nasibnya termasuk nasib generasinya akan berubah sekiranya kita memberikan bot,pukat dan memberi pendidikan yang berteknologi kpd mereka.
14) Dari segi objektif yang kedua pula, ianya amat jelas telah berjaya. Satu tanggapan yang biasa dilakukan oleh orang ramai adalah hanya melihat objektif kedua ini dari sudut ekonomi semata-mata. Sebenarnya ini adalah satu tanggapan yang tidak tepat.
15) Merapatkan jurang antara kaum adalah meliputi banyak aspek termasuk ekonomi, pendidikan, jawatan professional, pemilikan hartanah, pemilikan syarikat dan pelbagai perkara yang melibatkan hubungan antara kaum.
16) Melalui dasar ini, kita dapat lihat satu peningkatan penglibatan melayu/bumiputera dalam semua aspek diatas. Mungkin dari segi penguasaan ekonomi, walaupun mempunyai peningkata yang banyak, tetapi ianya tidak bergerak seiring dengan peniingkatan bangsa lain.
17) Golongan professional melayu semakin bertambah, bilangan doctor melayu, doctor pakar, jurutera, arkitek, pensyarah dan professor, peguam, consultant, juruteknik, dan berbagai-bagai bidang professional yang lain memperlihatkan penglibatan yang ketara dari kalangan orang melayu. Malah ada beberapa bidang dimana penglibatan orang melayu/bumiputera telah mendahului bangsa lain.
18) Peningkatan penglibatan melayu/bumiputera dalam bidang-bidang berkaitan telah dapat menyeimbangkan jurang antara kaum dalam bidang-bidang tersebut. Kalau dahulu industry automotif dikuasai 100% oleh cina, kina industry ini telah memperlihatkan penglibatan yang seimbang dalam semua segi bermula dari pengurusan hingga ke teknikal. Terima kasih kepada kewujudan industry berat seperti Hicom dan Proton.
19) Penglibatan orang melayu/bumiputera dalam sector pemilikan hartanah, perumahan dan syarikat juga memperlihatkan peningkatan. Berbanding dengan tahun 1970an dan 1980an, kini orang melayu boleh berbanggan dengan pemilikan hartanah dan syarikat.
20) Oleh itu dasar ini Berjaya mencapai objektifnya walaupun belum 100%. Masih terdapat beberapa kekurangan seperti jurang antara kaum dari segi perniagaan masih besar.
21) Apa yang membuatkan dasar ini Berjaya ? Ianya berpunca daripada kekuatan kerajaan. Kerajaan yang kuat (tetapi tidak terlalu kuat) amat penting dalam menjayakannya. Kerajaan yang kuat beserta dengan pemimpin yang kuat dapat mengekalkan kestabilan antara kaum yang seterusnya member keyakinan kepada pelabur-pelabur untuk datang melabur. Seterusnya, akibat daripada keyakinan pelabur, kestabilan politik dan Negara ditambah lagi dengan kebijaksanaan pemimpin, maka ekonomi Negara dapat berkembang dan seterusnya dapat merealisasikan segala pelan tindakan dalam dasar ini.
22) Oleh itu, perlu difahami bahawa apa yang telah Berjaya dilakukan tidak mungkin Berjaya dilakukan oleh orang lain atau kerajaan lain sekiranya perkara-perkara asas didalam Negara berbilang kaum ini tidak dapat dikuasai. Kerajaan Barisan Nasional Berjaya melakukannya adalah kerana kekuatan perpaduan dan kebijaksanaan kepimpinannya.
23) Dasar ini perlu diteruskan tetapi perubahan dan pembaikan perlu dilakukan agar ianya kekal relevan dan dapat mencapai objektifnya dengan lebih cepat dan berkesan. Kekurangan-kekurangan terutama dari segi perlaksanaannya yang berpunca dari sikap individu perlu diatasi dan satu cara/system perlu dirangka bagaimana kepincangan yang berpunca dari individu-individu yang tidak bertanggungjawab boleh dihapuskan.

No comments:
Post a Comment